Wednesday, April 21, 2010

Panduan Umrah – 22 – Masalah Tawaf Bagi Jemaah Wanita Haidh/Nifas

Assaalamu'alaikum wm. wbr.

Dalam melakukan ibadah umrah, terdapat persoalan mengenai wanita yang kedatangan haidh ataupun nifas. Bagi wanita yang sedang berhaidh dan nifas, jika ia melakukan umrah, maka wajib baginya berniat umrah di miqat tetapi terpaksa menunggu sehingga bersih barulah boleh melakukan tawaf dan menyelesaikan semua rukun dan wajib umrah yang lain.

Jika semasa berhaidh, terdapat sela masa bersih melebihi 24 jam (contoh datang haid, kemudian berhenti melebihi 24 jam, kemudian datang haidh semula), maka semasa bersih tersebut bolehlah dia cepat-cepat mandi hadas, memakai tuala wanita, dan kemudian melakukan tawaf, bersai'e, dan bergunting untuk tahallul.  Jika selepas itu datang haidh semula, maka dia telah selamat dan sudah tidak berpantang ihram lagi.

Kenyataan di atas bersumberkan kepada Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke 17 (1422H).

Sekiranya jemaah haji wanita yang menghadapi masalah seperti tidak dapat melakukan tawaf rukun beliau bolehlah berpegang dengan pendapat yang mengatakan hari suci (fatrah al-Naqa’) dalam tempoh haid selama satu hari satu malam tidak dikira haid, beliau dikira suci, boleh mandi, berwuduk dan melakukan tawaf.

PERHATIAN

Fatrah Naqa’ hanya terpakai kepada jemaah haji/umrah wanita yang akan meninggalkan Makkah dalam waktu terdekat.


Fatrah Naqa’ tidak terpakai jika waktu berada di Makkah masih panjang dan sempat menunggu tempoh suci.

Untuk keterangan lanjut sila lihat entri dalam link di bawah (sila klik)

1. Bolehkah teruskan tawaf, saie dan bergunting bagi wanita yang haid semasa dalam ihram kemudian suci dalam masa singkat, kemudian datang haid semula

PENTING: NIAT IHRAM BERSYARAT

Bagi wanita yang dijangka kedatangan haidhnya agak panjang, dan dikhuatiri tidak suci sehingga tarikh penerbangan balik ke tanah air, maka dicadangkan agar mereka berniat ihram bersyarat supaya mudah untuk bertahallul Maka dalam situasi sebegini, walaupun dia tidak sempat tawaf, sai'e dan bergunting, dia boleh bergunting untuk keluar daripada ihram tanpa perlu membayar dam. Niat bersyarat hanya bagi orang yang terpaksa sahaja.

Sebaliknya, jika jemaah wanita berkenaan (yang kedatangan haid) tidak berniat ihram secara bersyarat, malah ia hanya berniat biasa sahaja ketika di miqat, maka jika haidnya berterusan sehingga tarikh pulang ke negara asal maka ia hendaklah melakukan tahallul ihsar iaitu dengan keluar daripada Makkah sejauh dua Marhalah (91km) atau lebih (boleh dilakukan di Malaysia), kemudian menyembelih seekor kambing dan bergunting rambut dengan niat tahallul. Daging kambing tersebut dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin tempatan.

Jika tidak mampu hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan bergunting dengan niat tahallul, dan makanan itu dibahagikan kepada fakir miskin tempatan.

Jika tidak mampu juga hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing (1 cupak=1 hari) dan bercukur atau bergunting dengan niat Tahallul dengan berpuasa dan bergunting dengan niat Tahallul ihsar.

Setelah melakukan tahallul ihsar, maka terlepaslah ia daripada pantang larang umrah.

Peringatan:

 (Sembelih kambing dahulu, baru bergunting). Namun wajiblah ia mengqadha' semula umrah yang tertangguh itu – sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dalam peristiwa Hudaibiah pada tahun ke-6 hijrah.

Niat Bersyarat tersebut ialah:

"Aku berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya, jika aku terhalang oleh halangan syara' maka ketika itu aku bertahallul kerana Allah Taala."


