Assalamu'alaikum wbt.
Alhamdulillah, seperti biasa, saya akan paparkan beberapa foto aktiviti-aktiviti kami semasa mengerjakan umrah pada bulan Mei, 2011 yang lepas.
Sabtu, 7 Mei 2011, merupakan hari kedua kami berada di bumi yang penuh barakah ini. Hari ini dimulakan dengan solat subuh di Masjidil Haram iaitu sekitar jam 4.35 pagi. Selepas solat subuh kami bergegas balik ke hotel sebab isteri saya ingin mengikuti mutawif dan rakan-rakan ke Tan'iem untuk ihram umrah di sana. Saya tidak melakukan umrah pada hari itu tetapi saya berjanji akan menemani isteri tawaf dan menemaninya melakukan sai'e (duduk di babussalam sahaja). Saya sudah lupa kenapa saya tidak turut serta melakukan umrah pada hari itu - mungkin takut sakit kaki sedangkan esoknya kami akan ke Ji'ranah untuk berniat ihram umrah di sana yang mana berniat ihram umrah di Ji'ranah adalah lebih afdal berbanding berniat ihram di Tan'iem.
|
Sebelum subuh 7 Mei 2011 4:23 am |
|
4:33am - masih menunggu solat subuh. |
|
8:13am - Isteri saya dan rakan-rakan telah sampai
di perkarangan Masjidil Haram (depan Hilton) setelah berihram di Tan'iem. |
|
8.52am - bergambar selepas isteri saya selesai melakukan tawaf dan solat sunat tawaf |
Semasa isteri saya melakukan tawaf umrah, saya menemaninya sambil melakukan tawaf sunat. Selesai tawaf, dan solat sunat tawaf, kami bergerak menuju bukit Marwah. Terdapat banyak bekas-bekas berisi air zam-zam di sepanjang jalan menuju bukit Marwah . Setelah minum air zam-zam kami teruskan perjalanan menuju bukit Marwah untuk memulakan sa'ie. Saya tidak menemani isteri saya melakukan sa'ie sebab jarak antara Safa dan marwah ialah 400 meter. Untuk melengkapkan tujuh kali pusingan, jarak yang perlu ditempuh ialah sejauh 2.8km. Justeru itu saya hanya tunggu isteri di kawasan babussalam. Sebelum bergerak ke babussalam, saya sempat snap beberapa gambarsebelum ditegah oleh pegawai masjid.
|
Tempat minum air zam-zam berhampiran bukit Safa. |
Assalamualaikum TnHjSaad
ReplyDeleteSyukran 3x.............mungkin tuan dan isteri perasan saya naik kerusi roda anak tolak dari abeer garden tapi saya sampai Mekah lewat dari tuan-12 Mei 2011 balik 20 Mei.....
Wa'alaikum salam mak wan.
ReplyDeleteYa, saya ada perasaan beberapa jemaah yang menginap di Abeer Garden menggunakan kerusi roda berada di lobi hotel menunggu lif. Masa tu kami sedang sibuk membuat persediaan untuk balik ke M'sia. Kami balik 13 Mei.