Thursday, April 22, 2010

Panduan Umrah – 23 – Amalan Memohon Berhentikan Haidh Sementara Waktu

Assalamu'alaikum wm. wbr.

Alhamdulillah, dalam usaha untuk memberikan ketenangan jiwa dan keselesaan kepada jemaah wanita mengenai masalah haidh ketika mengerjakan ibadah umrah atau haji, beberapa orang tuan guru telah menganjurkan suatu amalan yang boleh diamalkan oleh para jemaah wanita selepas solat lima waktu semasa dalam ihram atau selepas haidh. Terima kasih kepada rakan blogger saya Tn Haji Rozali kerana mengingatkan saya perkara ini.  Kaedah ini dipetik dari buku Panduan Umrah Dan Pedoman Berpuasa Di Makkah terbitan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. muka surat 25.

Amalan tersebut ialah:



Makna:

1. Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan.

2. Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama! (surah al-Masad:1).

3. Dan matahari, ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya (Yasin:38).

4. Wahai bumi, telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu (Hud:44).


Kaifiat amalan:

1. Diamalkan selepas haidh terakhir.
2. Baca selepas setiap kali solat. Sediakan air berdekatan untuk mudah ditiup selepas membaca amalan ini.
3. Apabila membaca ayat no. 2, 3, dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit, tarik dan tahan nafas selama 5 saat kemudian hembus ke dalam air.  Air digunakan untuk minum. InsyaAllah

Doa di atas dipanggil doa penahan. Ia juga boleh digunakan untuk menahan darah akibat luka, muntah yang tidak berhenti dan sebagainya. InsyaAllah, amalkan dengan yakin semoga mujarab. Kita hanya berusaha. Setelah berusaha, serahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t.

Sekiranya Allah mengizinkan, maka kitaran haidh si pengamal akan beranjak kebelakang ke suatu masa yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Jadi untuk mengembalikan semula kepada kitaran yang normal, maka bacalah doa Nabi s.a.w. seperti pada ayat 80 surah Isra'.


وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا


Semoga entri ini dapat memberi manfaat kepada jemaah wanita. Amiin ya Rabb al-'Alamiin.

Entri-Entri Lain yang Berkaitan Berkaitan:

1. Panduan Bagi Wanita Yang Datang Haid Semasa Tawaf 


Image diambil dari blog berikut: Terima kasih kepada pemilik blog. Jazakallahu Khairan kathira.
http://suarapesanan.blogspot.com/2010/03/amalan-memohon-berhentikan-haid.html

36 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj Mohd Saad

    Alhamdulillah
    panduan yg berguna
    Insyaallah kita berusaha
    Allah yg menentukan

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. salam Tn Hj,

    Bagus tips dan doa ini.

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikum salam Tn Haji Rozali dan Rosli.

    Alhamdulillah, saya cuba sedaya yang termampu untuk update entri umrah ni.

    Alhamdulillah, notebook yang rosak telah dapat diperbaiki sebentar tadi. Data semua dapat diselamatkan. Syukur.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tn.Hj,

    Satu panduan amat berguna kepada isteri saya yang akan mengerjakan haji pada tahun ini bersama saya. Sekali lagi terima kasih

    ReplyDelete
  5. Salam. Terima kasih dan mohon kebenaran utk berkongsi.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikum salam Saliah Aziz

    Alhamdulillah, dipersilakan dan harap panjangkan kepada yang berhajat.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Alhamdulillah dengan mengamalkan ayat di atas, dengan izinNya saya berjaya menyempurnakan ibadat umrah pada tahun lepas dengan sepenuhnya. Terima kasih dengan info yang diberikan, hanya Allah sahaja yang membalasnya.

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikumsalam naihusna,

    Alhamdulillah, syukur ke hadhrat Ilahi di atas segala kurnia-Nya.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..
    Bagaimana pula dengan hukummnya mengambil ubat untuk menahan haid?

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikum salam anonymous

    Menurut Syeikh Yusof al-Qardhawi, mengambil pil penunda haidh adalah dibenarkan. Alasannya ialah kerana tiada dalil yg melarangnya. Dan, ia dibenarkan selama tidak mendatangkan mudarat. Namun yg lebih baik ialah mencontohi wanita2 salafus soleh yg pasrah terhadap fitrah yg dikurniakan Allah ke atasnya (haidh). Mereka berpuasa dan berbuka apabila datang haidh. Kemudian mereka mengqadha'-nya selepas Ramadhan.

    Menurut al-Qardhawi lagi, bahawa para ulamak mutakhirin membenarkan pengambilan pil penunda haidh. Dan syeikh Mar'ie di dalam kitabnya Dalil al-Thalib bermazhab Hanbali mengatakan, dibenarkan bagi wanita memakan ubat utk mendatangkan haidh dan memutuskannya. Kitab syarahnya menjelaskan alasannya, kerana asal setiap sesuatu itu adalah halal sehingga datang dalil yg mengharamkannya. Dan, dalam masalah ini tiada dalil yg mengharamkannya.

