Assalamu'alaikum wbt.
Alhamdulillah, saya telah selamat sampai di Alor Star jam 9.35pm tadi walaupun jadual penerbangan tertangguh selama 40 minit.
Kira-kira jam 7:45pm tadi, berlaku sedikit kekecuhan berhampiran Gate P6, di Balai Berlepas LCCT, Sepang. Sebelum itu saya terdengar seorang penumpang merungut nak panggil TV3 supaya buat liputan tentang penundaan jadual penerbangan ke Sendakan. Saya difahamkan penerbangan ke Sandakan telah tergendala selama 5 jam sebab kapalterbang mengalami kerosakan sistem hidrolik.
Kemudian sekali lagi pengumuman dibuat. Kali ini penumpang diberitahu bahawa kapalterbang ke Sandakan ditunda kepada jam 12.00 tengah malam. Sebaik pengumuman dibuat, terdengar jeritan daripada penumpang yang nyata kesabaran mereka telah mencapai tahap maksimum.
Assalamu'alaikum Tn Hj.
ReplyDeleteSelalu benar berlaku perkara begini. Kakak rasa kalau sejam-dua dah selalu. Tiket kita pegang pun naik lunyai. Tapi bila hal sebegini terjadi selalu tak ada pulak YB yg turun nak tengok.
Kalau sampai separuh malam siapa tak marah Tn Haji. Yg menanti di sana pun naik resah.
Hj Saad,
ReplyDeleteSaya dah kena dengan air Asia ni banyak kali....pernah stranded kat Airport Medan 3 jam, dua kali, airport Bandung 2 kali....komplen dah buat byk kali....mereka sama jugak....dulu kata tak cukup pesawat....skrg tak tau apa lagi alasan.....letih......mereka makin kaya....
Wa'alaikum salam kakzakie dan rosli.
ReplyDeleteMemang tension kalau stranded ni. Hari tu saya cemas takut kalau-kalau tak dapat check-in hotel sbb kena check-in by 11.00pm. Nasib baik penerbangan saya tertunda cuma 40 minit sbb mereka kena adjust semua penerbangan disebabkan oleh flight ke Sandakan yg bermasalah tu.
Khabarnya AirAsia akan hantar kapalterbang ganti dari Singapore, tetapi saya tenguk kat Internet, jam 1.30pagi pun masih delayed lagi.
Sabau jer ler. Wasalam.