Ada ketikanya apabila kita menulis sesuatu entri dalam blog, kita teringin hendak masukkan klip video daripada youtube untuk meningkatkan kefahaman serta menarik minat para pembaca. Kita boleh lakukan dengan 'embed' kod video tersebut dalam blog dan kita akan dapat seperti pada gambar di sebelah. Malangnya pembaca perlu klik butang 'play' untuk memainkan video tersebut. Namun, ada sebahagian pembaca tidak tahu bagaimana hendak melakukannya. Dan lebih malang lagi, ada sebahagian pembaca terus mengabaikan klip video tersebut.
Justeru adalah sangat baik jika kita boleh mainkan secara automatik (autoplay) video sebaik sahaja entri tersebut dibuka oleh pembaca. Setelah membuat sedikit pembacaan di Internet dan melakukan beberapa eksperimen, saya ketemukan cara untuk memainkan klip video secara automatik dalam blog iaitu dengan mewujudkan playlist dalam akaun Youtube. Oleh yang demikian anda perlulah mempunyai akaun youtube terlebih dahulu.
Caranya ialah seperti berikut:
1.
|
Login
ke akaun Youtube anda
|
2.
|
Klik
video manager
|
3.
|
Klik
Playlists (menu pada sebelah kiri)
|
4.
|
Klik
Create New Playlist (menu pada sudut atas sebelah kanan)
|
5
|
Akan
keluar tiga sub-menu.
Isikan Judul dalam Playlist Title,
contoh Mimpi Rasulullah SAW
Isikan keterangan playlist dalam
Playlist Description (tak isi pun tak apa.)
Klik Create Playlist. Akan keluar
paparan “This playlist has no videos”.
|
6.
|
Klik
Add video by URL.
Masukkan alamat URL video berkaitan.
Jika anda belum upload apa-apa video ke dalam Youtube,
Kemudian
Klik Add
Klik
Save (Sebelah Atas-Kanan)
|
7.
|
Klik
Share
|
8.
|
Klik
Embed
|
9.
|
Akan
keluar embed kod
|
10.
|
Copy code tersebut dan paste pada blog
|
<iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/videoseries?list=PLF05ACB4B149BCA74&hl=en_US" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
Selanjutnya kita perlu membuat sedikit editing supaya video ini dimainkan secara automatik. Caranya ialah dengan menambah &autoplay=1&rel=0 selepas &
Jadi kodnya jika mula ialah:
<iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/videoseries?list=PLF05ACB4B149BCA74&&autoplay=1&rel=0;hl=en_US" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
Nota: Oleh kerana width="560" dan height="315" akan membuatkan video kita besar, maka kita boleh ubah width dan height, sebagai contoh menjadi width="300" dan height="169".
Trick untuk autoplay video ialah dengan kita setkan nilai autoplay=1 yang bermaksud start mainkan video 1 saat selepas page dibuka. Jadi jika kita hendak mainkan video 10 saat selepas dibuka misalnya, maka kita setkan autoplay=10 dan seterusnya.
Di bawah ini ialah klip video yang dimainkan secara automatik atau 1 saat selepas page ini dibuka. Sekian, semoga entri ini memberi manfaat kepada kita semua. Juga saya ucapkan selamat menonton video yang mengisahkan bagaimana Tuan Guru Dato' Haron Din mimpi bertemu dengan Rasulullah SAW. Sungguh terharu dan syahdu. MasyaAllah! Saya berdoa agar saya juga dapat mimpi berjumpa dengan Nabi SAW. Harap para pembaca sama-sama aminkan doa saya ini. Amin, Ya Rab al 'alamin.
Anda mungkin berminat dengan entri berikit:
1. Meletakkan Video Di Tengah Page
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.