Sunday, January 6, 2013

Trip Ke Bandung - Hari Kedua - Wisata Bangunan Bersejarah dan Pasar Baru

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه

Bandung 30/11/12.

P
agi itu kami bangun sekitar jam 3.30 pagi untuk bersiap-siap solat subuh. Waktu di Bandung lewat satu jam daripada waktu di Malaysia. Subuh masuk pada pukul 4.04 pagi dan matahari terbit pada jam 5.18 pagi.

Ketika azan dilaungkan, saya bergegas ke masjid, tetapi baru beberapa langkah berjalan saya berpatah balik untuk mengambil blazer sebab udara pagi di Bandung ketika itu sangat dingin – mungkin sebab malam itu hujan. Masjid yang saya tuju terletak betul-betul di belakang Hotel Kenangan. Pagi itu solat subuh diimamkan oleh seorang anak muda yang bersih mukanya. Usai solat saya duduk sebentar di masjid berbual-bual dengan imam muda tersebut. Anak muda itu bernama Rizal, berasal dari Padang, Sumatera Barat dan dia membuka sebuah toko menjual bag di Jalan Kepatihan.

Masjid At-Taqwa di belakang Hotel Kenangan
Setelah itu saya pulang ke hotel menjemput isteri untuk mencari warung atau restoran untuk sarapan. Walaupun pihak hotel ada menyediakan sarapan percuma kepada tetamu iaitu nasi goreng atau roti bakar, tetapi saya ada sedikit keraguan tentang satus halalnya sebab owner hotel ini adalah seorang Chinese berugama kristian. Pekerja-pekerjanya ada yang muslim dan non-muslim. Jadi untuk mengelakkan keraguan kami mencari warung atau rumah makan di sepanjang jalan menuju stesyen keretapi Bandung. Ternyata rumah-rumah makan di sepanjang jalan tersebut agak kotor, lantas kami masuk ke kiosk di stesyen keretapi untuk membeli air mineral dan buah-buahan.  Kami balik semula ke hotel dan sarapan kami pagi itu ialah Nescafe, roti yang dimakan dengan serunding yang kami bawa dari Malaysia dan buah-buahan yang di beli di stesyen keretapi Bandung.

Sekitar jam 9.00 pagi kami menaiki beca menelusuri Jalan Tamblong menuju Jalan Asia-Afrika untuk melihat bangunan-bangunan lama dan bersejarah di Bandung. 

Di Jalan Tamblong, perhatian saya tertarik kepada sebuah rumah kedai yang berwarna merah menyala tetapi di bahagian atasnya ada lukisan berbentuk kubah masjid. Di bahagian hadapannya tergantung sebuah poster bertulis “Selamat Hari Raya Idul Adha. Masjid Lautze 2 Bandung”. Lantas saya meminta pengayuh beca berhenti bagi membolehkan saya membuat penelitian lebih dekat lagi terhadap masjid tersebut. Nasib saya baik sebab pada masa itu terdapat seorang petugas sedang duduk berhampiran dengan pintu masjid. Setelah memberi salam saya minta kebenaran untuk melihat bahagian dalam masjid. Ternyata bahagian dalam masjid juga dicat dengan warna merah menyala. Ruangan solatnya agak kecil iaitu sekitar 7x6 meter persegi dan diperkirakan hanya dapat menampung lebih kurang 50 orang jemaah. Menurut maklumat daripada Internet, masjid tersebut didirikan oleh masyarakat China di Bandung pada tahun 2007.


Masjid Lautze 2 bandung
Bahagian dalam masjid Lautze 2
Saya melanjutkan perjalanan menelusuri Jalan Tamblong hingga kami sampai ke Jalan Asia-Afrika. Di sepanjang Jalan Asia-Afrika ini terdapat banyak bangunan-bangunan lama zaman kolonial Belanda yang mempunyai corak art-deco yang menarik. Antara bangunan bersejarah yang sempat saya lawati ialah Gedung Merdeka dan Museum Konferensi Asia Afrika. 
Bangunan peninggalan kolonial Belanda tahun 1829
Warenhuis De Vries bermaksud Supermarket De Vries

