Tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star jam 9.30pm pada 23.11.11 |
Sebelum balik, seperti biasa, kami singgah di Pekan Rabu, Alor Star untuk membeli sedikit buah tangan. Tak tahu kenapa, tetapi setiap kali kami ke Alor Star pasti kami akan singgah di Pekan Rabu.
Kompleks Pekan Rabu |
Beli jangan tak beli |
Hari ini, sebelum bertolak ke Melaka, kami singgah di pejabat Medical Education Gateway (MEG) untuk melihat susunatur dan kelengkapan pejabat. InsyaAllah, selepas bersara pada Januari 2012 nanti, saya akan mencari rezeki di MEG pula. Medical Education Gateway merupakan sebuah syarikat perundingan yang mengendalikan proses pendaftaran, urusan visa, tiket penerbangan, tempat tinggal, dan sebagainya bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir, Rusia, dan Indonesia. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami, Amin. Untuk keterangan lanjut, para pembaca bolehlah menghubungi kami di talian 03-89221391.
Perjalanan ke Melaka diteruskan dan kami selamat sampai di Taman Dimensi, Alor Gajah pada jam 3.00pm. Alhamdulillah, home sweet home.
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.