Thursday, July 29, 2010

Umrah 2010: Sabtu 16/5/2010: Pertemuan Dengan Bloggers PDKM dan KEHIDUPAN MAKKAH, Sabtu 16/5/2010


Kopiah Tajam (Piyoh Lembek) VS Kopiah Keras
Keputusan: Kopiah Keras Menang -- Tetap Utuh Sedangkan Kopiah Tajam Suduh Lekuk
Mutawaif Andalusia ini sengaja pakai kopiah tajam (ada jemaah panggil kopiah jin) untuk mudah dikenal.

Assalamu'alaikum wm wbr.

Pagi ini, selepas balik daripada program ziarah luar dan umrah, saya membuat satu panggilan kepada seorang blogger terkenal, Tn Haji Mohd Azli Bin Abd. Aziz (CL) - iaitu tuan tanah blog Pengalaman Di Kota Makkah (PDKM) untuk atur perjumpaan dengan seorang lagi blogger yang sedang meningkat kepopularannya iaitu Tn. Haji Arshad - blog KEHIDUPAN MAKKAH.   Perjumpaan dijadualkan selepas Asar di Restoran D'Saji, Tingkat 2, As-Safwah Orchid Hotel untuk bincang mengenai program ziarah Tuan Guru dan pelajar-pelajar pondok di Bukit Ajyad.  Alhamdulillah, Allah telah memperkenankan hajat saya untuk berjumpa dengan kedua-dua blogger tersebut, yang mana selama ini saya hanya mengenali mereka di alam maya sahaja.  Kedua-dua blogger ini sangat aktif bersiaran dengan memuat naik (upload) gambar-gambar Masjidil Haram dan sekitarnya setiap hari.


My Photo
CL - Blogger PDKM

Nasib menyebelahi saya sebab Tn. Haji Arshad memang mengenali beberapa orang ustaz yang belajar di Pondok Ajyad.  Atas usaha Tn Haji Arshad, malam itu iatu selepas Isya', saya telah diketemukan dengan Ustaz Amran, seorang pelajar Pondok Bukit Ajyad yang berasal dari Kelantan.  Salam perkenalan dihulurkan dan kami bertukar-tukar maklumat, dan akhirnya Ustaz Amran bersetuju untuk membawa kami melawat perkampungan Kelantan dan Pattani di Bukit Ajyad pada 20 Mei 2010.  Alhamdulillah.


r
4:47pm Selepas Asar - Mencari Seseorang Di Restaurant Felda D'Saji


5:19PM - Blogger Hj. Arshad Tuan Tanah Blog KEHIDUPAN MAKKAH


Pertemuan Dgn CL Haji Arshad and Mr. Samad - Jejaka Rebutan Di PDKM


7:37pm Antara Maghrib Dan Isya' Di MH


8:24pm Sebelum Isya' - MH Bermandikan Cahaya

8:26pm


8:26pm

8:28pm - Kerusi Roda Digunakan Untuk Mengangkut Air Zam-Zam


9:03pm Selepas Isya'

9:03pm - Suasana Di Hadapan Pintu King Abdul Aziz

9:11pm - Kedai Pakaian Di Kompleks Membeli Belah Di Hotel As-Safwah


Lagi Kedai Pakaian


10 comments:

  1. salam tn hj..

    indah nya sebuah pertemuan yg bersaksi MH ....

    ReplyDelete
  2. Salam

    Dating rupanya 4 jejaka..he.he..
    Ikan di laut asam di darat.. jumpanya di MH Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Salam UH

    Alhamdulillah, memang indah detik pertemuan tersebut yang akhirnya membawa saya ke puncak gunung Ajyad untuk bertemu dengan ulamak dan bakal-bakal ulamak nusantara.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam pn noraini.

    Alhamdulillah, dating yang barakah, hehehe.

    ReplyDelete
  5. Salam Tn.Hj.MSH.

    Kopiah Jin?
    Sebab apa dinamakan gitu?
    Saya suka kopiah ni.Masa ke sana musim haji 2010 lalu saya ada beli satu dan suka pakainya dengan serban.Adakah kopiah ini satu identiti kepada mana-mana puak umat Islam di tanah arab atau dunia ini?
    Sekadar nak tahu untuk update ilmu pengetahuan saya.

    Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam Zul Salleh

      Kopiah tajam tersebut dibuat oleh salah seorang pekerja di pejabat Ketua Mutawif Andalusia di Hotel Abeer Garden. Mutawif yang membimbing kami ini memang suka pakai kopiah tersebut supaya lebih mudah dikenali dari jauh.

      Suatu hari, seorang jemaah Andlusia datang mencari ustaz mutawif tu di pejabat untuk membeli kopiah tersebut. Dia tidak tahu apa nak sebut kopiah tu, lantas di cakap, "Ustaz, saya nak beli kopiah jin." Hahaha, maka nama itu pun saya gunakan untuk identify kopiah tajam tersebut. Itulah ceritanya yang sebenar.

      Di Malaysia, kopiah tajam macam tu banyak digunakan oleh ahli toriqat Naqsyabandiah.

      Delete
  6. Salam Tn Hj.MSH

    Pak apa ker kalau saya pakai kopiah tu kat Malaysia nih
    sbb saya tak ada kena mengena pun toriqat Naqsyabandiah tu?
    (saya tak tahu menahu pun apa-apa pun mengenai toriqat tu)

    Kalau tak silap saya Tok Guru Nik Aziz pun selalu gak pakai kopiah camtu.

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Maaf silap taip tadi tu

    Tak apa ker kalau .........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa nak jawab salam.

      Wa'alaikum salam wbt. Faham-faham. Saya pun kadang-kadang pakai kopiah tajam tu - beli kat Kedai Belwel Malaka Sentral.

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.