Thursday, April 5, 2012

Umrah 2011: Madinah - Hari Kedua - Rabu - 4 Mei 11 - Ziarah Luar - Ladang Kurma

Assalamu'alaikum wbt

Selepas menziarahi Masjid Quba', kami dibawa ke ladang kurma berhampiran dengan Masjid Quba'.  Pohon-pohon kurma di sini ternyata baru mengeluarkan buah yang berwarna hijau seolah-olah seperti permata jade atau zamrud. Buah-buah kurma tersebut dijangka masak pada musim panas iaitu sekitar Ogos atau September.

Di sini terdapat sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis kurma dan coklat. Para jemaah berebut-rebut membeli kurma dan coklat untuk dijadikan buah tangan kepada saudara mara dan sahabat handai di kampung halaman. Harga kurma di sini agak mahal atas alasan kurma tersebut fresh daripada ladang. Tetapi pada kenyataannya, pohon kurma baru berputik / berbuah hijau.

Jadi persoalannya, dari mana datangnya kurma yang dikatakan fresh tadi? Mutawif pengiring memberitahu jika kurma tersebut masih segar, maka ia diimport daripada Iran, India dsb. Sekiranya flesh kurma sudah kering dan kecut maka itu mungkin saki baki kurma pada musim yang lepas. So berhati-hatilah ketika membeli kurma di Madinah di luar musim.

Murawif juga memberitahu bahawa kurma yang terbaik ialah kurma ajwa (kurma Nabi) yang berasal daripada Awali, iaitu suatu kawasan yang berhampiran dengan Quba'. Kurma ajwa Awali ini berasal daripada 3 biji kurma ajwa yang dimakan oleh Rasulullah S.A.W. dan kemudian biji benih tersebut ditanam di kawasan Awali. Biji-biji benih ajwa Awali ini kemudiannya ditanam di tempat-tempat lain di Madinah dan juga di Iraq, Iran, India dan sebagainya. Justeru untuk mendapatkan khasiat kurma yang terbaik, maka usahakan memakan kurma Ajwa yang ditanam di kawasan Awali.




Kurma Ajwa yang fleshnya masih segar. Besar kemungkinan kurma ini dimport daripada luar Madinah.
Harga SR60-90 sekilogram.

Gelagat pembantu kedai yang berasal daripada Indonesia

4 comments:

  1. Hj Mohd Saad,

    Bab pokok kurma ni saya sgt teruja wpun kurma masih muda....saya tak pernah jemu memandang pokok kurma.

    Tgk buah yang hijau pun saya suka....

    ReplyDelete
  2. Salam Tn.Hj Saad,

    Saya ingin minta izin utk membaca dan mencatit apa2 di blog Tn. yg patut saya ketahui dlm mengerjakan umrah/haji.banyak yg saya belajar terutamanya dlm bab kesalahan sewaktu mengerjakan umrah juga ayat2 Al-Quran dlm mengubati penyakit.

    InsyAllah saya dan suami akan mengerjakan haji pada tahun ini,dgn izinNya.

    Amin....

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum wbt rosli

    Buah kurma ni ada khasiat pengubatan. maksud Hadis Rasulullah S.A.W.

    1. Dari 'Amir bin Saad bin Abi Waqas dari bapanya bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang makan 7 kurma pada waktu pagi di Madinah tidak akan mendapat kemudharatan drp racun sehingga waktu petang. Hadis riwayat Muslim.

    2. Sesiapa makan 7 kurma ajwah setiap pagi, dia tidak akan mendapat kemudharatan drp racun dan sihir pada hari tersebut. Hadis riwayat Bukhari.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam wbt Puan Rozila.

    Ya silakan puan, semoga bermanfaat. Alhamdelillah.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.