Tuesday, October 16, 2012

Jaulah Mesir 2012: Kenderaan Orang Mesir


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه

Orang Mesir telah lali dengan bunyi hon kenderaan. Baik siang mahupun malam, bunyi hon kenderaan yang bertalu-talu sentiasa mewarnai jalan-jalan raya di Mesir. 

Bunyi hon akan kedengaran sama ada di jalan yang sibuk, atau di jalan yang tidak sibuk. Atau ketika kenderaan berada di persimpangan jalan, atau ketika berada di tanah perkuburan. Atau ketika kenderaan hendak memotong, atau ketika kenderaan anda dipotong oleh kenderaan lain. Atau ketika pasukan bola sepak yang disokong menang, atau ketika pasukan yang disokong kalah. Atau ketika majlis perkahwinan dilangsungkan, atau ketika ada kematian. Atau ketika kenderaan anda bergerak lurus kehadapan, atau ketika kenderaan sedang berundur kebelakang di lebuh raya yang sibuk. Atau ketika kenderaan hendak mengambil pusingan U, atau ketika kenderaan berhenti di lampu isyarat, dan sebagainya. Hon, hon, hon. Anehnya, pemandu-pemandu Mesir tidak marah ketika kita membunyikan hon seperti di atas. Bayangkan apa yang akan terjadi kalau perkara hon mengehon seperti di atas dilakukan di Malaysia? Ha, jawab sendiri ya.

Ketika bila hon kenderaan di Mesir tidak dibunyikan? Ha ha, sudah tentulah ketika kenderaan tersebut sudah diparkir dan pemandunya sudah turun daripada kenderaan. 

Di Mesir, terdapat berbagai-bagai jenis kenderaan. Bagi kenderaan yang berengin, kita boleh lihat kereta lama, kereta baru, lori, basikal, motorsikal, keretapi, trem, el-Tremco atau bas mini, tut-tut, dan sebagainya memenuhi dada jalan raya. Namun terdapat juga kenderaan-kenderaan tradisional seperti kereta kuda (al-Khantour) dan kereta himar yang digunakan untuk mengangkut hasil pertanian dan juga manusia. Dalam perjalanan daripada Mansourah ke Kaherah, saya seronok melihat dua orang wanita warga emas sedang menunggang himar atau kaldai. Pemandangan-pemandangan sedemikian sudah menjadi lumrah di kawasan perkampungan di Mesir. Memang benar pepatah yang mengatakan "Jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman."

Ok, di bawah ini saya paparkan beberapa gambar kenderaan yang sempat saya rakam ketika berjaulah di Mesir pada 24 Sept - 3 Okt, 2012 yang lepas. Selamat membaca dan semoga kita bertemu kembali dalam entri berikutnya: Pyramid - Lambang Keangkuhan Firaun. 


Kereta kuda sedang menarik mercedes benz
Kereta kuda ini sedang menarik kereta mercedes
Kereta himar di tengah-tengah bandar Mansourah


Kenderaan ini digunakan untuk mengangkut barang jualan seperti peti sejuk, dsb


Kereta himar
Kereta himar digunakan untuk menjaja bawang merah di Mansourah




Unta di Pyramid Giza, Kaherah
Unta di pyramid Giza, Kaherah
Teksi di Kaherah
el-Tremco atau bas mini di Aboud, Mesir
Sebuah feri sedang belayar di Sungai Nil di Kaherah pada waktu malam
Van pickup penuh sarat dengan muatan
Gambar ini di ambil dari dalam van dalam perjalanan ke Giza, Mesir
Lori penuh dengan muatan mesin basuh buatan Mesir.
Gambar ini di ambil dari dalam kereta semasa perjalanan ke Iskandariah
Sebuah trem sedang berhenti menurunkan penumpang di Iskandariah


Kereta kuda atau al-Khantour di hadapan restoran seafood di Iskandariah, Mesir
Seorang pemandu sedang membersihkan tot-totnya.
Gambar ini diambil ketika dalam perjalanan daripada Mansourah ke Kaherah pada 2/10/12 
Sebuah tot-tot sedang beroperasi di jalan raya antara Mansourah dgn Kaherah
Kenderaan ini masih digunakan di Iskandariah, Mesir.


Entri berkaitan jaulah Mesir:


2 comments:

  1. Assalamualaikum THMSH

    kereta 70an bagi kita masih mereka guna lagi yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt THR

      Maaf lambat jawab - sibuk sikit sekarang ni nak cover kuliah yang saya tinggalkan hari tu.

      Selagi engin boleh dipakai, bergeraklah kenderaan tu dijalan raya. Macam-macam ada - kereta model terbaru pun banyak juga.

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.