Saturday, September 24, 2011

Masjid Cantik Tetapi Hati Pegawai Masjid Bagaimana? - Bahagian 1

Assalamu'alaikum wbt.
...
Usai solat jumaat petang kelmarin (23 Sept. 2011), saya bingkas bangun untuk pulang ke pejabat. Ketika hendak memulakan langkah saya memandang sekiling mencari seseorang. Nampak kelibatnya sedang duduk di ruang tengah masjid dan di sampingnya berdiri seorang pengawal masjid. Pengawal tersebut berkata sesuatu kepada orang tersebut dan semestinya jawapan yang diterimanya membuatkannya kecewa. Sang pengawal bergerak meninggalkan orang tersebut sambil merungut, "Kita cakap dalam bahasa Melayu beritahu yang dia tak boleh duduk situ, dia jawab dalam bahasa Arab!" "Panggil polis jer pakcik biar polis tangkap!", balas seorang pegawai masjid yang sedang mengemaskan projektor LCD  untuk di simpan di pejabatnya. Sambil melangkah meninggalkan mereka, secara spontan saya menegur, "Biarkanlah dia di situ, sepatutnya kita bantu dia. Bukankah dia sedang bermusafir?"
...
Orang yang saya maksudkan tadi berasal dari Mesir. Sudah berumur - sekitar 60an, dan kelihatan sedang berada dalam kesusahan. Sebelum itu beliau datang menemui saya ketika saya sedang membaca al-Quran selepas solat jumaat. Beliau cuba berkomunikasi dalam bahasa Arab tetapi saya kata saya tak pandai berbahasa Arab. Lantas itu ia mengeluarkan sekeping kertas keras yang tertulis padanya: "I am from Mesir. I've no job, food, and place to sleep." Di samping itu, sambil menekan-nekan perutnya dia mengatakan dia sakit. Sebagai menyatakan rasa simpati kepadanya, saya menghulurkan sedikit wang untuk sekurang-kurangnya membolehkan dia membeli makanan.
...
Berbalik kepada pegawai masjid tadi, berlemah-lembutlah kepada para jemaah. Banyak cara lain lagi yang boleh diusahakan selain dari memanggil polis. Anyway, orang Mesir tadi termasuk dalam kategori  orang yang layak menerima zakat, iaitu kategori yang kelapan - ibnu sabil.

Pemandangan Bandaraya Melaka Negeriku Sayang Pada Waktu Malam
Indahnya Masjid Negeri Melaka Negeriku Sayang
Perkarangan Masjid Negeri Melaka Negeriku Sayang Pada Waktu Malam

2 comments:

  1. Hj Saad,

    Saya marah dan sakit hati bila dapat tau pegawai masjid begini.....mereka ni pada saya kena duduk Makkah dan Madinah lama sikit.....biar dia tau tatacara bekerja di masjid.....takut2 nanti dengan sikap mereka ramai yang tak mau dekati masjid lagi

    ReplyDelete
  2. Salam tn rosli.

    Waktu tu baru lepas solat Jumaat, sekitar 2.20pm. Kalau lepas Isya' tak apalah kot sebab mungkin ruang solat nak ditutup wallahuaklam.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.