Friday, November 4, 2011

Update Hari Tarwiyah

Assalamu'alaikum wbt
...
Sebahagian daripada jemaah haji telah berangkat ke Mina selepas solat subuh di Masjidil Haram pagi tadi. Sementara menanti waktu subuh, mereka bermalam di sekitar Masjidil Haram bagi memudahkan mereka bergerak ke Mina.
...
Kita doakan semoga mereka selamat sampai ke destinasi dan selamat beribadah. Semoga mendapat haji yang mabrur duhai Duyufur Rahman. Anda semua bertuah dipilih menjadi tetamu Allah.
...
Gambar-gambar di bawah ini diambil dari blog Tn Haji Arshad, Kehidupan Makkah-2. Kredit kepada Tn Hj Arshad.

Jemaah tidur di tepi jalan
Depan Hotel As-Safwa



Depan Masjidil Haram - Pintu 1 - Pintu King Abdul Aziz
Selepas Subuh mula bergerak ke Mina
Laluan ke Mina di hadapan Hotel Manazil - Hotel Hj Arshad
Di sebalik bukit terletak Aziziah dan selepas Aziziah ialah Mina
Jemaah akan melalui terowong melintasi bukit untuk sampai ke Aziziah

Di sudut kanan gambar ini, di sebalik bukit kelihatan kawasan melontar jamrah di Mina.
Sumber: Internet

2 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj MSH

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
    Semoga Amalan Kita Diterima Oleh Allah

    gementarnya pada masa ini, tapi Alhamdulillah..Allah permudahkan ibadat haji yg lalu

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Wa,alaikum salam Tn Hj Rozali

    Selamat hari raya eidul adha buat tn haji juga.

    Alhamdulillah, atas limpah rahmat Allah SWT, semuanya selamat dan dipermudahkan.

    Wasalam

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.