Assalamu'alaikum wbt
Setelah berada selama tiga hari di bumi bercahaya Madinah, maka tibalah masanya kami bertolak ke Makkah bagi melakukan ibadat umrah. Sebelum bertolak, kami sempat solat zohor (4 rakaat) berjemaah di Masjid Nabawi dan solat jamak Asar (2 rakaat). Selepas solat kami melakukan ziarah wida' kepada Rasulullah S.A.W. sambil berdoa kepada Allah S.W.T. agar kami dijemput lagi untuk menjadi tetamu Nabi-Nya pada masa-masa yang akan datang. Tanpa disedari air mata jatuh bercucuran. Dengan perasaan sedih dan sayu, kami melangkah perlahan balik ke hotel melalui belakang masjid menuju ke Babus Salam sambil mata sekali sekala memandang kubah hijau yang mana di bawahnya bersemadi Rasulullah S.A.W.
Setelah mandi, memakai pakaian ihram dan makan tengah hari, kami bertolak ke Makkah sekitar jam 2.00 ptg. Kami berhenti di Bir 'Ali untuk solat sunat ihram dan berniat umrah. Ketika saya menaiki bas, isteri saya memberitahu, salah seorang jemaah wanita rakan sebiliknya masih belum menaiki bas. Mereka terpisah di bilik air masjid. Sebelum masing-masing memasuki tandas, mereka telah berjanji untuk menunggu antara satu sama lain dan solat sunat ihram bersama-sama. Ketika isteri saya keluar daripada tandas dan setelah lama menunggu, ia dapati rakannya tidak muncul-muncul. Isteri saya mengetuk pintu tandas, tetapi yang keluar ialah jemaah daripada Indonesia. Ternyata rakannya telah keluar terlebih dahulu tanpa menunggu beliau seperti yang telah dijanjikan. Hendak dijadikan cerita, telefon bimbit rakan isteri tadi tertinggal dalam bas, jadi kami tidak dapat menghubungi beliau.
Risau dengan kehilangan tersebut, anak perempuan jemaah tadi (sebelum itu hanya tinggal dalam bas sebab datang haid) turun mencari ibunya. Saya dan isteri turut menemani anak beliau. Kami cari di sekitar dewan solat wanita, tandas dan kawasan sekitar. Sambil mencari, kami tidak putus-putus beristighfar dan berdoa agar Allah permudahkan perjalanan umrah kami. Setelah puas mencari akhirnya kami mendapat panggilan daripada mutawif yang mengatakan bahawa jemaah yang hilang tadi telah dijumpai dalam bas jemaah umrah yang diparkir di tempat lain.
Sebagai rekod, kawasan Masjid Bir 'Ali agak luas. Bilangan jemaah yang mengikuti Travel Agent (TA) Andalusia pada kali ini agak ramai. TA terpaksa menggunakan empat buah bas. Dua buah bas membawa jemaah yang akan tinggal di Hotel Hijazz, di Makkah. Jemaah ini disertai oleh Tuan Guru Ustaz Haron Din. Dua buah bas lagi membawa jemaah yang akan tinggal di Hotel Abeer Garden. Kami menaiki bas bagi kumpulan ke Abeer Garden. Jemaah yang hilang tadi, setelah kehilangan punca, telah mengikuti kumpulan yang akan ke Hotel Hijazz yang mana bas mereka di parkir di sisi lain Masjid Bir 'Ali.
Pengajaran daripada kejadian ini ialah para jemaah perlu berpegang kepada janji. Di samping itu, sentiasalah membawa telefon bimbit dan pastikan baterinya fully charged supaya mudah dihubungi jika berlaku kejadian tersesat seperti ini dan sebagainya. Para jemaah perlulah sentiasa beristighfar dan buangkan sifat sombong dan bangga diri. Janganlah ada sedetik dalam hati meremehkan sesuatu perkara dan mengatakan "Ah mudah saja. Kalau begini, begini, aku boleh ..."
