Friday, October 12, 2012

Jaulah Mesir 2012: Wajah-Wajah Orang Mesir


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه


Alhamdulillah, saya telah selamat pulang daripada Mesir pada 4 Oktober yang lepas. Dalam ruang waktu yang singkat iaitu hanya selama 10 hari berada di ardul kinanah tersebut, maka tidaklah banyak pengalaman yang dapat diceduk untuk dijadikan ibrah atau pengajaran. Ada beberapa tempat bersejarah yang tidak sempat saya lawati iaitu semenanjung Sinai dan juga muzium di Kaherah. InsyaAllah, di lain masa jika berkesempatan saya akan melawat semenanjung sinai yang banyak menyaksikan perjuangan Nabi Musa a.s. dan juga karenah bangsa Yahudi yang kerap disebut-sebut dalam al-Quran al-Kareem.

Seperti yang telah saya janjikan dalam entri sebelum ini, maka pada kesempatan ini saya muatkan beberapa foto yang menggambarkan wajah-wajah orang Mesir. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa peradaban Mesir telah wujud sejak lebih daripada 5000 tahun yang lalu. Dalam tempoh masa yang sangat panjang tersebut, penduduk mesir telah berbaur dengan berbagai-bagai bangsa seperti Romawi, Nubian, Libya, Arab dan sebagainya. Jadi di bawah ini saya paparkan beberapa wajah orang Mesir yang sempat saya rakamkan. Kebanyakan orang Mesir adalah peramah dan tidak marah jika diambil gambar, tetapi ada juga yang tidak benarkan saya ambil gambar mereka.

Sekian daripada saya pada kali ini. Nantikan entri berikutnya iaitu Kenderaan Orang Mesir. Wasalam.

Hahaha ini bukan orang Mesir. Saya bergambar dengan Mr.Os di KLIA
Di bawah ini adalah wajah orang Mesir di Mansourah 
yang mana mereka ada darah campuran dengan tentera salib.

Pembantu kedai di Sikah Gadid, Mansourah
Jejaka ceria pasca Husni Mubarak
Ammu ini buat muka selamba selepas langgar  kereta merah tu semasa hendak keluar daripada parkir
Buah delima yang besar dan murah - satu kilo cuma RM3.00 sahaja.
Ammu penjual buah delima di Sikah Gadid, Mansourah
Penjual kacang yang sangat humble
Peniaga di kaki lima. Yang sebelah kanan tu siap ajak saya minum teh.
Peniaga kedai runcit di Mansourah

Di bawah ini pula ialah wajah orang Mesir di Kaherah

Yang berserban tu bukan orang Mesir yer

Ammu yang minta saya ambil gambarnya - Lokasi: Pyramid Giza
Ammu selepas solat Jumaat di Masjid Amru bin 'Asr
Sedang bersantai di bawah jembatan berhampiran dengan jalan masuk ke kawasan sayyidah Aisyah.  
Orang Mesir ramai yang tersenyum apabila berjumpa dengan pelancung.
Ternyata mereka semakin gembira selepas kejatuhan Husni Mubarak.

Penjual Air. Tembuk di sebelah kiri jalan ialah kawasan perkuburan City of the Dead
Marah nampaknya bang! Dua orang ghulam ini nyaris berlanggar dengan van yang kami naiki.
Mereka tiba-tiba muncul daripada simpang yang berada di sebelah kiri kami.
Namun lihatlah ekspresi muka mereka, seolah-oleh pemandu van kami yang bersalah.=
Bergambar dengan peniaga-peniaga di pasar Hayyu Samin (Kampung Lapan, kaherah)
Gambar ammu sedang bersantai di hadapan kedai sambil menghisap shisha.
 Gambar ini saya snap dari dalam kereta semasa dalam perjalanan ke kilang kristal Asfour

Senyuman dan lambaian mesra selepas memberi pandu arah ke kilang kristal Asfour

Gambar di bawah ini pula adalah wajah orang Mesir di Iskandariah

Ammu ini sedang layan shisha di salah sebuah jalan di Iskandariah, Mesir
Ammu ini sedang berposing memperagakan topi yang di beli di Khan el-Khalili sauk .
Entri berkaitan jaulah Mesir:

4 comments:

  1. Assalamualaikum THMSH

    yang beserban tu pun macam orang Mesi juga...ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam THR,

      Hahaha, sebab makan roti eish hari-hari kot.

      Delete
  2. Assalamualaikum Tuan,

    Gembira saya jumpa blog ini.Alhamdulillah.Rezeki namanya. Saya guna gambar dalam post http://msaadhamid.blogspot.com/2010/09/haji-dulu-dulu.html,untuk blog saya. Maafa ya dah guna baru minta izin.

    Semoga tuan dilimpahi rahmat Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Silakan puan, dan terima kasih kerana sudi berkunjung. Alhamdulillah

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.