Sunday, November 7, 2010

Wukuf Di Arafah - Gambaran Padang Mahsyar

Assalamualaikum wm wbr.



Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang telah memberikan kita nikmat kesihatan dan masa lapang dan juga telah memberikan kita nikmat iman dan Islam.

Hari ini kita telah memasuki bulan Haji. Sembilan hari lagi iaitu pada  9hb Zulhijjah para hujjaj dari seluruh pelusuk dunia akan berkumpul di Arafah dengan penuh kesyahduan melafazkan kalimat:

”Labbaik Allaahumma labbaik, labbaika laa syariaka laka labbaik innal hamda wannikmata laka walmulk laa syariika lak.”

Yang bermaksud: “Kusahuti panggilan-Mu ya Allah, kusahuti panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, kusahuti panggilan-Mu ya Allah, sesungguhnya pujian dan nikmat kurnia, segala-galanya adalah kepunyaan-Mu dan kerajaan (seluruhnya) adalah milik-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.”

Dengan penuh khusyu’ dan tawadhuk, para hujjaj akan menyerahkan jiwa dan raganya kepada Allah SWT, tunduk dan patuh kepada Sang Khaliq, merasa dirinya betapa kerdil dan hina di hadapan Allah.  Mereka akan bertasbih dan bertahmid memuji Allah, berdoa, dan beristighfar mengakui dosa dan memohon ampun di atas segala kesalahan yang telah dilakukan. 

Itulah hari wukuf, hari langit terbuka yang merupakan seafdal-afdal hari untuk berdoa. Apabila para hujjaj wukuf di Arafah, ia membuka dirinya di hadapan Allah mengaku  kekerdilan dan ketidakupayaan dirinya di hadapan kebesaran dan kekuasan Sang Pencipta. 

Wukuf di`bumi Arafah pada tanggal 9hb Zulhijjah adalah gambaran padang mahsyar yang mana semua makhluq akan berkumpul untuk di hisab dosa dan pahalanya. Di bawah terik matahari yang begitu menyengat, dengan lautan manusia yang berbagai ragam, diselangi dengan lapar dan dahaga, seharusnya kehadiran kita di Arafah dapat memberikan peringatan terhadap keperitan tatkala berada di Padang Mashsyar. Allahu Akbar!


4 comments:

  1. Salam Tuan,

    Sekarang para jemaah di Mekah sedang menghitung hari utk berwukuf di Arafah dan bermulalah Haji. Kita di sini sama-sama menyambutnya dgn menunaikan Qurban sehingga hari tasyrik berakhir (13 zulhijjah). Insya-Allah..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam Kakzie,

    Tinggal 6 hari sahaja lagi untuk berwukuf. Alangkah bertuahnya para jemaah yang menjadi tetamu Allah di sana.

    Kita di sini boleh juga memanfaatkan 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini dengan banyak berpuasa, berzikir, beristighfar dan berdoa kepada Allah SWT.

    ReplyDelete
  3. Assalam Tuan haji,

    saya cadangkan tuan haji buat entri khusus utk panduan haji pula...

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam anonymous.

    Insyaallah saya memang bercadang untuk membuat entri khusus bagi panduan haji. Nantilah jika ada kelapangan, saya akan update entri untuk haji pula.

    Terima kasih atas cadangan. Semoga Allah memberkati kita semua, A~mi~n.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.