Thursday, June 9, 2011

Umrah 2011: Kurma Hijau

Assalamu'alaikum wm wbr. 

Bagai batu permata zamrud, yang beruntaian pada rantai-rantai emas, tergantung pada sepohon palma, dicipta oleh    Jauhari Yang Paling Agong! Allahu Akbar. Gambar-gambar ini diambil lebih kurang sebulan yang lepas di salah satu lembah yang barakah, berhampiran Masjid Quba', Madinah. Entri ini saya dedikasikan kepada Saudara Rosli, tuan tanah blog "Lebih Baik Jadi Bekas Orang Jahat dari Bekas Orang Baik". 




3 comments:

  1. Assalammualaikom wtb tuan Hj. Khaifahaluka? Semoga dikurniaan kesihatan hendaknya. Tentu banyak lagi gambar yang menarik diambil ketika menjalankan ibadah umrah kali ini.

    Jika panjat pokok ut kena berhati-hati, nanti kena gigit kerengge.

    ~JazakaAllah~

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam wm wbr.

    Alhamdulillah, Bikhair. Memang banyak gambar yang diambil sebagai kenang-kenangan. Nantilah kalau saya kelapangan, akan upload kat sini, insyaAllah.

    Semut ada kot, kerengga tak ada - mungkin sbb cuaca panas dan kering - tidak sesuai bagi kerengga yang perlukan air untuk diisi pada bahagian badannya yang kembung tu. :)

    ReplyDelete
  3. Hj Saad,

    Allah, Allah Allah, saya sangat terharu, memang saya suka sangat dengan gambar ni, begitu teruja dengan pokok kurma walaupn buahnya masih hijau. Jutaan terima kasih atas entri dan gambar pokok kurma ini

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.