السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه
Anak Bulan sumber: http://cdn.harakahdaily.net/images/stories/PRU13/anak_bulan.jpg |
R
|
Pada hari terakhir saya di Kolej Yayasan Melaka, saya ditanya oleh seorang rakan sekerja - "Haji nak buat apa lepas ni?" Saya jawab ... "Duduk rumah, baca al-Quran, buat apa yang patut, top up amalan-amalan yang banyak tertinggal sebelum ni." Memang itulah apa yang saya terfikir pada ketika itu.
Hari ini. sudah empat hari berlalu sejak saya bersara, namun saya masih belum dapat full swing melakukan apa yang telah diracangkan tersebut. Memang kena perang habis-habis dengan bisikan-bisikan syaitan ni yang menyuruh kita meringan-ringankan / memudah-mudahkan kerja amal kebajikan ni.
Mungkin kena kurangkan sikit aktiviti berbelog kot. :)
Mohon para pembaca sekelian tolong aminkan doa saya ini:
Mungkin kena kurangkan sikit aktiviti berbelog kot. :)
Mohon para pembaca sekelian tolong aminkan doa saya ini:
الْلَّهُمَ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
"Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ku pohon kepada-Mu agar Engkau bantulah aku untuk sentiasa dapat mengingati-Mu dan mensyukuri segala nikmat-Mu, dan memperelokkan ibadahku kepada-Mu" Amin, amin Ya Rab al 'Alamin.
Amin.....
ReplyDeleteTerasa bestnyer kalau dapat bangun pagi tapi tak rushing ke office macam Tuan Haji (manusia selalu merindui sesuatu yang dia belum dapat kan).. kalau panjang umur, lama lagilah nak merasa... kalau pendek umur terus tak merasa hihi
Amin,amin, Ya Rab al 'alamin
DeleteKena juga rush ... kalau nak solat di masjid la, sebab jarak masa antara azan dan iqamah cuma lebih kurang 5 minit sahaja. Cuma sempat solat sunat yang pantas. Kalau lambat, jawabnya kena solat di surau ler.
Tk kerana doakan saya. Alhamdulillah semoga maqbul, amin.
Assalamualaikum Tn Haji
ReplyDeletepelan pelan haji
ni baru giar satu
nanti dah lama nanti ...Insyaallah boleh full swing....
Wa'alaikum salam THR
DeleteIni macam kes student nak ambil exam, tapi -tangguh-tangguhkan ulangkaji - bila dah dekat nak exam baru sibuk nak baca buku - habis semua nak kena baca. Hehehe - masing teringat dunia mengajar lagi saya ni.
Anyway tk atas nasihat. Alhamdulillah.
salam, masa yang selalunya sempit - kini sudah lapang... betapa ramai yang merindui saat2 seperti itu. Semoga istiqamah tuan haji...
ReplyDelete