Thursday, November 10, 2011

Gambar Suasana Haji 2011 - Melontar Jamrah Aqabah Pada Hari Raya Haji

Assalamu'alaikum wbt
...
Alhamdulillah, di saat saya menulis entri ini semua jemaah haji telah pun meninggalkan Mina dan sedang berada di Makkah untuk melakukan tawaf ifadah iaitu tawaf yang mengiringi haji. Sebahagian daripada jemaah mungkin sudah berangkat ke Madinah untuk menziarahi Nabi S.A.W., atau sebahagiannya pula sudah kembali ke tanah air masing-masing dengan membawa seribu kenangan. Semoga jiwa-jiwa yang sudah suci tersebut terus digilap agar sentiasa dapat menerima pancaran nur daripada Ilahi, insyaAllah.
..
Sesungguhnya ibadah haji itu menggamit umat Islam di seluruh dunia memberikan perhatian kepada peristiwa yang bersejarah tersebut. Di bawah ini saya paparkan suasana ketika melontar jamrah aqabah di Mina pada tanggal 10 Dzulhijjah 1432H (6 November 2011) yang lepas. Semoga gambar-gambar tersebut dapat membangkitkan nostalgia kepada para pembaca yang pernah melakukan ibadah yang sama pada masa lalu. Kesemua gambar ini saya kutip daripada Internet terutama daripada Arab News. Adalah diharapkan semoga gambar-gambar ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran suasana di jamrah aqabah kepada pembaca dan juga kepada bakal-bakal jemaah yang akan menunaikan fardhu haji di tahun-tahun yang akan datang, InsyaAllah.
...
1. Suasana Mina dan Persekitaran Jamarat










 











 2. Ada Yang Masih Belum Sampai



3. Tak Sempat Pungut Batu Di Mudzalifah


4. Jamrah Aqabah







5. Melontar Jamrah Aqabah
Batu Untuk Melontar







Dengan Nama Allah, Aku Rejam Para Syaitan


6. Aksi Dari Haji dan Hajjah Cilik










7. Bercukur Selepas Melontar









 8. Jemaah Yang Berkerusi Roda



 

 9. Syahdu





 10. Jemaah Lanjut Usia






11. Jemaah Yang Sakit



12. Keadaan Yang Sesak








13. Suasana Waktu Malam







13. Doa

4 comments:

  1. Assalamualaikum THMSH

    mengamit memori 2006
    Jamrah baru 2 tingkat siap

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam THR

    Alhamdulillah,pada tahun 2007 dah siap 4 tingkat tetapi kami melontar di tingkat 1 saja dan ada satu kali melontar di tingkat bawah tempat asal bukit sebelum ditarah.

    Syukran wa salam.

    ReplyDelete
  3. Salam

    Terima kasih atas perkongsian gambar... dapat mengubat kerinduan para pembaca...

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam Natra

    Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan bekas di teratak ini.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.