Thursday, August 5, 2010

Umrah 2010: Sesat Di Kompleks Hilton

Assalamu'alaikum wm wbr.

Makkah, Isnin 17 Mei 2010

Saya meninggalkan Manazil Al Rayed Hotel pada pukul 10:38 pagi. Dalam perjalanan pulang ke hotel teringin untuk singgah di Bin Dawood di Kompleks Hilton, untuk lihat-lihat, dan tinjau-tinjau barang jualan, jika ada yang berkenan di hati bolehlah dibeli untuk dibuat kenang-kenangan atau souvenir kepada kawan-kawan.

Pasaraya Bin Dawood di kompleks ini tidaklah berapa besar jika dibandingkan dengan yang terdapat di Madinah. Tingkat atas ditempatkan pakaian (lelaki, wanita, dan kanak-kanak), bag pakaian, pinggan mangkuk, dan pelbagai souvenir. Kebanyakan barang-barang yang dijual di sini diimport dari Negeri China, jadi terbantut niat saya untuk membeli. Di tingkat bawah ditempatkan barang-barang makanan, buah-buahan dan keperluan isi rumah. Saya dapati kurma yang dijual di sini agak baik dan harganya berpatutan seperti kurma Ruthob Syukari memang bagus dan sedap.

Walaupun hanya lihat-lihat sahaja di sini, jam di handset  hampir menunjukkan angka 11:00am. Jadi saya mengambil keputusan untuk pulang ke hotel. Sambil mencari jalan short-cut untuk keluar, sempat saya snap beberapa foto seperti yang saya paparkan di bawah. Ternyata untuk mencari jalan short-cut bukan sesuatu yang mudah sebab kompleks Hilton ini sangat besar.

Masjidil Haram jam 10:42AM
Kelihatan Kompleks Hilton (warna coklat) dan Hotel Intercontinental.



Di Museum ini tidak terdapat barang-barang purba seperti pada museum-museum yang lain. Yang dipamirkan di sini ialah barang-barang jualan seperti sejadah, shaul, beg tangan dsb. Harga jualan boleh tahan (murah ke mahal ke tak tahu lah). Tag harga pada beg ialah SR295.00 NOW. Maknanya sebelum ini harganya lebih daripada SR300.00. Tetapi ramai juga yang tertarik dengan barang-barang yang diperagakan.



Ketika mencari jalan short-cut untuk keluar ke Hijrah Street, tersesat pula ke Hamzah Street. Kelihatan kawasan perumahan di Jabal Umar sedang dirobohkan. Di situ nanti akan didirikan hotel-hotel mewah dan kompleks-kompleks perniagaan mega.



Terjumpa longgokan kayu - nasib baik sedikit, kalau tidak alamat saya tersesat dalam hutan pulak gamaknya.  Kompleks Hilton ni besar, oleh itu memang mudah sesat kalau tidak mahir direction. Dalam hati tertanya-tanya mereka hendak buat apa dengan kayu-kayu kering (mungkin sudah reput) tersebut.  Kalau di Malaysia, budak-budak pengakap buat unggun api untuk camping.



Di atas pintu tertulis Exit Hamza Street 1

Rupa-rupanya inilah kegunaan longgokan kayu tadi. Mereka memang appreciate kayu-kayan sebab di sini hanya terdapat padang pasir, gunung-gunung batu, dan minyak! Decoration sebegini jarang kita jumpa di kompleks membeli belah di Malaysia.



Pepatah Melayu ada menyebut, kalau sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. So saya berpatah balik ke Bin Dawood dan cuba sekali lagi cari pintu exit untuk keluar ke Hijrah Street. Infact saya boleh ke main entrance untuk keluar, tetapi ini bermakna saya kena buat semi circle, sedangkan jika ikut jalan short-cut, saya boleh terus ke Hijrah Street.


Alhamdulillah, ini ialah exit sebenar ke Hijrah Street.  Member sedang lepak dengan gaya yang tersendiri.

Alhamdulillah, pemandangan biasa di Hijrah Street.

Pemandangan Jabal Umar dari Hijrah Street.

Rupa-rupanya Hamzah Street adalah selari dengan Hijrah Street, dan kompleks Hilton berada di antara dua jalan ini. Jika saya keluar ke Hamzah Street dan bergerak arah ke selatan, akhirnya saya boleh juga sampai ke Abeer Garden.

Gambar ini diambil dari Hijrah Street. Di hujang sana ialah Hamzah Street.

Mengikut satu riwayat, rumah Saidina Hamzah, iaitu bapa saudara Nabi SAW yang syahid di medan Uhud terletak di sekitar kawasan ini. Walau bagaimanapun ramai yang meragui dakwaan tersebut sebab keluarga Nabi SAW (Bani Hashim) diketahui tidak tinggal di kawasan ini, mereka tinggal di kawasan berhampiran dengan masaa (tempat saie) atau di Shieab Ali.  Di kawasan ini sebenarnya terletak rumah Saidina Abu Bakar a.s. dan  Hijrah Street diambil sempena jalan yang dilalui oleh Nabi SAW dan Abu Bakar menuju gua thaur untuk berhijrah ke Madinah.

No comments:

Post a Comment

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.