Monday, April 29, 2013

Income Tax - Sian Kat Aku Dah Bersara Pun Kena Bayar Cukai


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه



Alhamdulillah, baru sebentar tadi aku submit e-filing untuk cukai taksiran 2012. Campur tolak, dharab bahagi, maka aku dikenakan cukai sebanyak RM$$$$.

Sepatutnya dengan pelepasan yang begitu banyak aku tidak dikenakan cukai sebab termasuk kategori berpendapatan tidak dikenakan cukai -- Ha ha ha, ayat belit-belit kasi pening sikit.  Contohnya kalau beli buku - diberi pelepasan hingga RM1000.00 - jika simpan resit lah. Orang macam aku ni mana pandai simpan resit. Anak masuk matrikulasi dah tentu beli buku. Kalau pergi mana-mana shopping complex, sudah tentu aku singgah kat kedai buku dan rembat 2-3 buah buku kat situ. Tapi bila nak declare income tax, masa itulah resit-resit tersebut menyorok entah ke mana. Apa! Boleh tipu? Memanglah boleh tipu pihak income tax, tapi kat Allah kita boleh tipu ka?

Benda ni memang melecehkan sebab kena declare tiap-tiap tahun. Sepatutnya orang yang bersara macam aku ni memang sepatutnya tak payah bayar cukai - walaupun tahun lepas aku masih bekerja - sebab sekarang aku dah tak bekerja. Dah tak ada duit dah nak bayar cukai.

Memang elok kalau rakyat tak perlu bayar cukai macam Husam Musa cakap tu - kalau PR menang PRU13 pegawai gred 41 ke bawah tak perlu bayar cukai - Tak suka ka? So kalau suka, undilah PR pada 5 Mei 2013 nanti tau! Undi PR, jangan tak undi PR. Mesti undi PR tau. Undi, undi PR.

Infact kerajaan boleh buat lebih daripada itu. Sepatutnya pendapatan bawah RM100,000 setahun tak perlu bayar cukai. Kan bagus kalau macam tu. Barulah rakyat bekerja keras supaya pendapatannya lebih daripada RM100,000 supaya dia dapat bayar cukai dan berbakti kepada bangsa dan negara. Bila lebih daripada 90 peratus rakyat berpendapatan melebihi RM100,000 barulah Malaysia boleh declare sebagai negara Maju.

Anyway, tahun depan legalah aku sikit sebab tak perlu nak pening-pening isi borang e-filing. Nak declare macam mana - income zero - nahe. Nanti tahun depan bolehlah aku merasa BR1M sebanyak 500 hinggit tu bersamaan 8 hinggit 93 sen setahun atau 8 sen sebulan - ini aku kira ambil fakta Malaysia ni sudah 56 tahun merdeka.  Banyak tu! Jangan tak bersyukur pulak.

Kalau nak tahu macam mana nak bersyukur kat kerajaan tu, buatlah macam gambar kat bawah ini. Sian tengok kat orang tu, dia lapar jadi enkorang pangkah lah dia dalam PRU13 nanti yer.


OK lah, banyak pulak aku menceceh kat sini - maklumlah hari ni aku tak pergi kerja, jadi sempatlah taip bukan-bukan kat sini. Anyway kalau ada mana-mana pihak yang terasa hati atas tulisan-tulisan aku sejak dua menjak kebelakang ni, harap jangan simpan lama-lama tau. Maafkanlah aku yang dhaif lagi yatim piatu ni. Maaf ye bang, adik, kakak, Che Det, dll sesiapa saja yang terasa.

Sekian, wasalam.

6 comments:

  1. Sangat setuju kalau 100k kebawah takyah bayar cukai. Cukai company lebih rendah dari cukai individu.. apa ke halnyer kan. Padahal company boleh deduct macam2, individu plak ciput jer deductionnya...
    Sebenarnya kalau implement GST lagi untung bagi orang yang bekerja... so that sesapa yang pakai barang mewah dikenakan cukai maximum, tapi barang2 keperluan kekal sebagai zero rated supply.. so takde sapa yang tertindas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, terima kasih kerana bersetuju dengan saya. Jadi undilah PR ni hari Ahad depan ni. Ini Kali lah!

      Sebut pasal syarikat ni, mereka employ pakar untuk kaji loop hole - cari apa yang boleh dapat deduction. Last-last sekali, cukai yang dibayar sikit sahaja banding yang sepatutnya. Kita yang bekerja makan gaji ni terpaksalah bayar cukai penuh sebab terang-terang sebutir-sebutir dicatit dalam borang EA.

      Delete
  2. Salam ,
    Suami saya pembayar cukai walau pun dia dah cukup usia 55 tahun dan ada anak yang masih sekolah lagi. Dan dia juga bayar zakat. Buat e filing dah dah LHDN dah pulang duit yang terlebih bayar.
    Walau bagaimana pun,kami tetap pilih UMNO dan BN...
    Selamat Mengundi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ ۖ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ ۖ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ ۖ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا ۖ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ (Asy-Syuura: 15)

      Maksud ayat:
      Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".

      Ya Allah, berilah petunjuk dan limpahkan rahmat-Mu ke atas kami sekelian. Dan saksikanlah bahawa aku telah berusaha sekadar kemampuanku. Janganlah Engkau hukum aku kerana kelemahanku. Sesungguhnya kepada-Mu lah aku kembalikan segala urusan. Amin.

      Delete
  3. Assalammualaikom wbt tuan Hj, khaifahaluka. Sememangnya tak boleh lagi dari cukai. Sabar la tuan Hj, thn depan dah tak kena la tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Alhamdulillah, setelah berehat di rumah, lutut saya sudah kurang terasa sakitnya - sudah beransur-ansur baik selapas makan supplement glocosamine jenama Donna Forte 500 (halal).

      Walaupun agak terlambat, di sini saya ucapkan tahniah kepada MI mendapat cahaya mata sulung. Semoga MI dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT dan mendapat kasih sayang (rahmat) daripada-Nya. Amin.

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.