Assalamu'alaikum wm wb.
..
Para pembaca dan pengikut blog HBAS yang saya hormati. Bertemu semula kita di alam maya setelah sekian lama saya menyepi iaitu hampir tiga minggu. Tugas pejabat, ketiadaan kemudahan Internet di kediaman baru dsb menurunkan motivasi untuk menulis di blog ini. Namun, alhamdulillah anak saya telah bermurah hati meminjamkan 'maxis broadband'nya kepada saya untuk membolehkan saya membuat posting di sini. Syukran.
...
Banyak perkara yang boleh dijadikan tajuk bagi entri sulung saya selepas aidil fitri 2011 ini. Tetapi saya memilih tajuk di atas sebab rasa meluat yang teramat sangat kepada perangai segelintir umat yang seakan-akan telah hilang tatasusila ketimuran.
...
Pagi tadi (19 Sept 2011), ketika dalam perjalanan ke surau, yang mana ketika itu azan sedang berkumandang memecahkan keheningan subuh di Taman Dimensi, Lendu, secara tidak diduga saya terserempak dengan sepasang penuntut IPTA (lelaki dan perempuan) sedang 'berbual-bual' di hadapan rumah sewa pelajar perempuan tanpa rasa segan-silu kepada orang yang lalu lalang di situ. Persoalannya, "Atas urusan apa pelajar lelaki bertemu pelajar perempuan pada waktu subuh?"
...
Saya teringat suatu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, katanya, "Rasulullah S.A.W. bersabda: Apabila orang azan syaitan itu lari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan itu ... hingga akhir hadis." - Hadis Riwayat Muslim.
...
Jika syaitan pun lari ketika mendengar azan dilaungkan, jenis apakah yang boleh kita kategorikan kepada pasangan tersebut yang terang-terang mendengar azan yang dilaungkan dari surau yang hanya 20 meter daripada tempat mereka berada. MasyaAllah!

Surau Taman Dimensi, Lendu |
Lokasi Pertemuan Pasangan Pelajar Pada Waktu Subuh (Di sisi kereta Perdana). Jarak antara rumah dan surau just around the corner. |
Assalamualaikum Tn Hj M Saad
ReplyDeleteSubhanallah
masyarakat setempat kena pantau, kalau tidak ia akan merebak lebih teruk lagi
Wassalam
Wa'alaikum salam Tn Haji Rozali.
ReplyDeleteBetul kata tuan, kalau tidak satu taman kena bala. Macam-macam hal berlaku di sini.
Nauzubillahminzalik...dr pertemuan itu tanda2 bunga2 zina muncul. Student jgk...Alhamdulilah...x pernah ambik kesempatan bila ibubapa bagi peluang hidup di rumah sewa mcm ni. Takut tuhan yg Maha Melihat,Mengawasi kita. SubhanAllah.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Noor Farahin
ReplyDeleteAlhamdulillah! Sejuk perut ibu yang mengandungkan kamu.