Thursday, March 29, 2012

Umrah 2011: Ketika di KLIA pada 2 Mei 2011

Assalamu'alaikum wbt

Sebenarnya saya agak keberatan untuk memuatkan entri-entri mengenai umrah yang kami lakukan pada Mei 2011 yang lepas. Namun atas permintaan rakan, saya uploadkan juga entri-entri berkenaan dengan harapan ia dapat memotivasikan para pembaca agar terbuka hati untuk menunaikan umrah pada masa-masa yang akan datang. Ya Allah, Engkau terimalah usahaku ini sebagai salah satu ibadah yang Engkau redahi. Amin, Ya Rab al-alamin.

Umrah saya pada tahun 2011 turut disertai oleh isteri, kakak, dan besan kakak saya. Kami pergi ke KLIA secara berasingan. Oleh kerana besan kakak saya pertama kali melakukan umrah, mereka telah bertolak ke KLIA sekitar jam 7 pagi, sedangkan flight kami adalah pada pukul 3.00 petang. Kakak saya sampai di KLIA sekitar jam 11.30 pagi dan saya sampai pada pukul 12.00 tengah hari.

Check-In
Taklimat - antara pesanan yg disampaikan: Air zam-zam akan diberi satu botol (10kg) seorang.
Tak payah bawak lebih dari satu botol, nanti sia-sia sahaja sebab ia akan ditinggalkan di Jeddah, tak lepas bawak baik.
Kerusi tak cukup, jadi terpaksa duduk kat lantai
Setelah check-in, dan taklimat, wakil travel agent (Andalusia) menyerahkan tiket, boarding pass, bag sejadah, dan passport antarabangsa kepada kami. Sebaik dapat tiket kami terus ke balai pelepasan dan seterusnya menaiki aerotrain ke bangunan satelite di mana kapal terbang Saudia sedia menunggu.

Kami solat zohor di bangunan satelite KLIA dan berlepas ke Jeddah jam 3.00 ptg. Sebelum masuk kapal terbang, berjumpa TG Ustaz Din yang mana TGUHD turut pergi umrah bersama-sama dengan jemaah daripada Langkawi.

Bergambar dengan TG Ustaz Haron Din
Isteri, kakak, dan besan kakak
Yang bestnya naik Saudi Air ni, mereka sediakan surau dalam kapalterbang
Jiran dalam kapalterbang. Juga jiran sebilik di Madinah
Mat-Mat 'Single'
Perjalanan masih jauh dan jemaah keletihan - kebanyakannya naum
Pada waktu Asar, kami sampai di Riyadh dan beberapa orang penumpang turun di sini. Sebaik kapal terbang mendarat sepasukan paramedic telah bergegas naik ke atas kapal terbang. Terdapat seorang jemaah lelaki mengalami sesak nafas dan memerlukan rawatan kecemasan.

\
Dah tiba di Riyadh. Kelihatan anggota paramedic mengerumuni seorang jemaah.
Ada jemaah sesak nafas rupanya. Alhamdulillah, jemaah kembali sihat setelah dirawat. 
Penerbangan diteruskan ke Madinah. Perjalanan ke Madinah daripada Riyadh mengambil masa lebih kurang satu jam. Kami sampai di lapangan terbang Madinah pada waktu maghrib, tetapi urusan imigresen dan proses mengeluarkan bagasi memakan masa 2 jam. Alhamdulillah, kami ditempatkan di hotel Durrat al Fayroz iaitu berhampiran dengan Madinah Hilton.

Sampai di Hadapan Hotel Durrat al-Fayroz selepas Isya'


Setelah membersihkan diri, kami bersiap-siap untuk ke Masjid Nabawi untuk solat jamak takhir isya-maghrib. Alhamdulillah, keadaan masjid agak lengang dan dapatlah kami solat di raudah dalam keadaan yang selesa dan tenang.

No comments:

Post a Comment

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.