UPDATE:

Assalamu'alaikum wbt

Ihram bersyarat tidak digalakkan bagi niat ihram haji..


Di bawah ini dimuatkan MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN
KALI KE-26 pada 4 – 7 Mac 2010 mengenai niat ihram bersyarat bagi jemaah haji wanita:

Yang Dibolehkan:

1. Dalam keadaan tidak berhaid dia berniat ihram dengan menyertakan syarat; “Sekiranya aku kedatangan haid dan haidku berterusan sehingga tarikh pulang maka jadi halallah aku.”

2.Dalam keadaan berhaid dia berniat ihram dengan menyertakan syarat; “Jika haidku berterusan sehingga tarikh pulang maka jadi halallah aku.”

Yang Tidak Dibolehkan:

Dalam keadaan tidak berhaid dia berniat ihram kemudian ketika didatangi haid dia berkata; “Jika haidku berterusan sehingga tarikh pulang maka jadi halallah aku.”

Entri Yang Berkaitan (Sila Klik)

1. Bolehkah teruskan tawaf, saie dan bergunting bagi wanita yang haid semasa dalam ihram kemudian suci dalam masa singkat, kemudian datang haid semula


43 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj Mohd Saad

    kalau tak silap, masa krusus hj tempuhari
    ada doa untuk tahan haid
    kalau ada tn hj siarkan untuk panduan

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam Tn Haji Rozali.

    Alhamdulillah, terima kasih kerana mengingatkan saya. InsyaAllah saya akan cuba masukkan dalam entri berikutnya.

    Syukran.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ustaz,
    Bagaimana pula jika seorg wanita itu telah berniat ihram bersyarat di miqat & baki haid hanya tinggal 1-2 hari dan dia baru tiba di Makkah (baki masa di Makkah masih lama).

    Adakah dia perlu;
    1) terus bertahalul setelah tiba di Makkah utk keluar dr ihram (walaupun masih lama lagi di Makkah) ATAU
    2) tunggu sehingga haid habis (dlm 1-2 hari), baru mandi wajib & meneruskan rukun umrah

    Mohon penjelasa. Terima kasih ustaz.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam ain,

    Maaf kerana terlepas pandang soalan puan.

    Dalam kes ini, puan perlu tunggu hingga haid habis, mandi wajib, selepas itu tawaf, saie, dan bergunting rambut.

    ReplyDelete
  5. Salam ustaz,

    Saya bercadang untuk menunaikan umrah pada 17 Mac 2012 dan perjalanan saya akan bermula dari Malaysia ke madinah selama 4 hari 3 malam dan seterusnya ke Mekah. berdasarkan kiraan putaran haid, saya jangka akan datang haid pada hari saya bertolak ke Mekah. Persoalan saya:
    a) perlukah saya niat umrah bersyarat di miqat yang telah ditetapkan?
    b) sekiranya saya didatangi haid dan telah niat umrah bersyarat, adakah saya masih dalam ihram dan perlu menjaga patang larang ihram sehingga habis tempoh haid atau adakah dgn niat umrah bersyarat ini membolehkan saya tidak berada dalam ihram?
    c) Adakah selepas tamat sahaja tempoh haid dan sekiranya saya masih berada di Mekah, saya hanya perlu mandi hadas besar dan kemudiannya boleh terus melakukan umrah tanpa perlu keluar semula untuk mengambil niat.
    Mohon penjelasan daripada ustaz, terima kasih

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikum salam wbt Anonymous

    Syukur alhamdulillah, puan akan berangkat menunaikan umrah tidak lama lagi. Semoga Allah permudahkan segala urusan puan, amin, Ya Rab al-'alamin.

    Puan, saya bukanlah seorang ustaz. Namun saya cuba menjawab soalan-soalan puan berdasarkan kursus-kursus anjuran Tabung Haji dan rujukan-rujukan lain, insyaAllah.

    Jawapan utk soalan 1:
    Ya, puan boleh berniat umrah bersyarat di Bir Ali (Niat dalam bas sahaja, tidak perlu masuk masjid sbb puan sedang berhadas.)