Museum Konferensi Asia Afrika yang terletak di persimpangan
Jalan Braga dan Jalan Asia Afrika.
Kami meletakkan beca di bangunan Gedung Merdeka.
Beca yang kami naik. Kelihatan penarik beca sedang berdiri di sebelah kanan
Gedung PLN yang mana di dalamnya terdapat
sumur Bandung iaitu perigi yang pertama di Bandung.
Sungai Cikapundung
Setelah mengambil foto bangunan-bangunan bersejarah tersebut, kami melanjutkan perjalanan menaiki beca  menelusuri Jalan Asia-Afrika, Jalan Alun-Alun Timur, Jalan Dalem Kaum, Jalan Otto Iskandardinata (Otista) dan Jalan Kepatihan dan akhirnya berhenti di Pasar Murah Kepatihan di hadapang King's Supermarket. Di Jalan Alun-Alun Timur iaitu berhampiran dengan Masjid Agung, tukang beca kami sengaja membawa kami menentang arus lalu lintas. sehinggakan kecut perut kami dibuatnya. Alhamdulillah, kami selamat sampai di tempat yang dituju. Jarak perjalanan yang kami tempuh ialah sejauh 4.2 km. Memandangkan kami naik beca 2 orang, saya menghulurkan IDR50,000 (RM16.00) kepada tukang beca. Dengan muka yang penuh senyuman, tukang beca menyambut note 50,000 tersebut sambil mengucapkan terima kasih.


Jalan Asia Afrika - foto diambil dari atas beca
Beca kami sedang menentang arus lalu lintas
menuju Jalan Dalem Kaum

Suasana di Jalan Dalem Kaum

Pintu gerbang ke Makam para bupati Bandung
Di hadapan pasar murah kepatehan di hadapan King Plaza
Tujuan saya ke Pasar Murah Kepatihan ialah untuk bertemu dengan Rizal, iaitu pemuda yang mengimami kami semasa solat subuh pada pagi itu. Beliau berniaga di salah satu gerai di situ. Kami bertemu Rizal yang baru sahaja membuka kedainya dan isteri saya membeli beberapa buah bag tangan untuk dihadiahkan kepada guru-guru PASTI Asy-Syifa'.  Berikut ilah gerai-gerai yang terdapat di pasar murah kepatihan.

Gerai-gerai di pasar murah kepatehan

Selepas membayar harga bag-bag tersebut saya minta Rizal tolong hantarkan bag tersebut ke Hotel Kenangan pada waktu malam nanti sebab selepas ini kami akan ke Pasar Baru untuk berbelanja di situ. 

Dari Pasar Murah Kepatihan, kami menapak berjalan kaki sejauh 750 meter ke Pasar Baru di Jalan Otista. Di Pasar Baru kami singgah di Toko Laris di lantai 1 untuk membeli telekong, kain sarung dan sejadah. Kemudian kami naik ke lantai 2 dan singgah di Toko Puteri Salwa untuk membeli beberapa pasang kain di situ. Kami menghabiskan masa lebih daripada 3 jam di Pasar Baru tersebut. Sebelum balik ke hotel kami makan tengahari di Gerai Kemangi di lantai 6. Hidangan tengahari tersebut, antara lain ialah ikan gurame bakar yang sungguh enak. Setelah makan tengahari, kami menapak balik ke Hotel Kenangan sejauh lebih kurang 500 meter. Di persimpangan jalan ke Hotel Kenangan saya berjumpa dengan penarik beca yang kami membawa kami bersiar-siar pada pagi tadi sedang bermain catur. Nampak gayanya, setelah mendapat IDR50,000 dia sudah boleh berehat pada hari itu memandangkan adalah agak sukar untuk mendapatkan pelanggan sebab terlalu ramai penarik beca di Bandung.

Keluar daripada Pasar Murah Kepatihan
Deretan beca sedang diparkir menunggu pelanggan
Penjual tauhu di Jalan Otista.
Kayu yang dipegang itu digunakan untuk memikul barang jualan.
Kedai-kedai di sepanjang jalan Otista

Bangunan pasar baru mula kelihatan - dilihat dari Jalan Otista
Salah satu kedai di Pasar Baru. Isteri saya borong kain di sini.

Makan tengahari di gerai Kemangi di tingkat 6 Pasar Baru
Antara menu yang terdapat di kedai makan Kemangi
Di bawah ini adalah jejak laluan kami pada hari kedua di Bandung yang mana kami telah menempuh perjalanan sejauh 5.5km iaitu 4.2km adalah menaiki beca dan 1.3km dengan berjalan kaki.


