Assalamu'alaikum wbt
Apabila berada di Madinah, maka kesempatan yang ada digunakan untuk menziarahi Rasulullah S.A.W. dan juga menziarahi dua orang sahabat agung baginda iaitu Abu Bakr dan Umar Radhiallahu anhuma, serta menziarahi para sahabat Radiallahu anhum yang disemadikan di Jannatul Baqi'.
Maqam Rasulullah S.A.W. berada bertepatan di bawah kubah hijau yang menjadi mercu tanda Masjid Nabawi. Dahulunya ia merupakan rumah Saidatina A'aisah r.a. Kedudukan maqam Rasulullah S.A.W. adalah berhampiran dengan pintu Baqi' di sisi timur Masjid Nabawi
|
Bab as-Salam |
Pada kebiasaannya, untuk menziarahi Nabi S.A.W. para jemaah lelaki akan memasuki masjid melalui pintu as-Salam (babussalam). Pintu ini terletak di sisi kanan (sebelah barat) masjid Nabawi dan ia bersetentangan dengan pintu Baqi'.
Para jemaah akan mengatur langkah dengan penuh sopan sambil membaca doa ketika memasuki masjid. Setelah melakukan solat tahiyyatul masjid, jemaah erjalan terus ke hadapan, melintasi raudhah dan kemudian berhenti di hadapan maqam Rasulullah S.A.W. sambil mengucapkan salam dan berselawat ke atas baginda. Kemudian bergerak 2-3 langkah ke hadapan mengucapkan salam kepada Saidina Abu Bakr r.a. Selanjutnya bergerak beberapa langkah ke hadapan mengucapkan salam kepada Saidina Umar r.a. Di sini para jemaah tidak dibenarkan berdiri terlalu lama sebab akan menghalang pergerakan jemaah yang lain.
Jika ada kesempatan dan ruang, para jemaah boleh berpatah balik dan duduk di belakang tiang antara ruang pejalan kaki dan dinding masjid untuk berselawat dan berdoa dengan lebih lama. Namun para pegawai masjid sentiasa mengawasi kawasan tersebut, dan peluang tersebut jarang kedapatan kecuali pada waktu-waktu tertentu sahaja (sekiranya Allah menghendaki).
Selepas menziarahi Rasulullah S.A.W., para jemaah akan di arah keluar melalui pintu Baqi' dan dibawa terus ke perkuburan Baqi' yang terletak lebih kurang 50 meter daripada situ untuk menziarahi para sahabat Rasulullah S.A.W. yang berjumlah lebih kurang 10,000 orang yang disemadikan di situ.
|
Pelan Perkuburan Baqi' |
|
Tempat Persemadian Saidina Uthman |
|
Jenazah sedang dikebumikan |
|
Maqam Ahlil Bait |
|
Maqm Anak-anak perempuan Rasulullah |
|
Maqam Aqil bin Abdullah |
|
Maqam Imam Malik |
|
Maqam Ibrahim bin Rasulullah |
|
Maqam Isteri-Isteri Rasulullah S.A.W. |
|
Maqam Syuhada' Hurrah |
Program ziarah dalaman berakhir di sini. Sebahagian jemaah balik ke hotel dan sebahagian lagi sambung program ziarah ke kedai-kedai berhampiran dengan masjid Nabawi. He he he, ikut cita rasa sendirilah kan. Bagi yang ingin lebih lama berada di kawsan raudah, adalah disarankan berbuat demikian pada hari pertama berada di Madinah ini sebab pada hari kedua, jemaah akan dibawa untuk ziarah luar, dan pada hari ketiga (tengah hari), jemaah sudah bertolak ke Makkah.
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.