Selanjutnya kami dibawa ke Jabal Uhud untuk menziarahi maqam para syuhada' yang telah gugur di medan perang Uhud yang berlaku pada tahun 3 Hijriah.
Di sini entah kenapa pada lawatan kali ini saya tidak mengambil sebarang gambar untuk dibuat kenang-kenangan. Kami memberi salam serta memanjatkan doa memohon kesejahteraan kepada para syuhada' yang telah berjuang untuk mempertahankan Islam. Antara para syuhada' yang disemadikan di sini ialah Saidina Hamzah, iaitu bapa saudara Nabi S.A.W. Ada antara sahabat yang gugur syahid di sini adalah kerana mereka menjadikan badan mereka sebagai perisai untuk melindungi Rasulullah daripada pedang-pedang kaum musyrikin Quraisy. Allahu Akbar!
Selamat sejahtera wahai para syuhada' Uhud. Sesungguhnya anda sekelian telah redha terhadap Rasulullah S.A.W. dan Islam. Dan Allah telah redha ke atas anda.
Foto-foto di bawah adalah gambar yang diambil semasa Umrah Mei 2010.
Di belakang sana ialah sebahagian daripada gunung Uhud. Sila klik sini.
Maqam Syuhada' Dilihat dari Jabal Rumat |
Jabal Rumat |
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.