Sekian dari saya pada kali ini. Ikuti kisah berikutnya dalam entri Trip ke Bandung - Hari Ketiga.

Entri terdahulu:  Trip Ke Bandung - Hari Pertama

8 comments:

  1. Assalammualaikom wbt tuan Haji....Khaifahaluka...Syukran berkongsi cerita..menarik semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt MI

      Alhamdulillah, ana bihkhair. MI macamana, sihat? Update blog seadanya saja bila ada sedikit kelapangan.

      Delete
  2. Assalamualaikum Tn Hj,

    Macamana dengan keadaan kesihatan Tn Hj, dah baik sepenuhnya drpd sakit GOUT yang dialami.....Saya ni masih lagi terpaksa menjalani Physiotherapy setiap 2 hari sekali bagi mengurangkan sakit di tulang belakang "Slip Disk" yang telah saya alami dah lebih
    sebulan.....petang tadi baru jumpa lagi dengan Dr. Pakar di HSA JB .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt pesona.

      Saya macam ni lah tuan haji, kadang-kadang sihat, kadang-kadang gout datang balik especially bila salah makan atau bila banyak berjalan. Bukannya saya tak berpantang bab makan tu, tapi bila makan kat luar atau kat tempat kenduri kendara walaupun tak makan daging dsb, mungkin dalam perencah masakan tu ada bahan-bahan yang saya tak boleh makan contohnya udanh kering yang sudah diblend.

      Saya sangat simpati atas musibah yang menimpa pesona sebab sakit sendi atau mana-mana bahagian tulang ni hanya orang yg mengidapnya sahaja ug tahu. Harap pesona bersabar dan redho atas ketentuan tsbt, semoga sakit tersebut menjadi penebus dosa-dosa kita dan jika kita sabar akan peroleh pahala. Alangkah indahnya Islam itu - Allah uji dengan sakit, dosa terhapus dan pahala pun dapat.

      Saya sekarang amal zikir sendi/tulang dikutip dari hadis Muslim iaitu "Allahu akbar, alhamdulillah, laa ilaha il lallah, subhanallah, astaghfirullah." setiap hari sebanyak 360x. Cubalah amalkan zikir di atas, at least kita ikut sunnah nabi - Allahu akbar! ISLAM itu cantik!

      Delete
  3. PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

    Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

    Salam kenal dari kami, Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport.
    Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
    Insya Allah, driver & tour guide kami yang profesional, santun dan peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat kawasan Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

    Special offer 2015... Jom tempah transport murah kat Bandung jer.


    Rate per Kereta per Day :

    # Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
    Rate: IDR 400.000 or RM 115

    # Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat)
    Rate: IDR 550.000 or RM 160

    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
    Rate: IDR 650.000 or RM 185

    # Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    # Toyota Hiace commuter (12 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    *Masa sewa 14 jam/hari (8am to 10pm)
    *Include : fuel, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
    *Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
    *Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
    *Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu

    Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps.

    Terimakasih,
    Bimo Mekarwangi Tour

    Call/Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
    Email : bimomekarwangi@gmail.com
    Facebook Page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport

    ReplyDelete
  4. PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

    Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

    Salam kenal dari kami, Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport.
    Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
    Insya Allah, driver & tour guide kami yang profesional, santun dan peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat kawasan Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

    Special offer 2015... Jom tempah transport murah kat Bandung jer.


    Rate per Kereta per Day :

    # Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
    Rate: IDR 400.000 or RM 115

    # Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat)
    Rate: IDR 550.000 or RM 160

    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
    Rate: IDR 650.000 or RM 185

    # Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    # Toyota Hiace commuter (12 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    *Masa sewa 14 jam/hari (8am to 10pm)
    *Include : fuel, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
    *Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
    *Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
    *Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu

    Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps.

    Terimakasih,
    Bimo Mekarwangi Tour

    Call/Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
    Email : bimomekarwangi@gmail.com
    Facebook Page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Tawaran yg menarik. In sha Allah saya akan hubungi kesanak jika kami ke Bandung.

      Delete
    2. Wa'alaikum salam wbt

      Tawaran yg menarik. In sha Allah saya akan hubungi kesanak jika kami ke Bandung.

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.