Pantun Umrah
Nukilan: Mohd Saad Hamid
http://msaadhamid.blogspot.com
Lidah terkedu untuk berkata
Hati tersentuh menusuk kalbu
Sejuta rasa bermain di jiwa
Hanya Allah saja yang tahu
Lambaian Ka'abah seruan umrah
Mengimbau kalbu merimbun rindu
Terletak di tengah Kota Makkah
Beribu batu tetap ku tuju
MyVi kereta senang dipandu,
Kereta lama jangan dibuang,
Mencari masa menyulam rindu,
Semoga Allah beri peluang.
Pergi bulan berganti bulan,
Sekarang masuk bulan safar,
Pilih agen untuk perjalanan,
Nak berumrah sudah tak sabar.
Nukilan: Mohd.Saad Hamid
1 Safar 1435H / 4 Disember 2013
Lendu, Melaka.
bagus blog ni
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeletekalau macam tu tolong klik LIKE kat sudut kanan atas tu. TQ :)
Assalamualaikum Tn Hj,
ReplyDeleteAmat Menarik pantun Tn Hj..........sememangnya kiranya kesihatan diri bertambah baik ingin berkunjung semula ke Masjidil Haram bagi beribadah kepada yang maha kuasa........muga-muga diizinkanya.......
Wa'alaikum salam wbt
DeleteKalau dah ada niat tu, terusksn tuan hj pesona. Nanti dpn kaabah berdoa sungguh2 agar sihat seperti sedia kala. In shaa Allah
Madu diambil si rama-rama,
ReplyDeleteManis nikmatnya tak jemu-jemu,
Saat perkenalan tidaklah lama,
Namun di hati terasa rindu..
Tn Haji, bila nk berjumpa lagi? hihi
Copy & share boleh ye Tuan Haji?
ReplyDeletemohon share
ReplyDelete