Tuesday, January 17, 2012

Mencari Unta Di Atas Bumbung Rumah

Assalamu'alaikum wbt

Memerah susu unta di ladang unta berhampiran Hudaibiyah, Makkah
Susu unta - 5 Riyal satu botol kecil
Berebut nak beli susu unta
Tarikh: 10 Mei 2011
Lokasi: Ladang unta - Hudaibiyah, Makkah

Pada suatu malam ketika Ibrahim bin Adham sedang tidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru:

"Siapakah itu?"

"Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini." Terdengar sahutan dari atas.

"Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!" Ibrahim menengkingnya.

"Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah SWT dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?" Jawab suara itu penuh simbolik.

Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim.

... Klik sini untuk membaca kisah sepenuhtnya.

Peristiwa di atas dan beberapa rentetan peristiwa yang lain membawa Ibrahim Adham meninggalkan kemewahan istana, berkelana bersendirian meredah padang pasir yang luas, menggenggam waktu mencari erti sebenar kenapa dia diciptakan.

Kita bagaimana?

4 comments:

  1. Assalamualaikum...terima kasih sebab buatkan 1 blog yg sgt bermanfaat terutama utk org2 yg pertama kali nak ke tanah suci...boleh saya dapatkan email Tn Haji?ada persoalan yang hendak ditanya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam hidayah.

    Segala puji dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam ku ucapkan kepada junjungan Muhammad S.A.W.

    Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak sepertinya ini.

    Email address saya ialah:

    msaadhamid@gmail.com

    Wasalam.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum THMSH

    gambar kedua, Tn Hj Mat Arif (berpayung) orang asal taman saya..

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam THR

    Masya~Allah, betapa kecilnya dunia ini ye. Sampaikan salam saya kpd Tn Hj Mat Arif, "Assalamu'alaikum wbt."

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.