Saturday, January 21, 2012

Pasangan Jahanam

Assalamu'alaikum wbt

Terbaca di muka hadapan Harian Metro hari ini 21 Jan 2012. Inilah yang dinamakan "Harapkan pagar, pagar makan padi."

Akhir-akhir ini rogol, samun, rasuah, dan bunuh merupakan tajuk-tajuk yang sering keluar di dada akhbar. Manusia sudah tidak menghiraukan agama dan hukum Tuhan. Inilah natijahnya jika kita menolak HUKUM HUDUD - negara semakin menuju kearah kejatuhan akhlak yang maha dasyat!


Mangsa keluarga angkat durjana
...
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Muhaamad Hafis Nawawi dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Malang bagi seorang gadis apabila simpati yang dicari dengan menumpang di rumah
bapa dan ibu angkat selepas berselisih faham dengan abangnya bertukar tragedi apabila menjadi hamba
seks pasangan terbabit selama 19 hari, sebelum berjaya melarikan diri, Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berusia 21 tahun berselisih faham dengan abang kandungnya
pada 28 Disember lalu sebelum keluar ke rumah bapa dan ibu angkatnya yang berusia 40-an di Kajang
Utama untuk menumpang sementara.

Menurut sumber, sebaik tiba di rumah itu, mangsa menceritakan masalah dialami kepada bapa dan
ibu angkatnya itu.

“Selepas mendengar masalah itu, mangsa diarah ibu angkatnya masuk ke dalam bilik tidur utama, tetapi
mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan dia dipukul.

“Sebaik masuk ke dalam bilik, ibu angkatnya mengunci pintu manakala bapa angkatnya yang menunggu
di dalam bilik menayangkan filem lucah,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian dipaksa melakukan hubungan seks bersama mereka menyebabkan dia
ketakutan sebelum menjerit dan cuba melawan.

"Mangsa sekali lagi dipukul sebelum ibu angkatnya memegang tangan dan menekup mulut mangsa
menggunakan bantal manakala suaminya merogol mangsa,".

2 comments:

  1. Assalamualaikum THMSH

    Subhanallah

    Allah sudah tahu apa hukum2 untuk umatNya

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam THR

    Manusia yang seperti pasangan jahanam inilah yang tak mahu hukum hudud dilaksanakan di Malaysia. Dekat-dekat nak musim pilihanraya ni, golongan manakah yang gembira sekiranya ramai manusia seperti pasangan jahanam ni? Sila teka he he

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.