Sesuatu yang menyeronokkan ialah apabila kami dibawa melawat ladang kurma. Di ladang ini terdapat sebuah kedai yang menjual kurma Madinah yang terkenal. Kita boleh makan sepuas-puasnya di sini (halal) dengan percuma, namum tidak boleh dibawa balik (haram -- hehehe) kecuali kalau kita beli. Secara relatifnya, harganya agak mahal sebab sudah diambil kira yang halal-halal dimakan oleh para pengunjung.
Sesuatu yang menarik di sini ialah pihak kedai menyediakan teh manisan kurma secara percuma kepada pengunjung. Pengunjung boleh berehat dan bersantai menikmati suasana kebun kurma sambil minum teh dan makan kurma 'halal'.
Ini Dia Ladang Dan Kedai Kurma Yang Kami Lawati
Notis Di Pokok Kurma: Jangan Petik Kurma Muda - Agaknya Yang Berkunjung Kesini Hanya Orang Malaysia dan Indonesia Sahaja.
Macam-Macam Ada Termasuk Hajar (Batu) Jahanam!
Kurma Muda Dijangka Masak Pada Bulan Ogos
Makanlah Selagi Terlarat - 'Halal', Tapi Lepas Tu Belilah Bang
Bertemu Saudara Islam Dari Indonesia
Jom Minum Teh Dengan Saya. Dia Orang Asyik Shopping Kurma Kat Dalam Tu.
Pokok-Pokok Ni Macam Pernah Nampak Kat Felda Menggong, Alor Gajah, Melaka
Klip Video Dari Internet
Ya, ya, makan makan. Sila, sila
Pelanggan: Ini berapa sekilo?
Penjual: Yang Itu 30 Rial.
Pelanggan: Kok Mahal?
Penjual: Tadi saya lihat ibu sudah makan 1 kilo. Jadi ini kira 30 Rial saja. Murah kan? Hehehe
Saya suka sangat dengan klip video ni - pinjam dari Internet.
Makan Puas-Puas Buk. Ini Coklat Dalamnya Korma. 30 Rial Saja
Salam Th Hj Saad,
ReplyDeleteTerima kasih kerana invite saya tgk pokok kurma, saya suka sangat tengok pokok kurma ni, byk entri Tn Hj mengingatkan saya tentang umrah saya tahun 2008. Semua ini motivasi pada diri saya agar bersungguh2 lagi ke Makkah dan Madinah. TK
Wa'alaikum salam Tn Rosli,
ReplyDeleteSaya ambil gambar ni bila terbaca komen tuan dalam PDKM minta CL ambil gambar buah kurma bila berkesempatan.
So saya tujukan khas N3 ini buat En. Rosli.
InsyaAllah, mudah-mudahan Tuhan perkenankan doa tuan, amin.
salam tn hj ,
ReplyDeletewalau pun N3 ni khas untuk akhi Rosli , tp ummi pun nk menghayatinya juga ... mohon restu ...he syukran jaziilan
Salam Ummi
ReplyDeleteSilakan, silakan, syukuran