    (Ruj: Syeikh al-Qardhawi, Feqhu Shiyam, hal. 40)

    ReplyDelete
  11. Salam,Tn Hj. Terima kasih kerana telah menyiarkan doa ini. Saya ingin menunaikan umrah pada feb2013. Setelah semak byk2 pakej umrah ada satu pakej yg menyenangkan hati saya dan confident utk bersama agensi ini cuma tarik penerbgn adalah dijangka pada hari ke 5 tarikh jangkaan haidh saya. Jadi saya berdoa dan bertawakal kpd Allah semoga saya dapat menunaikn umrah yg pertama ini bersama-sama suami seperti tarikh umrah yg dirancang dan akan mengamalkan doa ini. Adakah sesuai sy mengamalkan doa ini dr sekrg (slps haidh dec) atau slps haidh jan13. Terima kasih atas maklum bls tuan. Semoga Allah mueahkan rezeki tuan dan dierkati Nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Elok amalkan dari sekarang. Semoga puan mendapat umrah yang maqbul dan Allah permudahkan semua urusan puan di sana. Amin

      Delete
  12. Assalamualaikum Tuan Hj,

    Ayat ke-2 cuma baca ayat pertama surah al-lahab ke? tidak sampai ke penghujung surah?

    ReplyDelete
  13. Wa'alaikum salam wbt

    Ya, cuma baca ayat pertama sahaja. Tidak sampai ke penghujung surah.

    Selamat beramal dan semoga mujarab, amin.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Tuan Haji,
    Saya bersama suami, 3 org anak(lelaki 14 thn, perempuan 12 thn, lelaki 9 thn dan ibu saya yg uzur (sakit lutut, saya sudah beli kerusi roda utk digunakan di sana nnt)akan mnunaikan umrah kali pertama pd 17/2 ini.Suami dan anak-anak lelaki sebilik. saya ,ank perempuan dan ibu sebilik. mohon nasihat drp tuan semoga saya mampu melaksanakan tanggunjawab sebagai hambaNYA,sebagai isteri, anak dan ibu dengan sebaik mungkin di sana nanti..Terima kasih yg tidak terhingga.Allah jua yg membalas jaya tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Pertama-tama saya mengucapkan tahniah dan syabas ke atas puan sekeluarga kerana telah mendapat undangan daripada Allah SWT untuk menunaikan ibadah umrah dan menziarahi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Semoga puan sekeluarga mendapat umrah yang makbul, saie yang disyukuri dan dosa-dosa diampuni. Amin.

      Saya sarankan, selepas puan berniat ihram, puan sentiasa membaca talbiyah "labbaikallaahumma labbaik ... sampai akhir talbiah" tanpa henti sehingga puan masuk masjid haram dan telah nampak kaabah baru berhenti baca talbiyah tu. Ini adalah pesanan daripada guru saya sebelum kami bertolak menunaikan haji dahulu. Katanya, dengan membaca talbiyah maka perjalan haji/umrah akan dipermudahkan oleh Allah SWT dan ia merupakan senjata daripada tipu daya syaitan. Kalau buat umrah lagi selepas umrah pertama, bacalah talbiyah lagi banyak-banyak.

      Semasa di Makkah, lakukanlah tawaf sunat sebanyak yang puan mampu dan juga ibadat-ibadat sunat yang lain. Semasa di Madinah, banyakkan berselawat ke atas Nabi SAW.

      Akhir sekali, saya harap puan perbanyakkan bersabar lebih-lebih lagi apabila membawa ibu yang uzur. Jangan ada terdetik di hati bahawa puan tidak dapat banyak beramal di sana kerana terpaksa menguruskan ibu yang tidak sihat. Sesungguhnya pahala menguruskan ibu di sana TERAMATlah besar ganjarannya - setanding atau melebihi daripada amalan-amalan sunat puan yang lain.

      Sekian, yang benar itu adalah daripada Allah SWT dan yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan saya sendiri.

      Wasalam.

      Delete
  15. Assalamualaikum Tuan Haji,

    saya nak tnya, ayat ke 4 dari surah mane yea. saya cuba cari dari surah pendek tapi tak jumpa. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam

      Surah Hud ayat 44

      وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ ۖ وَقِيلَ بُعْدًا لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

      Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".

      Delete
  16. Assalamualaikum...Tuan Haji...

