Salah satu atucara yang disediakan oleh pihak pengendali pakej umrah ialah ziarah luar - bermaksud menziarahi tempat-tempat yang bersejarah seperti Masjid Quba', Bukit Uhud, Masjid Kiblatain (Dua Kiblat), Mesjid Tujuh, Ladang kurma, dan Pasar Kurma.
1. Masjid Quba'
Masjid Quba' ialah masjid pertama yang didirikan oleh Nabi setelah tiba di Madinah. Sempena pembinaan masjid ini turun ayat:
"Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa, sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih. (At-Taubah: 108)
Hadis Riwayat Ibnu Majah menyatakan Rasullullah bersabda : "Barangsiapa telah bersuci (mengambil wudu’) di rumahnya, dengan sebaik-baik wudu’, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah".
Jadi para jemaah sepatutnya mengambil peluang ke atas fadhilat Masjid Quba' ini dengan melakukan seperti yang disarankan.
Dikatakan tempat yang paling afdal untuk bersolat ialah di tempat Nabi pernah sujud iaitu di kawasan di bawah kubah.
Dikatakan Nabi s.a.w. Bersolat Di Kawasan Di Bawah Dome ini.
Papan Tanda Mengenai Fadhilat Solat Di Masjid Quba'
Ramai jemaah datang berkunjung. Kurma pun ada dijual di sini.
Lihat Klip Video Ruang Solat Masjid Quba'
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.