Selanjutnya sebelum kami meneruskan perjalanan ke Makkah, mutawif membimbing kami untuk melafazkan niat ihram umrah. Juga tidak ketinggalan mutawif membimbing jemaah wanita yang keuzuran untuk melafazkan niat ihram bersyarat. Di sepanjang perjalanan kami bertalbiah dan mutawaif turut memberikan tazkirah tentang hakikat berihram dan perlunya mengikhlaskan ibadat semata-mata kerana Allah S.W.T. Dua jam sebelum sampai ke Makkah, kami singgah di sebuah R&R di Wadi Quday untuk qada' hajat, solat maghrib dan makan malam. Saya dan isteri tidak solat di sini sebab hendak solat (jamak takhir maghrib dan isya') di Masjidil Haram. Alhamdulillah, kami sampai di Makkah pada jam 10.35 malam. Setelah meletakkan bag dan berihat sebentar saya, isteri, dan kakak memasuki Masjidil Haram untuk solat Isya' dan Maghrib (jama' takhir) dan melakukan umrah pertama. Besan kakak saya tidak turut serta sebab beliau keuzuran (datang haid) walaupun di Malaysia -- maaf cakap -- beliau telah menopause.
Setelah selesai tawaf 7 pusingan kami malakukan saie antara bukir Safa dan Marwah. Pada umrah kali ini kami melakukan saie di bahagian basement sebab tidak ramai jemaah bersaie di situ. Tetapi saie di kawasan basement (bawah tanah) lantainya tersangatlah sejuk sebab orang tak ramai. Jadi tapak kaki rasa milu dan tidak selesa. Namun saya kuatkan semangat dan alhamdulillah, kami telah dapat menyelesaikan pekerjaan umrah pada jam 2.15 pagi.
|
Menunggu masuk waktu zohor |
|
Muazzin sedang melaungkan azan |
|
Kawasan berhampiran Babus Salam selepas solat zohor |
|
Kawasan di belakang masjid. Mata masih tertumpu kepada kubah hijau sambil berselawat. |
|
Bag-bag jemaah telah dibawa turun dan sedang dikumpulkan oleh pekerja |
|
Sampai di Bir Ali jam 2.37 ptg waktu tempatan.
Jemaah diingatkan supaya mengingati nombor bas dan pintu masuk masjid supaya tidak tersesat |
|
Berhenti di R&R Wadi Quday jam 7:26 mlm waktu tempatan |
|
Makan nasi arab lauk ayam panggang dan ikan |
|
Memasuki Makkah berhampiran Masjid Jin |
|
Jemaah keletihan |
|
Sampai di Makkah - Kawasan Misfalah |
Kami saie di kawasan basement
|
Berdoa Bukit Marwah selepas tamat saie 7 pusingan. |
|
Seorang jemaah sedang bergunting rambut selepas selesai saie |
|
Sekumpulan jemaah lelaki berdoa di bukit Marwah setelah selesai saie. |
|
On the way to Hotel Abeer Garden |
Assalamualaikum THMSH
ReplyDeletesaya teringatkan nasi mandy di R&R tu..sedap
Wa'alaikum salam THR
ReplyDeleteYa memang sedap nasi tu, tambahan pula kita sedang lapar hingga habis licin hidangan, hehehe.
Tapi saya perhatikan, kalut sungguh para pembantu restoran tu - bising dan bingit ketika hidangkan makan.
Terima kasih masih sudi singgah di sini. alhamdulillah.
Salam THMSH.. agaknya dibolehkan ke kalau perempuan ambil pil perancang untuk menghalang dari haidh masa buat umrah? Saya ada dengar cerita tapi tak brp pasti..
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt Mila@Rimbun
DeleteMenurut Syeikh Yusof al-Qardhawi, mengambil pil penunda haidh adalah dibenarkan. Alasannya ialah kerana tiada dalil yg melarangnya. Dan, ia dibenarkan selama tidak mendatangkan mudarat. Namun yg lebih baik ialah mencontohi wanita2 salafus soleh yg pasrah terhadap fitrah yg dikurniakan Allah ke atasnya (haidh). Mereka berpuasa dan berbuka apabila datang haidh. Kemudian mereka mengqadha'-nya selepas Ramadhan.
Menurut al-Qardhawi lagi, bahawa para ulamak mutakhirin membenarkan pengambilan pil penunda haidh. Dan syeikh Mar'ie di dalam kitabnya Dalil al-Thalib bermazhab Hanbali mengatakan, dibenarkan bagi wanita memakan ubat utk mendatangkan haidh dan memutuskannya. Kitab syarahnya menjelaskan alasannya, kerana asal setiap sesuatu itu adalah halal sehingga datang dalil yg mengharamkannya. Dan, dalam masalah ini tiada dalil yg mengharamkannya.