    In Shaa Alllah dengan lzinNya saya akan pergi mengerjakan umrah pd awal mac 2013 nnti... Dan dlm tarikh tersebut saya menjangka haid saya tiba pada hari smpi di makkah... Doa n amalan ini sgt berguna utk saya.. Semoga saya dpt menerjakan umrah dgn sempurna...
    Saya ingin bertanya
    1. Ayat 2.3.4 (1 kali) yg dinyatakan tuan tu perlu dibaca yg tertulis shj atau sehingga abis...
    2. Menekan lidah ke lelangit dilakukan selepas selesai membaca ayat tersebut?
    Terina kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Semoga Allah permudahkan urusan puan untuk melaksanakan umrah, Amin.

      1. Baca yang tertulis sahaja
      2. Tekan lidah ke lelangait sambil tarik nafas selepas selesai membaca ayat tersebut.

      Semoga bermanfaat, wasallam.

      Delete
  17. Wa'alaikum salam wbt.

    Supaya kitaran haid kembali normal, bacalah ayat 80 surah al-Isra' seperti di bawah.

    وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

    Semoga bermanfaat, Amin.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum ustaz....saya nak minta izin amalkan doa ini untuk saya dan anak cucu saya nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya silakan tuan/puan. Alhamdulillah

      Delete
  19. Assalamualaikum wbt,

    Saya sedang mengalami masalah darah istihadah sejak Dis, 2013. Sebelum ini, tempoh uzur saya dalam 5 – 7 hari sahaja. Walaubagaimanapun, pd bulan Dis. 13, saya telah mula uzur 8 – 31/12/13 ( kira-kira 24 hari). Saya amat musykil dan saya telah solat semula pd hari ke 16. Masalah yang hampir sama berlaku pada bulan Januari 2014 ini. Uzur saya mula pada 10/1/2014 berlarutan sehingga hari ini.

    Ustaz, insyaallah saya akan pergi mengerjakan umrah pada 5/3/2014. Bagaimanakah cara saya untuk menghadapi masalah ini. Persoalannya :-

    i. Bolehkah saya melakukan Umrah terutama Tawaf dlm masa Istihadah.
    ii. Bolehkah saya menggunakan perubatan (ubat mengelakkan haid) dalam tempoh mengerjakan Umrah.
    iii. Bolehlah saya amalkan doa penahan haid tersebut.

    Segala bantuan dan nasihat Ustaz amatlah diharapkan dan semuga dapat membantu saya menghadapi situasi ini.

    Saya dahulukan dgn ucapan ribuan terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Maksimun haid bagi seseorang wanita ialah 15 hari. Jika darah masih keluar selepas itu (tidak berhenti) maka itu dipanggil darah istihadah.

      Bagi wanita yang mengalami masalah istihadah ini, mereka masih boleh melakukan solat, tawaf, umrah dsb setelah mandi wajib (selepas 15 hari). Sebelum ke masjid ambillah segala langkah utk memastikan darah tidak jatuh ke lantai masjid dgn cara menyumbat dgn kapas dsb. Setelah itu ambillah wudhuk yg sempurna dan lakukan tawaf, saie dan bergunting.

      Harus diingat, satu wudhuk untuk satu ibadah solat dan tawaf. Maksudnya setiap kali hendak solat perlu perbaharui wudhuk. Setiap kali hendak tawaf sunat (7 keliling) kena wudhuk yg baru. Maknanya orang yg istihadah tidak boleh simpan wudhuk.

      Delete
    2. Biasanya jemaah akan berada di Makkah dalam 5-9 hari (bergantung kpd TA). Oleh kerana puan mengalami masalah istihadah, sekiranya puan mula didatangi haid semasa di Makkah dan puan belum sempat tawaf 7x, bermakna sehingga tarikh meninggalkan Makkah puan masih dalam ihram dan belum sempat melengkapkan ibadah umrah.

      Sebagai penyelesaiannya, puan boleh melakukan dam ihsar iaitu setelah sampai di Malaysia puan sembelih seekor kambing dgn niat ihsar dan setelah itu bergunting dgn niat ihsar. Rasa saya ada entri dlm blog ini mengenai dam ihsar (lihat entri under masalah haid).

      Delete
    3. Satu lagi cara terbaik bagi puan dan jemaah wanita yang istihadah ialah dengan melakukan NIAT IHRAM BERSYARAT semasa di miqat yang mana jika haid puan berpanjangan sehingga tarikh balik (sebelum sampai 15 hari) maka puan hanya perlu bergunting rambut untuk tahallul.

      Delete
    4. Terima kasih atas maklumbalas Ustaz.... Alhamdullillah sedikit sebanyak dpt memberi panduan kpd saya dan wanita2 lain yang terlibat. Semuga perjalanan saya ke Baitullah bulan depan dipermudahkan oleh Allah swt. Doa saya semuga Ustaz dan keluarga sentiasa di rahmati dan diberkati. Insyaallah Amin.