    Jawapan utk soalan 2:
    Setelah berniat ihram, sama ada niat bersyarat ataupun tidak, seseorang itu perlulah menjaga segala pantang larang ihram seperti tidak boleh memakai minyak wangi atau menggunakan sabun yang wangi, atau syampu yang berbau wangi ketika mandi, mengerat kuku, menggunting rambut, dsb. Maknanya puan MASIH DALAM IHRAM.

    Jawapan utk soalan 3:
    Ya, selepas tamat haid dan setelah mandi hadas, puan terus lakukan tawaf mengelilingi kaabah sebanyak tujuh (7) keliling dan saie TANPA perlu keluar ke miqat untuk niat SEBAB puan telah niat ihram di Bir Ali semasa bertolak dari Madinah.

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum wbt

    Suatu persoalan mengenai haid untuk perhatian kaum wanita

    Soalannya
    Jika jemaah wanita berniat ihram umrah, kemudian dia didatangi haid, maka selepas dia melihat darah tidak keluar pada hari kelima (misalnya), dia bersuci lalu pergi mengerjakan tawaf, sa'ie dan tahalul. Tiba-tiba pada waktu malam dia mendapati darah haidnya keluar semula. Adakah tahallulnya sah?

    Jawapan

    UNTUK MENJAWAB PERSOALAN TERSEBUT, KITA BOLEH MENGGUNAKAN PANDANGAN KEDUA MAZHAB SYAFI'E

    Ada pandangan kedua dalam Mazhab Syafi'e, yang mengatakan bahawa tempoh bersih antara haid itu (dikenali sebagai Fatrah Niqa') dikira tempoh suci dan sah amal ibadat dengan syarat TEMPUH SUCI ANTARA DUA HAID ITU TIDAK KURANG DARI 24 JAM.

    ATAU DALAM KATA LAIN, TEMPUH SUCI ANTARA DUA HAID ITU MESTILAH MELEBIHI 24 JAM.

    Sebagai contoh: Jika pukul 12 tengah hari dia bersuci kemudian menyelesaikan umrahnya. Jam 3 petang hari berikutnya (esoknya) darah keluar semula (jangka masa telah melebihi 24 jam), maka umrahnya itu adalah sah.

    Sebaliknya, jika pada pukul 12 tengah hari dia bersuci kemudian menyelesaikan umrahnya. Kemudian sebelum pukul 12 tengah hari esoknya (jangka masa kurang daripada 24 jam) darah keluar semula, maka umrahnya itu tidak sah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. Boleh saya tahu sumber rujukan tuan berkenaan syarat tempoh suci antara 2 haidh hendaklah melebihi 24 jam? Terima kasih banyak.

      Delete
    2. Wa'alaikum salam wbt

      Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke 17 (1422H).

      Delete
    3. Sekiranya jemaah haji/umrah wanita yang menghadapi masalah seperti tidak dapat melakukan tawaf rukun beliau bolehlah berpegang dengan pendapat yang mengatakan hari suci (fatrah al-Naqa’) dalam tempoh haid selama satu hari satu malam tidak dikira haid, beliau dikira suci, boleh mandi, berwuduk dan melakukan tawaf.

      PERHATIAN

      Fatrah Naqa’ hanya terpakai kepada jemaah haji/umrah wanita yang akan meninggalkan Makkah dalam waktu terdekat.

      Fatrah Naqa’ tidak terpakai jika waktu berada di Makkah masih panjang dan sempat menunggu tempoh suci.

      Delete
  8. Salam,

    kalau keadaan wanita yg masih menyusu badan dan masih belum datang haidnya perlu niat bersyarat atau niat yang biasa?sebab takut juga bila dah sampai mekah tiba2 keluar haid..

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikum salam wbt anonymous.

    Ya, bagi wanita yang masih menyusukan bayinya (menyusu badan) dan masih belum datang haid, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka boleh berniat umrah bersyarat sebab takut datang haid selepas berniat ihram.

    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. As Salam,

    Tn Haji, bole kah wanita yg menyusu badan mengamalkan doa tahan haid? Jika niat bersyarat, dan keluar haid dan x sempat utk melakukan ihram, perlukah wanita tadi menyembelih kambing dan gunting rambut dan wajid qada umrah ke?