(Ruj: Syeikh al-Qardhawi, Feqhu Shiyam, hal. 40)
Terdapat beberapa doa untuk menahan haid. Sila rujuk entri saya mengenai hal ini di link yang berikut:
http://msaadhamid.blogspot.com/2010/04/panduan-umrah-23-amalan-memohon.html
Assalammualaikum. Tn.Hj MSH. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana blog tuan banyak memberikan ilmu kepada saya. InsyakALLAH saya dan istre akan pergi menunaikan umrah pada 26.05.2012 ini melalui Singapore. Walaupun dah pergi berkursus dengan pembacaan di blog ini telah banyak membantu saya dan saya juga telah mencetak bahagian yang penting utk. dibuat rujukan semasa saya di sana. Teruskan menulis. Doakan saya semuga selamat dan amalan di terima ALLAH. TK. wassalam.
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt.
DeleteSaya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan menjadikan bahan-bahan dalam blog ini sebagai rujukan untuk melaksanakan ibadah umrah.
Saya ucapkan semoga tuan dan isteri mendapat umrah maqbullah dan sentiasa dalam perlindungan dan mendapat Rahmat Allah SWT. Semoga Allah permudahkan segala urusan tuan dan isteri di sana. Amin, Ya Rab al 'Alamin.
assalamualaikum..
ReplyDeletebersyukur pada mereka yang telah pergi menunaikan umrah dgn haji ..setelah sekian lama sy mengikuti blog ini sebagai panduan sy utk menunaikan umrah ...byk ilmu yg sy perolehi kerana tidak berkesempatan utk mengikuti kursus haji dan umrah di mana2 mungkin kerana sebb kesibukan dan faktor tidak tahu d mana hendak mengikuti kursus haji dan umrah ..insyallah dua tiga hari lagi mengikut jadual sy akan menunaikan umrah bersama2 dgn mak sy..
apa yg sy ingin kongsikan disini adalah wajib bagi mereka yg ingin menunaikan umrah tidak kira travel agent mana2 pun..WAJIB untuk follow up tentang urusan tiket dan semua pekara berkaitan lain umrah ( pendapat sy wlpun itu bukan tugas peserta umrah tetapi setelah apa yg berlaku kepada travel agent yg sy ikuti ini adalah sgt WAjib utk kita selalu bertanya adakah urusan-urusan teknikal sudah selelsai atau belum dan wajib ada BUKTI resit dan tiket..) utk pengetahuan ust travel agent yg sy ikuti dan ada 3 lagi travel agent yg lain telah di TIPU tentang urusan tiket ...sy tidak faham bagaimana boleh hal ini berlaku ...insyallah sy akan post lagi d blog ust utk perkongsian bersama..sebagai peserta sy sgt sedih dan redha dengan kejadian yg berlaku ..syukran sebb membenarkan post ini d paparkan d laman blog ust...
Wa'alaikum salam wbt anonymous.
DeleteYa memang benar. Kita perlu selalu check dan telefon Travel Agent (TA) akan penerbangan, visa dsb. Saya sendiri pernah terkena pada awal tahun 2011 yang mana pada ketika itu visa ziarah tidak dikeluarkan oleh Arab Saudia, walhal saya telah membayar penuh untuk umrah dan ziarah tersebut. Apabila saya pergi semula ke pejabat TA tersebut, saya sungguh terperanjat sbb tidak ada seorang pun di pejabat tersebut. Pejabat telah kosong, kertas bertaburan di atas lantai. Pada ketika itu saya hanya berserah dan berdoa kepada Allah agar saya saya dapat semula duit yang telah dibayar, iaitu lebih kurang RN6500.00
Alhamdulillah, saya dapat hubungi wakil TA tersebut dan dapat semula duit dalam 2 kali pembayaran. Selepas itu lantas saya daftar dengan Andalusia, dan alhamdulillah saya dapat menunaikan umrah pada bulan Mei 2011 yang lepas.
Jadi pengajaran yang kita dapat di sini ialah, kita perlu berhati-hati dan pilih TA yang sudah established.