      Delete
    5. Assalamualaikum wbt Ustaz,
      Utk makluman, saya dan suami telah selamat menunaikan Umrah pada 28/2 - 11/3/14 yang baru lalu. Sesungguhnya perjalanan kami dipercepatkan oleh NYA. Alhamdulillah saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah diberi kesempatan untuk melakukan ibadah umrah dgn sempurna tanpa masalah kesihatan. Cuma sepanjang tempoh saya di sana saya batuk dan sakit kaki sahaja. Kenangan yg amat tidak dapat dilupakan adalah ketika tawaf sunat waktu dinihari tiba2 hujan renyai2 di dataran Kaabah. Ketika di Madinah juga... sewaktu menuju di Masjid Nabawi untuk Solat Zohor, rintikan hujan menyambut saya dan suami. Inilah kebesaran Ilahi.... Semuga amalan ibadah saya dan suami diterima dan kami mendapat Umrah Mabrur. Insyaallah jika diizinkan Allah bumi Mekah dan Madinah akan kami kunjungi lagi. Setiap kali doa selepas solat.... akan saya mohon agar Allah menjemput kami ke sana sekali lagi....Sesungguhnya kami amat rindu untuk kembali kesana. Amin
      Kepada Ustaz, terima kasih tunjuk ajar dari Ustaz. Semuga Ustaz sentiasa dirahmat dan diberkat.

      Delete
    6. Wa'alaikum salam wbt

      Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah swt yang telah melimpahkan nikmatNya yg tidak terhingga kepada kita dan kepada seluruh alam.

      Syukur puan dan suami telah dapat menyempurnakan umrah dan beribadah di masjidil haram dan masjid an nabawi di Madinah serta dapat pula menziarahi dan memberi salam serta berselawat ke stas Rasulullah s.a.w. serta menziarahi para sahabat baginda.

      Semoga pengalaman yg diperolehi dapat memberi ibrah dan pengajaran kepada kita betapa besar pengorbanan baginda Nabi s.a.w. dan para sahabat untuk menegakkan syiar Islam.

      Semoga niat puan untuk terus dapat melakukan ibadah umrah dan menziarahi Nabi akan diperkenankan oleh Allah s.w.t. Amin.

      Delete
  20. Assalamualaikum ustaz..
    Saya ada 1 persoalan..bolehkah saya mengamalkan doa penahan ni pada bulan Ramadhan?
    Maksud saya, bukanlah untuk mendapatkan puasa yang penuh sebab saya ada terbaca ia menghalangi fitrah wanita..di sini saya ingin amalkannya selepas haid pertama dalam bulan Ramadhan agar tidak ada haid kedua dlm bulan mulia tersebut..untuk makluman ustaz, haid saya tidak teratur dan kerap terjadi 2 kali dalam sebulan yang kadang kala cuma di pisahkan dalam tempoh seminggu

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum. saya ingin tahu sekiranya ada amalan tahan buang angin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Doa ... Mintalah pada Allah SWT. In shaa Allah sekiranya ikhlas, maqbul walaupun dalam bahasa Melayu.

      Delete
  22. As salam ustaz, boleh ke saya baca doa ni dalam keadaan saya tgh haid?

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum ustaz
    mohon bertanya..

    Saya bakal menunaikan umrah pada bulan 4..
    tarikh haid saya untuk bulan 3 ini masih belum tiba.
    bolehkah saya langsung mengamalkan doa ini mulai sekarang atau harus dimulai selepas haid terakhir sebelu umrah sahaja?

    kedua, saya ingin bertanya, setelah selesai ayat 2 , 3 dan 4 harus langsung harus minum air atau setiap ayat minum air?

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum ustaz... Sy ingin bertanya sedikit permasalahan berkaitan umrah..

    Jika seseorang itu telah menunaikan umrah..

    Sebelum dia bergerak dari madinah ke mekah, dia telah turun haid.. Apabila dia berniat ihram di bir ali, dia tidak berniat ihram bersyarat (kerana tidak tahu dan cetek ilmu tentang perkara ini)

    Kemudian, dia dibantu oleh agen pakej umrah dgn mkn ubat utk mmberhentikan haid keluar.. Dlm tempoh beberapa hari kemudian, haid mula sedikit.. Tetapi masih berwarna coklat2.. Apabila haid telah kering, dia mandi wajib (waktu pagi) dan terus ke masjid menyelesaikan tawaf, saie dan bergunting.. Kemudian sempat solat zohor berjemaah..

    Kemudian dia balik ke hotel, dan dilihat ade kesan berwarna coklat2 lagi..

    Situasi itu berterusan sehingga tempoh dia pulang ke tanah air.. Dia berasa sgt susah hati berkenaan isu ini..

    Kemudian di tanah air, dia ade membayar dam dan berurusan dgn agen pakej umrah utk selesaikan dam tersebut..

    Jadi persoalannya, adakah umrahnya sah.. Dan apakah yg perlu dilakukan??

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.