Monday, April 29, 2013

Senario Yang Tidak Pernah Aku Lihat Sebelum Ini


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه


Ya memang menakjubkan!
Tidak pernah terjadi sebelum ini di Melaka dan Negeri Sembilan.

Jom Ubah!

Jelebu, Negeri Sembilan
Sumber: Dari Sini
Masjid Tanah, Melaka
Sebaliknya ... orang Melayu




4 comments:

  1. Salam...
    memanglah cina sokong PAS... sebab
    sokong PAS = sokong DAP = Cina dapat manfaat lebih. melayu islam? me"layu" ler...walau sapa pun memerintah...
    umno tu kot lah dah memang teruk, yang PAS pun jadi cam umno ne apa kes?
    tatau dah nak pangkah sapa la ne...
    tengok cina... ada bantah??? semua pakat2 dah pangkah DAP kafir tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Memang sangat pelik. Hairan dan Ajaib.

      Orang Islam di Malaysia ni, yang lain-lain semua boleh terima.
      Umrah OK. Haji OK. Solat OK. Puasa OK. Zakat OK. Pangkah MCA boleh OK. Pangkah MIC OK.

      TETAPI ...

      Sebut saja nak menegakkan ugama Allah SWT, nak laksanakan hukum Allah yang Cipta kita - Wow ITU TAK BOLEH.

      Kalau kita rasional, mari tengok fakta:

      Bagi PRU13, bilangan semua kerusi parlimen ialah 222 buah.

      DAP hanya tanding 46 kerusi. Jika campur semua kerusi bukan Islam (MCA, MIC, termasuk Sabah dan Sarawak) jumlahnya hanya 93 kerusi sahaja.

      PAS dan calun Islam dalam Pakatan Rakyat tanding 136 kerusi. Mana logik kata DAP perkuda PAS dan Cina dapat manfaat lebih.

      Kalau PR memerintah -- semua rakyat tak kira bangsa dapat manfaat sama rata. Itulah konsep keadilan dalam Islam.

      Delete
  2. tengok perak sahaja cukup.
    sekejap sahaja nizar memerintah...
    melayu dapat tanah 99 tahun.
    kampung baru cina 999 tahun...

    (takkan salah tekan macam LGE kot)....

    tengok pulau pinang...
    rumah naik mendadak...secara halus cuba dihapuskan bumi lot...
    memanglah rumah mahal... tapi apa beza LGE dan BN yang memerintah? tetap pun dia tak turunkan harga rumah... dia "tekan" lagi orang melayu adalah...
    ntah lah...
    tuan jangan main serkap jarang menuduh orang lain tak nak tegak hukum Allah...
    tuan sendiri tidak melihat dan mengkaji secara menyeluruh...

    saya masih ingat tuan meletakkan gambar najib (poster besar ketika perayaan kaum india), tapi tuan bias, tidak pulak tunjuk gambar nizar ketika upacara kematian kaum bangsa cina siap dengan memegang lilin bagai...
    wallahualam...

    walau siapa pun menang... semoga Allah memelihara umat islam di malaysia ini dengan sebaik-baik pemeliharaan... Ameen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum wbt

      Saya bukan serkap jarang. Tapi itulah kenyataannya di Malaysia ni kan. Masa nak nikah kahwin - ikut hukum Islam. Hidup mati (lahir dan meninggal dunia) - ikut Islam. Umrah, haji, berebut-rebut hendak pergi. Tetapi bila nak tegakkan hukum Allah yang lebih menyeluruh di Malaysia ni -- Ooop, nanti dulu, itu tak boleh.

      Kalau UMNO/BN betul-betul nak wujudkan negara Islam di Malaysia ni (dah 55 tahun memerentah), kalau betul sayangkan Islam, undilah parti yang ingin menegakkan Islam iaitu PAS dan parti-parti yang bersama-sama dengan PAS (PR).

      Kalau UMNO/BN betul-betul nak laksanakan hukum yang Allah SWT (Tuhan yang cipta kita, yang akan menyoal kita di akhirat kelak), hari ini PAS boleh declare bubar - tak perlu wujud lagi kat Malaysia ni.

      Akhir sekali, apa pun alasan tuan - jawablah sendiri di akhirat kelak. Moga-moga alasan tuan akan diterima oleh Allah SWT.

      Tapi pada masa tu mulut kita sudah tidak boleh berbicara lagi. Tangan yang memangkah, kaki yang melangkah, dsb yang akan bercakap dihadapan Allah.

      الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

      "Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan."

      Ya Allah, saksikanlah bahawasanya hambamu yang lemah ini telah menyampaikan. Hanya Engkau sahaja yang dapat memberi petunjuk. Berilah hidayah-Mu kepada para pembaca blog ini dan juga kepada seluruh kaum muslimin, wahai Alah Tuhan yang sangat Mengasihi daripada sekelian yang mengasihi. Amin.

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.