    ReplyDelete
  11. Wa'alaikum salam wbt Dysu

    Ya, harus (boleh) bagi wanita yang menyusu badan mengamalkan doa tahan haid.

    Maaf saya keliru dgn soalan kedua puan. Saya anggap puan maksudkan ialah setelah niat ihram bersyarat (untuk umrah), jemaah wanita tsbt tidak sempat tawaf, dan saie (mengerjakan rukun-rukun umrah yang lain)sebab haid yang berpanjangan sehingga tarikh balik ke Malaysia.

    Jika itu yang puan maksudkan, jemaah wanita tersebut hanya perlu bergunting rambut untuk melepaskan dia daripada ihram dan tidak perlu sembelih kambing.

    ReplyDelete
  12. Assalamu'alaikum wbt.

    Ihram bersyarat tidak digalakkan bagi niat ihram haji..

    Para wanita juga harus berjaga-jaga, jangan hanya kedatangan haid sahaja, terus mengambil keputusan untuk ‘keluar daripada ihram’ dengan senangnya, sedangkan masa masih ada untuk mereka menunggu dalam ihram dan menyelesaikan umrahnya. Sekiranya sudah hendak meninggalkan Makkah dan haid masih datang, barulah boleh keluar daripada ihram dengan bergunting rambut.

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum wbt

    Di bawah ini dimuatkan MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN
    KALI KE-26 pada 4 – 7 Mac 2010 mengenai niat ihram bersyarat bagi jemaah haji wanita:

    Yang Dibolehkan:

    1. Dalam keadaan tidak berhaid dia berniat ihram dengan menyertakan syarat; “Sekiranya aku kedatangan haid dan haidku berterusan sehingga tarikh pulang maka jadi halallah aku.”

    2.Dalam keadaan berhaid dia berniat ihram dengan menyertakan syarat; “Jika haidku berterusan sehingga tarikh pulang maka jadi halallah aku.”

    Yang Tidak Dibolehkan:

    Dalam keadaan tidak berhaid dia berniat ihram kemudian ketika didatangi haid dia berkata; “Jika haidku berterusan sehingga tarikh pulang maka jadi halallah aku.”

    ReplyDelete
  14. Ye betul.. itu yg sy maksudkan setelah niat ihram bersyarat jemaah x sempat melalukan rukun umrah yg lain.Terima kasih atas jawapan ini.

    Apa hukumnya pula jika ada wanita melakukan tawaf bersendirian tidak bertemankan suami?suaminya ada tp atas sebab tertentu seperti gilir2 menjaga anak?

    ReplyDelete
  15. Wa'alaikum salam wbt Dysu

    Menurut Majlis Fatwa Al-Azhar Mesir, sebahagian ulamak mazhab Maliki dan yang Shafi’e membolehkan perempuan untuk bermusafir tanpa mahram sekiranya ada keperluan dan jalan yang akan ditempuhinya serta tempat yang akan didatanginya terjamin keselamatannya. Ini berdasarkan kepada sepotong hadith sahih Bukhari yang diriwayatkan oleh ‘Adiy bin Hatim:


    فَإِنْ طَالَتْ بِكَ حَيَاةٌ لَتَرَيْنَ الظَّعِيْنَةَ تَرْتَحِلُ مِنَ الْحِيْرَةَ حَتَّى تَطُوْفَ بِالْكَعْبَةِ لاَ تَخَافُ أَحَدًا إِلاَّ اللهَ

    Jika kamu panjang umur, nescaya kamu akan melihat wanita berjalan beresndirian dari Hirah (sebuah kawasan di Iraq) hingga melakukan tawaf di Ka’bah (Makkah). Dia tidak takut sesuatu pun melainkan Allah (dalam perjalanan itu)

    Pandangan Majlis Fatwa al-Azhar ini turut disokong oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dan ditulis di dalam Ensiklopedia Feqh Islam.

    Jadi hukum wanita tawaf bersendirian sedangkan suaminya tinggal di hotel untuk menjaga anak, maka hukumnya adalah harus (dibolehkan).

