Thursday, April 18, 2013

Kali Terakhir "Punch-Out" Mesin Perakam Waktu


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه


Kelmarin jam 1.00 tengahari, 17 April 2013 tamatlah perkhidmatan saya sebagai  pensyarah di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka selama hampir 15 tahun. Sebelum itu, pada sebelah paginya sempatlah saya membuat review subjek "Production and Operations Management" kepada para pelajar sebab mereka akan menghadapi peperiksaan pertengahan semester pada minggu hadapan iaitu pada Isnin, 22 April 2013. Peperiksaan tersebut adalah diselaraskan oleh pihak UUM dan akan dijalankan serentak seluruh Malaysia.

Selamat tinggal KAYM
Sebenarnya saya masih boleh meneruskan perkhidmatan di sini untuk beberapa tahun lagi, tetapi saya membuat keputusan untuk bersara sebab kesihatan saya yang tidak menentu kebelakangan ini. Walaupun sakit gout yang menghantui saya selama ini sudah jarang menyerang tetapi sakit lutut pula yang datang menyusul.  Tak larat saya nak naik menapak anak-anak tangga hingga ke tingkat 5 untuk memberi kuliah.

Namun, oleh sebab pihak kolej sukar mencari pensyarah pengganti bagi salah satu subjek yang saya ajar iaitu Kaedah Penyelidikan, maka saya diminta untuk terus mengajar subjek tersebut sebagai pensyarah sambilan sehingga akhir semester. Jadi selapas "punch out" jam 1.00 tengahari kelmarin, pada jam 2.00 ptg saya masuk semula ke bilik 108 untuk memberi kuliah, berjumpa dengan sebahagian besar pelajar-pelajar yang sama,  tetapi pada kali ini status saya ialah sebagai pensyarah sambilan. 

Sebahagian daripada pelajar dalam kuliah saya yang terakhir di KAYM
Apabila direnungkan, perjalanan hidup ini adalah seperti perjalanan air yang mengalir, yang bermula di pergunungan kemudian melalui lembah-lembah kehidupan, mengumpul pelbagai khazanah pengalaman, dan akhirnya akan sampai ke muara untuk menyatu dengan lautan yang luas. Begitu jugalah halnya dengan manusia - lahir, membesar dan dewasa, bekerjaya, berumahtangga dan sebagainya, dan akhirnya sampailah masanya kita meninggalkan dunia pekerjaan,  melangkah ke dunia yang baru dan asing iaitu dunia persaraan. Semua yang kita lalui selam ini sebenarnya hanyalah bersifat sementara sahaja sebab akhirnya akan sampai juga masanya di mana kita akan dijemput oleh Allah SWT ke alam barzah yang lebih asing dan lebih sunyi, bersendirian menunggu atau transit untuk ke alam yang kekal abadi iaitu alam akhirat. Justeru itu gunakanlah segala kesempatan yang ada untuk mengumpul bekalan menuju alam yang abadi tersebut.

Saya berdoa agar Allah SWT memberikan saya sekeluarga - isteri, anak-anak,  cucu-cucu, cicit-cicit, piut-piut, dan sebagainya :)  kesihatan yang baik, serta rezeki yang melimpah ruah semoga kami dapat menjalankan tugas kami sebagai hamba-Nya sebaik mungkin. Amin, amin,  Ya Rab al 'alamin.


11 comments:

  1. salam tuan,
    selagi kesihataan dan umur masih ada mengembangkan ilmu kpd anak bangsa sangat dimuliakan. Tahniah.....buat tuan sekeluarga.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Terima kasih. Semoga Allah memberkati kita semua. Amin.

      Delete
  2. Assalamualaikum Tn Hj,

    Kadangkala kesihatan yang tidak mengizinkan yang menyebabkan rasanya tidak larat untuk meneruskannya.........bila sampai waktunya
    tinggallah ia walaupun telah lama berbakti

    SELAMAT MAJU JAYA .........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Memang sudah lama nak bersara. Faktor kesihatan mempercepatkan lagi persaraan tersebut.

      Terima kasih atas doa tuan. Amin, amin Ya Rab al 'alamin.

      Delete
  3. Assalamualaikum tn.aji...

    Semoga tn.aji sentiasa sihat dan di dlm jagaan Allah..

    Ms. Zai :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Amin, amin, Ya Rab al 'alamin. Tk Zai kerana sudi mendoakan saya. Alhamdulillah.

      Lepas ni saya kerja part-time kat tempat zai kerja boleh tak? Tolong jual tudung! He he he.

      Delete
    2. Alaa tentu saya sedih tgk tn.aji berdiri ...
      Tn.Aji kan sakit kaki ...
      Jadi perawat full time la tn.aji ...hihi

      Delete
  4. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Selamat maju jaya.. moga tak pencen menulis disini yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Selaga terdaya, tak ada lah pencen menulis tu ... Tapi kekerapannya mungkin berkurangan, mengikut keadaan.

      Tk atas doa. Alhamdulillah

      Delete
  5. Assalamualaikum THMSH

    Alhamdulillah
    masih ada insan yg memerlukan perkhidmatan Tuan Hj
    moga sihat selalu dan terus maju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt THR

      Betul tu, tapi kesihatan kena jaga juga.

      Terima kasih kerana mendoakan saya. Amin, amin Ya Rab al 'alamin.

      Alhamdulillah.

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.