Friday, August 24, 2012

Tip Untuk Meletakkan Klip Video Ditengah Page

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dalam entri yang terdahulu, saya telah tunjukkan cara bagaimana hendak memainkan klip video dalam blog secara automatik sebaik sahaja pembaca membuka page post tersebut. Tetapi kita lihat bahawa frame video tersebut berada di sebelah kiri page. Seeloknya klip video tersebut berada di tengah-tengah page seperti pada video klip di atas. Macam mana nak buat?

Satu lagi, setelah saya publish entri ini maka saya ada dua entri yang 'berjiran' yang masing-masing akan start memainkan klip video dalam sela masa 1 saat setelah page ini dibuka. Akibatnya suara video tersebut seperti 'superimpose' atau bertindih antara satu dengan yang lain yang menyebabkan suasana yang kurang enak untuk didengar. Untuk mengatasi masalah ini saya setkan nilai &autoplay=586, iaitu video ini akan mula dimainkan selepas 586 saat atau 9 minit 45 saat berlalu. Oleh itu suara yang 'superimpose' itu akan hilang.

Berbalik kepada matlamat kita untuk meletakkan klip video di tengah-tengah page, maka saya gunakan HTML code berikut:
 <center>KOD ASAL EMBED VIDEO</center>

Jadi kod HTMLnya adalah seperti berikut:

<center><iframe width="300" height="169" src="http://www.youtube.com/embed/videoseries?list=PLF05ACB4B149BCA74&amp&autoplay=0&rel=0;hl=en_US" frameborder="0" allowfullscreen></iframe></center>

Selesai. Mudah bukan?  Sekian, semoga bermanfaat.

Anda mungkin berminat dengan entri yang berikut:

No comments:

Post a Comment

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.