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum tn,hj

    Terima kasih kerana telah membantu saya untuk menjawab permasalahan yang telah saya kemukakan pada tarikh Februari 20 yang lepas berhubung niat umrah bersyarat dan jawapan tuan haji telah banyak membantu saya untuk persiapan menunaikan ibadah umrah pada minggu hadapan.

    ReplyDelete
  17. Wa'alaikum salam anonymous

    Alhamdulillah, saya doakan puan selamat berangkat menunaikan umrah pada minggu hadapan dan semoga mendapat umrah yang maqbul.

    Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan puan di sana, selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air. Perbanyakkanlah beristighfar dan berselawat kepada Nabi S.A.W. mulai dari sekarang.

    Jika tidak keberatan, ketika puan berada di hadapan kaabah, saya pohon agar puan doakan saya (Mohd Saad Hamid), isteri, dan anak-anak saya sihat tubuh badan dan mendapat kebahagian dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

    Saya juga mendoakan puan semoga sentiasa mendapat limpah rahmah, kasih sayang dan barakah daripada Allah SWT. Amin, Ya Rab al-alamin.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum tuan haji,

    Insyallah, akan saya panjangkan doa tuan haji dan terima kasih sekali lagi atas panduan yang telah diberikan.Semoga tuan haji sekeluarga beroleh keberkatan hidup dunia akhirat. insyallah saya akan berangkat esok, 17 Mac ke madinah terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah dan terima kasih anonymous.

    Selamat berangkat dan semoga mendapat barakah dan rahmah Allah SWT, amin.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Tn Haji. Saya masih kurang jelas. Harap tn hj boleh bantu. Saya bercadang utk menunaikan Umrah.
    Saya memang bermasalah haid yg panjang 15-16 hari sejak tahun 2005 lagi. Soalan saya adalah:

    1) sekiranya ketika di miqat saya masih suci dan saya berniat bersyarat. Kemudian setelah memasuki tanah haram, saya mendapati didatangi haid. Kalau mengikut kebiasaan, ia hanya akan berhenti( atau saya mandi wajib pada hari ke 14@15. ) jadi, bialakah sepatutnya saya bertahallul? Adakah saya perlu menunggu sehingga hari akhir juga dalam menjaga segala pantang larang ihram selama di mekah? Ada pendapat yg saya dengar, saya boleh terus bertahallul pada hari kedatangan haid pertama itu juga. Benarkah?

    2) sekiranya saya bertahallul pd hari pertama kedtgn haid. Maka saya terlepas dari pantang larang ihram. Andainya diizinkanNya, haid saya berhenti pada hari ketiga, dan saya masih ada baki 4 hari lagi, bolehkah saya memulakan semula umrah saya? Bagaimana? Adakah sama seperti org lain yg hendaklah mengulangi umrah iaitu kena keluar ke tanah halal untuk berniat dan sebagainya?

    Maaf ya tn Hj, saya benar2 jahil dan harap tn hj dpt membantu. Terima kasih byk-byk.

    ReplyDelete
  21. Wa'alaikum salam wbt anonymous

    Pertama-tama saya syorkan agar puan amalkan doa penahan haid seperti pada entri berikut:

    http://msaadhamid.blogspot.com/2010/04/panduan-umrah-23-amalan-memohon.html

    Lakukanaalah dengan yakin, dan insyaAllah akan berjaya.

    Selain itu, rancanglah pemergian umrah supaya waktunya tidak bertembung dengan waktu puan datang haid.

    Jawapan kepada soalan 1 dan 2: Terus terang saya katakan, saya kurang pasti akan masalah ini. Nantilah, saya akan rujuk kepada mereka yang lebih arif, InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tn Hj. Saya memang brcadang untuk memakan pil tersebut. Cuma saya khuatir kalau haid masih keluar.

      Jadi, saya brcadang utk mencuba kesemuanya: pil, amalan doa dan juga niat bersyarat. Boleh kah? Memandang haid saya dah dikategorikan sbg penyakit.

      Tentang merancang tarikh tu, saya akan cuba, tapi agak mustahil kerana tertakluk pd jadual cuti sekolah shj..

