Saturday, March 16, 2013

PAS ada 7 Dosa Besar? Betulkah?


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. di atas segala nikmat yang dilimpahkan-Nya kepada kita semua.  Semoga tuan-tuan sentiasa mendapat limpahan rahmat dan kasih sayang Allah.

Pagi ini apabila membelek-berita Berita Harian dan Sinar Harian, terpampang berita yang mengejutkan ini:


Najib: 7 dosa besar pembangkang terhadap rakyat dan umat Islam

TANAH MERAH - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak Pakatan Rakyat (PR) termasuk Pas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini.
   
Perdana Menteri menggariskan, antaranya dosa parti Pas ialah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan Pas sendiri.

Sumber:

 
Perhatikan gambar di atas. 2 jari tunjuk kat orang, 3 jari tunjuk diri sendiri.
Fikir-fikirkan lah.

Ulasan Saya:

Pertama: Yang membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam adalah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Sila rujuk maklumat dalam Internet.

Kedua: Mengikut Rasulullah S.A.W. yang dibangsakan dengan 7 dosa besar itu ialah:

1. Syirik kepada Allah
2. Melakukan sihir
3. Membunuh
4. Makan harta anak yatim
5. Makan riba
6. Lari dari medan jihad
7. Menuduh perempuan baik melakukan zina.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:"Apakah dosa itu wahai Rasulullah?" Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina." Riwayat Muslim.

Ulama menambah 5 lagi berdasarkan kandungan daripada hadis-hadis Nabi SAW yang berasingan.
  1. Derhaka kepada ibubapa
  2. Berzina
  3. Minum Arak
  4. Berjudi
  5. Mencuri
Sekian, semoga difikir-fikirkan dengan masak dan matang. Anyway terima kasih kepada Berita Harian dan Sinar Harian. Tanpa berita di atas, lambat lagilah saya mengupdate entri dalam blog ini. Harap-harap jari di atas tidak menunjuk kepada saya. He he he.

Wasalam.

No comments:

Post a Comment

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.