Thursday, September 27, 2012

Jaulah Mesir 2012: Membeli Kelengkapan Rumah di Sikah Gadid, Mansoura


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه

25/09/2012: Mansoura, Mesir

Hari ini kami ke Sikah Gadid untuk membeli kelengkapan rumah. Walaupun kaki masih sakit (gout), saya paksa diri untuk mengikuti trip ini utuk melihat suasana kehidupan di Mansoura.

Sikah Gadid merupakan salah satu kawasan membeli belah yang popular di Mansoura. Jalan-jalan kecil dan lorong-lorong sempit di kawasan ini penuh dengan pedagang dan penjaja jalanan yang memenuhi kiri kanan jalan yang menambahkan lagi kesesakan di sini. Segala jenis kenderaan (insyaAllah akan ada entri tersendiri) berlomba dengan orang ramai untuk melalui jalan ini. Kaldai, motorsikal, motorsikal roda tiga seperti tut-tut di Thailand, kereta kuda, kereta sedan, bas, van pickup dsb kesemuanya berdesak-desakan melalui kawasan ini.

Bermacam-macam jenis barangan dijual di sini, antaranya ialah barangan elektrik seperti mesin basuh, kipas angin, set televesion, ikan, buah-buahan, pakaian wanita (jubah dan abaya), restoran dan sebagainya. Di bawah ini saya muatkan beberapa gambar yang dapat mengisahkan keadaan Sikah Gadid.

Sekian, jumpa lagi pada entri yang berikutnya - Wajah-Wajah Orang Mesir

Sedang menunggu teksi 
"Kereta" Kaldai baru sahaja melepasi kami tapi tak kan nak naik keldai kan
Sudah sampai di Siqah Gadid. Jumpa kereta proton kat sini, tak sempat nak snap gambar
Sepanjang lorong di hadapan penuh dengan para penjaja dan pedagang

Saya memang nak beli selipar tapi itu kasut kanak-kanak
Nafis, Ie, dan Syed sedang survey barang yang hendak dibeli
Fridge Magnet
Masih survey lagi
Dah jumpa - bakul sampah dan baldi
Mr Plastic Man

Banyak masjid di sekitar kawasan ini. Jarak antara satu dengan yang lain sangat  berdekatan.
Semua masjid buat solat Jumaat, walaupun dekat. Kalau kat Malaysia mesti dah heboh kan.
Apa komen Dato' Harussani, Mufti Perak?

Buah delima ni besar-besar. 3 biji 1.5 kilo = LE6 = RM3.00
Cuba tengok alat penimbang yang digunakan - antik dan klasik
Yang dalam bekas plastik hijau tu adalah alat penggosok badan
daripada serat sejenis buah macam buah petola kot
Bersembang sambil menunggu pelanggan
Keadaan agak lengang sekarang sebab sudah petang - selepas asar.
 Kawasan ini akan kembali sibuk pada waktu malam
Kurma ruthob. Besar, manis dan murah
Payung - untuk melindungi tali pinggang daripada terik mentari
Suasana mulai lengang
Tawar menawar sedang rancak berjalan untuk beli mesin basuh, kipas angin, heater, dan stove
Pak Shamsul sedang cek harga

Bincang strategi
Syed
Bergambar selepas tamat proses tawar menawar. Bos kedai pakai t-shirt biru pernah datang Malaysia
Balik naik "tut-tut"
Entri berkaitan jaulah Mesir:

No comments:

Post a Comment

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.