      Delete
  22. Assalamu'alaikum wbt anonymous.
    Seperkara lagi, saya syorkan mulai dari sekarang, agar puan istighfar banyak-banyak dan sentiasa berdoa agar Allah SWT memudahkan ibadah umrah puan. Solat hajat dan berdoa agar puan dapat melakukan umrah dengan sempurna, InsyaAllah.

    Berkenaan dengan cadangan puan untuk menggunakan pil, doa tahan haid, dan niat bersyarat, maka itu adalah yang sebaik-baiknya.

    Di sini saya tampalkan ulasan daripada Abu Anas Madani (http://www.abuanasmadani.com/?p=538) mengenai masalah niat umrah bersyarat ini.

    "Para wanita harus berjaga-jaga, jangan hanya kedatangan haid sahaja, terus mengambil keputusan untuk ‘keluar daripada ihram’ dengan senangnya, sedangkan masa masih ada untuk mereka menungu dalam ihram dan menyelesaikannya! Sekiranya sudah hendak meninggalkan Tanah Suci, barulah boleh keluar daripada ihram."

    Maknanya, jika puan telah ihram bersyarat dan semasa di Makkah telah datang haid sebelum sempat tawaf maka tunggulah sehingga bersih dan bersuci baru lakukan tawaf, saie dan bergunting rambut.

    Jika sehingga waktu nak berangkat pulang masih belum kering haid, barulah keluar daripada ihram dengan bergunting (tanpa tawaf dan saie), di Jeddah (dalam bas atau sebagainya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Tn Hj. Terima kasih byk2 atas penjelasan tn haji. Saya lebih faham kini. Semoga Allah memberkati tn Hj sekeluarga.. Amin.. :)

      Delete
  23. Assalamualaikum Tn Haji,

    Saya ingin bertanya mengenai saie umrah. Ketika perjalan dari Safa ke Marwah, berhenti di pertengahan untuk menunaikan solat fardhu bersama imam Masjidil Haram. setelah selesai solat, meneruskan perjalan ke Marwah. Adakah sah saie tersebut dikira sebagai satu pusingan saie ?

    ReplyDelete
  24. Salam. Saya bersuci pada pukul 10 pagi dan seterusnya niat ihram bersyarat ptg tersebut. Saya mengerjakan umrah pada mlm hari. Selesai bertahalul pada pukul 3 am saya dapati saya didatangi haid kembali. Tempoh bersuci kurang 24 jam. Bermaksud umrah saya tidak sah? Apakah jenis dam yg dikenakan ke atas saya dan bolekah saya berniat ihram yg lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Tahallul puan tidak sah kerana semasa tawaf puan masih dalam keadaan haid - sebab tempoh berhenti darah sementara (Fatra an-Naqa') kurang daripada 24 jam. Puan tidak perlu berniat ihram yang lain. Oleh itu ulangi semula tawaf, saie, dan bergunting apabila telah suci daripada haid.

      Puan dikenakan dam Takhyir dan Taqdir kerana mengerat rambut sebelum tiba masanya. Damnya ialah menyembelih seekor kambing dan dagingnya di agihkan kepada fakir miskin di Makkah.

      ms 97.

      Delete
    2. Assalam. Dam takhyir dan taqdir tak semestinya sembelih kambing. Boleh dipilih samaada sembelih seekor kambing atau sedeqah kpd 6 fakir 2 cupak setiap org atau puasa 3 hari.

      Delete
  25. assalamualaikum ustaz.

    Pada jun 2011, saya telah berpeluang untuk ke tanah suci.

    jadual pulang ke malaysia adalah pada hari isnin.
    semasa ziarah luar pada hari sabtu, saya telah berniat ihram bersyarat untuk umrah sunat. kemudian belum sempat ke masjidil haram, saya didatangi haid.
    saya telah pulang ke malaysia tanpa bertahalull kerana saya tidak tahu.

    bila di malaysia, saya cari maklumat dan terjumpa bahawa perlu bertahalul.
    saya telah menghubungi ustaz yang memberikan kursus umrah dahulu. ustaz tersebut jawab tidak perlu bertahalul.

    saya rasa tidak sedap hati.

    mohon pandangan ustaz berhubung perkara ini.

    sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Wallahu aklam. Saya kurang arif bab ini. Harap puan majukan soalan kepada pihak Tabung Haji.

