Saturday, November 12, 2011

Gambar Suasana Haji 2011 - Hari Tasyreeq Kedua 8 Nov 2011

Assalamu'alaikum wbt
...
Alhamdulillah, dapat saya memuatkan entri tentang suasana di Mina pada hari tasyreeq kedua pada musim haji 2011 yang baru lepas iaitu pada 12 Dzulhijjah 1432 bersamaan 8 November 2011. Kesemua gambar yang dipaparkan di sini saya kutip daripada laman Arab News.
...
Dalam gambar ini kelihatan orang berpusu-pusu melontar di jamrah mungkin disebabkan mereka mahu melakukan nafar awal iaitu meninggalkan bumi Mina sebelum matahari terbenam untuk kembali ke Makkah melakukan tawaf ifadah. Ramai jemaah yang pengsan atau tercedera sebab berdesak-desak di jamarat. Bagi jemaah haji Malaysia, biasanya mereka melontar pada sebelah malam dan melakukan nafar thani iaitu masih melontar pada hari tasyreeq yang ketiga. Pengalaman saya pada tahun 2007, jika kita melontar pada waktu malam keadaannya tidaklah sesak berbanding jika kita melontar pada waktu siang.
...
Secara peribadi, saya lebih suka melakukan nafar thani sebab kita boleh teruskan amalan mabit di Mina dan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti berzikir, bertakbir hari raya, membaca al-quran dan sebagainya dalam keadaan yang tenang dan selesa. Lagi pun, jika kita melakukan nafar awal kemungkinan besar akan terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Menurut Arab News, pada tahun ini seramai enam puluh peratus jemaah melakukan nafar awal. Kawan-kawan saya yang melakukan nafar awal pada musim haji 2007 yang lalu terperangkap lama dalam kesesakan lalu lintas. Mereka tiba di hotel ketika hampir tengah malam sedangkan mereka bertolak dari Mina selepas zohor. Dalam keadaan yang penat, lapar dan dahaga sudah tentu kesabaran mereka teruji pada peringkat yang maksimum ketika berada dalam bas, tambahan pula belum tentu mereka dapat melakukan tawaf ifadah pada malam tersebut.

Walau bagaimanapun, melakukan nafar awal adalah dibenarkan. Firman Allah SWT dalam al-Baqarah 203:

وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ تَعَجَّلَ فِي يَوْمَيْنِ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ وَمَنْ تَأَخَّرَ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ لِمَنِ اتَّقَىٰ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepada-Nya.
...






































4 comments:

  1. Assalammualaikom wtb tuan Haji.
    Syukran berkongsi cerita pegalaman hidup ketika tahun 2007.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam wbt MI

    Alhamdulillah, sekadar berkongsi cerita untuk manfaat bersama.

    Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini. Agak lama tak dengar khabar. MI sihat?

    Wasalam.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tn Hj..
    Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman mengerjakan haji dan umrah...hati saya berasa sungguh terharu kerana dpt melihat semuanya dgn lebih dekat..mudah2an 1 hari nnti dpt menjejakkan kaki ke Tanah Suci dgn izin Allah SWT...InsyaAllah..

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam Haryati,

    Memang hati sentiasa terpaut untuk ke Baitullah dan Madinah sama ada untuk melakukan umrah atau untuk melakukan ibadat haji. Itu adalah tarikan magnet natijah daripada seruuan Nabi Ibrahim a.s. selepas selesai membina kaabah supaya manusia berkunjung ke Baitullah.

    InsyaAllah, semoga hajat cik/puan untu ke sana ditunaikan oleh Allah SWT. Daftarlah segera untuk mengerjakan haji di Tabung Haji. InsyaAllah, Allah akan cukupkan rezeki cik/puan.

    Wasalam.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.