Sunday, November 7, 2010

Wukuf Di Arafah - Gambaran Padang Mahsyar

Assalamualaikum wm wbr.



Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang telah memberikan kita nikmat kesihatan dan masa lapang dan juga telah memberikan kita nikmat iman dan Islam.

Hari ini kita telah memasuki bulan Haji. Sembilan hari lagi iaitu pada  9hb Zulhijjah para hujjaj dari seluruh pelusuk dunia akan berkumpul di Arafah dengan penuh kesyahduan melafazkan kalimat:

”Labbaik Allaahumma labbaik, labbaika laa syariaka laka labbaik innal hamda wannikmata laka walmulk laa syariika lak.”

Yang bermaksud: “Kusahuti panggilan-Mu ya Allah, kusahuti panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, kusahuti panggilan-Mu ya Allah, sesungguhnya pujian dan nikmat kurnia, segala-galanya adalah kepunyaan-Mu dan kerajaan (seluruhnya) adalah milik-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.”

Dengan penuh khusyu’ dan tawadhuk, para hujjaj akan menyerahkan jiwa dan raganya kepada Allah SWT, tunduk dan patuh kepada Sang Khaliq, merasa dirinya betapa kerdil dan hina di hadapan Allah.  Mereka akan bertasbih dan bertahmid memuji Allah, berdoa, dan beristighfar mengakui dosa dan memohon ampun di atas segala kesalahan yang telah dilakukan. 

Itulah hari wukuf, hari langit terbuka yang merupakan seafdal-afdal hari untuk berdoa. Apabila para hujjaj wukuf di Arafah, ia membuka dirinya di hadapan Allah mengaku  kekerdilan dan ketidakupayaan dirinya di hadapan kebesaran dan kekuasan Sang Pencipta. 

Wukuf di`bumi Arafah pada tanggal 9hb Zulhijjah adalah gambaran padang mahsyar yang mana semua makhluq akan berkumpul untuk di hisab dosa dan pahalanya. Di bawah terik matahari yang begitu menyengat, dengan lautan manusia yang berbagai ragam, diselangi dengan lapar dan dahaga, seharusnya kehadiran kita di Arafah dapat memberikan peringatan terhadap keperitan tatkala berada di Padang Mashsyar. Allahu Akbar!


Friday, November 5, 2010

Kisah Dari Madinah - Percubaan Meragut Bag Tangan Jemaah Wanita




 Gambar 1-3 di atas, penjenayah (sebelah kanan Polis) ditangkap "on the spot" dan dibawa pergi ke Balai Polis. Kejadian ini berlaku di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah pada 13 Mei 2010 jam 9:32 malam


Assalamu'alaikum wm wbr.

Sudah lama saya tidak update entri di sini sehinggakan blog ini sudah bersawang. Hari ini sementelah cuti umum Deepavali barulah saya dapat duduk rileks, sambil menghirup kopi radix dan membelek-belek entri di blog ini. Memang telah terlalu lama saya tidak berkunjung ke sini apatah lagi untuk membuat sebarang entri baru. Reason? Semestinya disebabkan oleh ketiadaan masa santai sebab pelajar-pelajar sudah memasuki fasa terakhir semester - meaning, semester perkuliahan sudah sampai ke penghujung. Minggu hadapan mereka akan menduduki peperiksaan akhir, dan aku pulak sibuk menanda skrip jawapan nak buat pertimbangan banyak mana markah yang depa layak dapat dsb.

Musim Haji tiba lagi. Sekarang di Makkah telah ramai para jemaah berkumpul di situ. Pada kemuncak haji bilangan jemaah boleh mencecah sampai 3 juta orang dengan berbagai bangsa, ragam, dan perangai. Walau berjuta wajah yang boleh kita lihat, kita jumpa di sana namun kesemuanya bersatu dalam satu akidah untuk mentauhidkan Allah SWT. Jesteru itu mereka datang ke Makkah, ke Masjidil Haram pada musim haji ini untuk mendambakan diri kepada Allah SWT. Mereka memohon ampun atas segala dosa yang telah dilakukan, mereka mengharapkan Jannah (syurga), berikrar meninggalkan segala bentuk maksiat dan berazam untuk melakukan kebajikan.

