Friday, June 10, 2011

Umrah 2011: Jemaah Umrah Berburu Kurma Di Quba'

Assalamu'alaikum wm. wbr.

Salah satu aktiviti wajib bagi para jemaah umrah ketika berziarah ke Madinah ialah memburu. Aktiviti berburu ini dilakukan selepas melawat masjid Quba' iaitu masjid yang pertama sekali didirikan oleh Rasulullah S.A.W. ketika berhijrah ke Madinah. Lokasi tempat berburu ini pula berada di sebuah lembah yang barakah dan sangat hampir dengan Masjid Quba'. Para jemaah bagai kerasukan ketika berburu. Yang menghairankan, objek buruan tidak pula cuba melarikan diri apabila didekati oleh para jemaah. Dengan menggunakan senjata yang berbentuk kertas, para jemaah melakukan lontaran demi lontaran kepada objek buruan.  
....

Untuk berburu di sini, para jemaah dikenakan bayaran mengikut berat jenis objek yang diburu. Untuk objek yang dipanggil Ajwa, maka bayaran untuk satu kilo ialah antara 60 Riyal hingga 120 Riyal, iaitu bergantung kepada kualiti isi atau daging Ajwa. Untuk objek yang dipanggil coklat, maka satu kilo ialah 30 Riyal sahaja.
...

Saya tidak berburu di sini sebab bayaran berburu agak mahal jika dibandingkan dengan Pasar Kurma berhampiran dengan Masjid Nabawi. Keberadaan saya di sini cuma ingin memerhatikan gelagat para pemburu sambil minum teh percuma di bawah pohon kurma yang sedang berbuah lebat. 

Nah saksikan sendiri video klip di bawah ini akan gelagat para jemaah ketika sedang berburu. 
...
....... lontaran pertama untuk besannya 
...
....... lontaran kedua untuk anaknya 

....... lontaran ketiga untuk cucunya



Objek buruan - kurma ajwa. Kurma ajwa yang terbaik ialah ajwa Awali.
Kurma di atas walaupun jenis ajwa, tetapi bukanlah berasal dari daerah Awali, Madinah
sebab semua kurma di Madinah pada masa ini baru berputik. Jadi ini kurma import daa!
Jemaah ini memegang kurma sambil snap gambar. Mungkin dia sedang
menguji keaslian kurma tersebut. 
Bertemu Anwar, anak saudara saya yang mengikuti pakej Zahafis,
sedang berkira-kira berapa banyak dia perlu melontar di sini.
Woow lontaran Anwar sungguh tepat mengenai sasaran.
Selepas melakukan ujian, adik ini berpuas hati bahawa objek buruan memang kurma.
Bersama jemaah lain, dia juga ikut melakukan lontaran di sini. Kalau di Mina jemaah melontar
menggunakan batu-batu kecil tetapi di sini mereka melontar menggunakan Saudi Riyal.
Walaupun bukan ajwa Awali namun benihnya berasal dari Awali juga.
Lontar sahaja pak, satu kilo 70 Riyal.

7 comments:

  1. Salam Haji...kurma yg di beli di kawasan kebun terlalu mahal...berbeza beli di pasar kurma...tokey kedai terpaksa memberi tip pada driver 300 dan mutawif 200...so berapa pekedai perlu ambil dari jemaah...

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam Tuan Haji Arshad.

    Betul tuan. Kurma Ajwa yang bagus sedikit (basah dan kenyal) mereka jual 120 Riyal sedangkan di pasar kurma buka mulut baru 60 Riyal.

    Pengunjung dibenarkan makan sehingga 2kg percuma. Jadi lepas tu mereka naikkan harga.

    Saya tumpang makan kurma halal - 7 biji Ajwa, 7 biji anbar, sebungkus buah tin, 2 cawan teh pudina dan 2-3 biji coklat.

    ReplyDelete
  3. banyaknya Tuan Haji makan....kenyang sepanjang hari tu..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tn Hj,

    Simbolik perkataan "melontar" dengan menggunakan Saudi Riyal...Ingatkan melontar Jamrah rupanya membeli buah kurma....rasanya yang makan sebelum membeli buah kurma tu pun dah kenyang (HALAL)......

    ReplyDelete
  5. Banyak yang dilontar maka banyaklah yang kita dapat kan.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikom wtb tuan Hj MSH. Terlalu berbeza harga kurma di ladang kurma berbanding dari pasar kurma.

    Jika ada yang diberi rasa percuma kita ambil, tetapi kita tidak membelinya. Tak marah ke pak arab tu?

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikum salam MI

    Di ladang kurma, peniaga nak cover balik komisyen driver dan mutawif.

    Mereka tidak marah sebab sudah diberitahu awal-awal makan 2 kilo halal. Lagipun mana larat nak makan banyak-banyak.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.