Wednesday, December 4, 2013

Pantun Umrah



Pantun Umrah
Nukilan: Mohd Saad Hamid
http://msaadhamid.blogspot.com

Lidah terkedu untuk berkata
Hati tersentuh menusuk kalbu
Sejuta rasa bermain di jiwa
Hanya Allah saja yang tahu

Lambaian Ka'abah seruan umrah
Mengimbau kalbu merimbun rindu
Terletak di tengah Kota Makkah
Beribu batu tetap ku tuju

MyVi kereta senang dipandu,
Kereta lama jangan dibuang,
Mencari masa menyulam rindu,
Semoga Allah beri peluang.

Pergi bulan berganti bulan,
Sekarang masuk bulan safar,
Pilih agen untuk perjalanan,
Nak berumrah sudah tak sabar.

Nukilan: Mohd.Saad Hamid
1 Safar 1435H / 4 Disember 2013
Lendu, Melaka.



7 comments:

  1. Alhamdulillah

    kalau macam tu tolong klik LIKE kat sudut kanan atas tu. TQ :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tn Hj,

    Amat Menarik pantun Tn Hj..........sememangnya kiranya kesihatan diri bertambah baik ingin berkunjung semula ke Masjidil Haram bagi beribadah kepada yang maha kuasa........muga-muga diizinkanya.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Kalau dah ada niat tu, terusksn tuan hj pesona. Nanti dpn kaabah berdoa sungguh2 agar sihat seperti sedia kala. In shaa Allah

      Delete
  3. Madu diambil si rama-rama,
    Manis nikmatnya tak jemu-jemu,
    Saat perkenalan tidaklah lama,
    Namun di hati terasa rindu..

    Tn Haji, bila nk berjumpa lagi? hihi

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.