Namun dalam pada itu terdapat segelintir manusia, datang ke Makkah pada musim haji ini bukan untuk memperbaiki diri, meminta ampun atas segala dosa dan maksiat, dan memperbanyakkan ibadah, tetapi mereka datang ke Makkah dengan tujuan untuk mengumpul harta dan kekayaan. Sehinggakan ada yang sanggup menyeluk saku, meragut, mencuri dan sebagainya. Di bawah ini saya copy paste sebuah kisah benar yang terjadi ke atas jemaah wanita dari Indonesia di mana beliau nyaris menjadi mangsa ragut oleh sekumpulan penjenayah kaum hawa di Masjid Nabawi, Madinah. Semoga kisah ini menjadikan kita sentiasa berhati-hati atau berwaspada terhadap individu-individu yang tidak dikenali di tanah suci walaupun mereka menawarkan pertolongan dan sebagainya.

Inilah kisahnya ..,

Kisah Calhaj Wanita Melawan Para Penjahat di Masjid Nabawi
Sumber Detik.com
Madinah – 23 Oktober, 2010. Nursina Sabtu Sula, usianya sudah tidak lagi muda. Tapi ia memberi kesan tidak takut pada siapa saja. Calon haji (calhaj) asal Ternate, Maluku Utara, ini berani melawan tiga orang jahat yang mengeroyoknya di sekitar Masjid Nabawi.


Nursina berkisah, ia melakukan salat arbain di Masjid Nabawi Madinah mulai zuhur, asar, maghrib dan isya. Usai salat isya, Nursina keluar dari masjid namun teman-temannya tidak lagi kelihatan. Nursina pun kemudian meninggalkan masjid sendirian.
Saat berjalan keluar masjid, ada tiga perempuan berbaju hitam-hitam mendekatinya. Mereka, menurut Nursina, memakai anting di hidungnya. Meski berada di sekitar Masjid Nabawi, para perempuan itu tega-teganya berniat melakukan dosa. 

Mereka mempunyai niat jahat ingin merebut tas Nursina. Saat Nursina lewat, mereka berteriak ‘Indonesia Indonesia’ sehingga Nursina menoleh. Setelah calhaj berusia 60-an tahun itu menoleh dan memperhatikan mereka, tiga perempuan itu pun mendekati Nursina.
“Tapi tiba-tiba saja mereka akan merebut tas saya. Ya saya pukul saja. Saya bilang tidak boleh begitu. Itu dosa. Itu kan uang saya kok mau diambilnya,” kata Nursina menggebu-gebu.
Setelah memukul, Nursina pun lari agar tidak dikeroyok lagi. Si ibu bersyukur uangnya tidak ada yang  berhasil diambil tiga perempuan berbaju hitam itu. Ibu dari 7 anak itu lantas melanjutkan perjalanan untuk kembali ke pemondokannya.


Dalam Kesibukan Begini Awasilah Pencopet / Penyeluk Saku
Sumber
Nota: Calhaj = calon haji = jemaah haji
tas = bag tangan

Friday, October 22, 2010

Terlalu Banyak Pesakit Gangguan Jin Selepas Hari Raya - Kenapa?



Assalamu'alaikum wm wbr.
Sejak hari raya sehingga sekarang saya dapati terlalu ramai pesakit datang untuk mendapatkan rawatan dengan simpton gangguan jin. Apabila diruqyah maka sebahagiannya akan merasuk. Simptom gangguan jin ialah seperti berikut (dari forum terapialquran.com):
SIMPTOM GANGGUAN JIN
1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Seperti selalu yang di alami oleh pesakit dan penderita gangguan kita boleh lihat perkara yang sama berulang ulang di dalam kehidupan mereka...seperti sakit kepala yang berpanjangan tetapi tidak di tahu punca fizikal kenapa sakit itu berlaku.



Yang menjadi tanda tanya ialah, "Kenapa selepas hari raya tiba-tiba kes gangguan jin meningkat dengan banyak?" Wallahuaklam.