      Delete
  26. Assalammualaikum ustaz..

    Pada Mei 2012, sy telah berpeluang ke Tanah Suci..semasa di Madinah sy telah datang haid dan memasang niat umrah bersyarat..Kemudian setelah darah haid berhenti..sy terus mandi wajib dan terus menunaikan tawaf, saei dan bergunting..setelah balik tawaf, sy dpti ada kesan coklat pada pakaian dlm sy..
    Namun begitu, keesokan harinya, saya telah memengerjakan umrah sekali lg setelah mandi wajib sekali lagi..

    Adakah sy perlu membayar dam? dan mcm ner hendak membayarnya sedangkan sy kini telah balik ke Malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah umrah sy di anggap selesai?? Saya amat berharap dapat membantu saya menyelesaikan perkara ini

      Delete
    2. Wa'alaikum salam wbt

      Pada tawaf pertama, umrah tak sah sebab masih dalam haidh - tak sampai 24 jam, datang haid semula. Oleh kerana puan telah bergunting rambut selepas siae, maka puan kena bayar dam.

      Bila buat umrah keesokan harinya selepas mandi wajib, maka tawaf, saie dan bergunting itu adalah untuk umrah yang pertama. Niat umrah kat Tan'iem tak dikira. Maka umrah itu sah - Alhamdulillah.

      So, kena bayar dam sebab bergunting dalam umrah pertama yang tak sah tsbt. Dam boleh dikirim dengan sesiapa yang nak pergi umrah atau haji.

      Wallahu aklam.

      Delete
    3. Alhamdulillah...

      Terima kasih Byk2 Tuan Haji..

      Delete
    4. Assalamualaikum Tuan Haji...

      Untuk makluman tuan haji, saya juga mengalami masalah yang sama seperti di atas..Seperti yg di nyatakan dalam jawapan Tuan Haji..Umrah kedua yg dilakukan mengantikan umrah yg pertama..Adakah ini bermakna sy telah menyempurnakan umrah saya dan sudah terlepas daripada pantang larang ihram?

      Delete
  27. Assalamualaikum Tn Haji..

    Adakah seseorang masih terikat dengan ihram sekiranya umrahnya sah tetapi tidak menyelesaikan bayaran dam kerana dia tidak mengetahui kesalahannya dan hanya mengetahui setelah pulang ke Malaysia?

    Mohon Jasa baik Tn Haji menjelaskan perkara ini...

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Seseorang jemaah itu jika ia melakukan manasik umrahnya dengan betul (niat ihram, tawaf 7x yang sah, saie 7x yang sah) dan kemudian dia bergunting /bercukur selepas tamat saie, maka dia dikatakan bertahallul - maksudnya keluar daripada berihram dan terlepas daripada pantang larang ihram.

      Sekiranya ada perkara yang dia dikenakan dam (sama ada dia stahu atau tidak stahu yg sebenarnya dia dikenakan dam - seperti sengaja menghalau sekelompok burung merpati yang sedang makan kemudian tertanggal bulu-bulu burung tersebut - maka di sini dia dikenakan dam), maka selagi dia belum menyelesaikan bayaran damnya maka pahala umrahnya tergantung atau cacat.

      Wallahuaklam.

      Kalau suka jawapan ini, tolong LIKE kat colum sebelah kanan-atas. TK

      Delete
  28. assalamualaikum,
    sekiranya wanita sedang haid dan niat bersyarat, adakah dia dikira dlam ihram?adakah dia perlu mematuhi semua larangan ihram?
    terima kasih

    ReplyDelete
  29. Assalammualaikum saya akan bertolak mengerjakan umrah dan masih belum didatangi haid. miqat saya adalah 1 jam sebelum mendarat di jeddah. bolehkan saya berniat ihram bersyarat walaupun dijangka kedatangan haid dalam 5 hari lagi atau perlu saya berniat ihram biasa. mohon penjelasan. terima kasih

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.