Assalamu'alaikum wm wbr.
Makkah, Isnin 17 Mei 2010
Pagi itu, saya keluar dari MH sekitar jam 6:25 pagi. Saya mempercepatkan langkah untuk cepat sampai ke Abeer Garden sebab waktu sarapan akan tamat pada jam 7:00 pagi. Alhamdulillah, pagi itu saya sempat sarapan di hotel. Ada ketika-ketikanya, saya tidak sempat bersarapan atau makan di hotel sebab, sama ada makanan telah habis atau telah dikemaskan. Dalam hal ini pekerja dewan makan sungguh cekap menjalankan tugas, dan kadang-kadang makanan yang berlebihan dibuang ke dalam tong sampah - itu yang dikesalkan. Jika kita tanya kenapa makanan cepat sangat dikemaskan, para pekerja akan cepat menunjukkan jari ke arah jadual makanan yang ditampal di salah satu tiang di dewan tersebut. Oleh itu kalau jemaah plan hendak bersarapan, makan tengah hari, atau makan malam di hotel, mereka harus mengikut jadual yang telah ditetapkan. Memang kita tidak boleh komplen kalau kita tidak memperhatikan jadual makan tersebut. Nasib baik banyak restauran di sekitar Abeer Garden, dan menunya pula berbagai-bagai. Roti nan, ayam tikka, kambing panggang, kari kambing, ayam mandey, dsb. Bak kata orang sekarang, macam-macam ada - tepuk dada tanya poket, hehehe.

Itu dia, jadual makan ditampal kat tiang.
Suasana Dewan Makan Di Abeer Garden Hotel
My Room Mate Mr. Muhammad
Alhamdulillah, Sila Makan Mak Cik Jangan Malu-Malu
salam tn hj...
ReplyDeleteteringat makanan kat hotel Mekah n Madinah yg begitu lumayan , sampai x sempat nk beli makanan kt restoren luar
Salam UH,
ReplyDeleteMakanan memang banyak, alhamdulillah. Tetapi walaupun berlebih, makanan cepat dikemaskan jika sudah tamat waktu makan. Kadang-kadang makanan itu dibuang saja ke dalam tong sampah, itu yang saya kesalkan. Sekiranya dibungkus dengan baik ia boleh diberikan kepada pengemis. Sebagai contoh, telor rebus bukankah boleh disimpan lebih dari satu hari? Kalau tidak dibuang bolehlah disedekahkan kepada orang yang memerlukan.
Salam
ReplyDeletesaya bersetuju dengan pendapat tuan hj. cubalah beritahu pihak pengurusan hotel tu.. next time bungkus letak tepi boleh bersedekah kepada yang memerlukan.
Saya pernah alami perkara begini masa di Mina musim haji 1996, breakfast banyak telor rebus diberi pada jemaah . Yang mana tak makan telur saya kutip hantar pada peminta sedekah kat bawah terowong jamrat aqabah..hati2 kena serbu he.he.