Assalamu'alaikum wm wbr.
Makkah, Isnin 17 Mei 2010
Makkah, Isnin 17 Mei 2010
Selepas sarapan pagi, saya naik ke bilik untuk berehat sebentar. Rakan-rakan sebilik sudah lama bertolak ke Tan'iem untuk berihram umrah. Sambil berbaring di atas katil teringat akan temujanji dengan Hj. Arshad iaitu blogger KEHIDUPAN MAKKAH. Oleh kerana takut terlelap, saya capai kamera dan beg galas yang mengandungi notebook, dan terus mengorak langkah menuju Hijrah Street, dataran Masjidil Haram, hotel as-Safwah, hotel Massa, hotel Le Meridien, dan terus menyusuri King Abdul Aziz Road menuju ke hotel Manazil Al-Rayed. Jalan King Abdul Aziz yang saya susuri ini merupakan jalan utama untuk ke Aziziah dan Mina di mana terletaknya jamarat tempat orang melontar anak-anak batu pada hari ke 10,11,12, dan 13 Zulhijjah.
Alhamdulillah, pagi itu Tn Haji Arshad dapat meluangkan masa menyambut kehadiran saya di pejabatnya. Hotel Manazil Al-Rayed dilengkapi dengan kemudahan WiFi, jadi bolehlah saya melayari Internet dan mengupdate blog dari pejabat beliau. Semasa berada di situ, kami dikunjungi oleh Ustaz Lotpi iaitu blogger www.Na5wa.com yang mana beliau dalam perjalanan ke pejabatnya yang terletak di Jalan Hijrah. Walaupun sibuk dan mengejar masa, sempat beliau menjelaskan tentang fenomena cahaya pada salah satu foto yang menjadi tanda tanya saya pada awalnya. Beliau memang expert dalam bidang fotografi dan gambar-gambar yang beliau ambil memang ada kelas.
Alhamdulillah, setelah berada lebih kurang 2 jam di pejabat Tn. Haji Arshad (sempat pos satu entri ke blog dan caj bateri notebook) saya minta izin untuk balik ke hotel. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tn Haji Arshad yang sudi menerima saya sebagai tetamu di pejabatnya. Sebelum berpisah, kami memperkukuh temujanji untuk ke Pondok Ajyad dalam masa terdekat, insyaAllah.
Kanan: Peniaga jalanan di hadapan kedai emas al-Barakah
7:51AM - Cahaya Dhuha Meliputi MH
Jualan Di Sisi Kompleks Hilton
Kiri: Dataran Masjidil Haram Di Hadapan Pintu King Abdul Aziz
Kanan: Pemandangan Di King Abdul Aziz Road
Pemandu Teksi Berhampiran Le Meridien Makkah
Signboard Manazil Al-Rayed Hotel Mula Kelihatan
Akhirnya Bertemu Juga Orang Yang DiCari
Sedang Update Blog "Hidup Biar Allah Sayang" Di Pejabat Hotel Manazil
Bersama Tn Haji Arshad - Pemilik Blog "Kehidupan Makkah"
http://hjarshad.blogspot.com/2010/05/perjudian-bolasepak-akan-dihalalkan.html
Salam
ReplyDeletebest nya bertemu sahabat blogger dialam nyata..setelah berkomunikasi dialam maya.. Manalah terfikir semua ini akan terjadi diakhir zaman
Wallahuaklam
Salam puan noraini.
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukran. Tn Haji Arshad friendly orangnya. Beliau banyak bantu memenuhi hajat saya semasa di sana. Semoga Allah membalas jasa baik beliau. Amin