Monday, August 2, 2010

Makkah - City of Contrasts

Assalamu'alaikum wm wbr.

Pada entri kali ini saya selitkan beberapa foto yang memaparkan suasana bandaraya Makkah. Bangunan-bangunan baru yang moden tersergam indah di celah-celah bangunan yang lama dan usang. Kedai emas dan kedai ais-krim terletak bersebelahan antara satu dengan yang lain. Kedai gunting rambut bersebelahan dengan restauran, gerai roti canai terletak di celah lorong yang sempit. Hotel-hotel lima bintang bersebelahan dengan hotel 2 bintang atau tidak berbintang. Namun semuanya ini tidak membawa apa-apa makna bagi para jemaah.  Masing-masing tidak menghiraukan keadaan sedemikian kerana masing-masing sibuk mencari keredhaan Allah SWT. Apabila para jemaah memakai ihram melakukan tawaf dan saie, masing-masing lupa akan perbezaan darjat atau kedudukan. Yang diberi tumpuan ialah kualiti amalan yang dilaksanakan. Masing-masing cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik.  Oleh itu teori pemasaran tidak berapa dapat diaplikasikan di sini.  Ada orang kaya tinggal di hotel-hotel yang kecil sebab mereka tawadhu' dan merendah diri. Itulah keistimewaan Makkah, walau berbeza dalam banyak hal, namun para pengunjung mempunyai satu titik kesamaan iaitu kesatuan aqidah. Chanteq!

















6 comments:

  1. Salam tuan haji, apa kabar?
    Subahanallah gambar2 yang tuan uploadkan. Walau tidak dapat kesana, sedikit sebanyak dapat MI lihat kawasan disana bagaimana.]

    Wasalam

    ReplyDelete
  2. salam tn hj..

    masyaAllah mengimbau kenangan lalu

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikum salam MI,

    Alhamdulillah, saya sihat. Syukur alha,dulillah.

    ReplyDelete
  4. Salam UH,

    Sememangnya kita tidak akan jemu melihat gambar-gambar MH dan persekitarannya. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum hj, sekiranya ada jamaah meninggal dunia di mekah, apa prosedur urusan jenazahnya ? siapa yg uruskan ? ahli keluarga/sahabat jamaah yg bersama arwah di mekah ketika itu perlu buat apa2 ? terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikumsalam Anonymous, maaf lambat jawab soalan.

    Bagi jemaah umrah yang meninggal di Makkah atau Madinah, maka pihak pengendali pakej yang akan menguruskan jenazahnya.

    Ahli keluarga dan sahabat jemaah boleh solat jenazah, menghantar jenazah ke tanah perkuburan, dan menghulurkan apa-apa bantuan yang patut kepada ahli keluarga.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.