...
Khatib sedang memberi khutbah di Surau IJN pada 30/9/2011 |
Surau IJN berkonsepkan tingkap terbuka |
...
Rasa kesyukuran yang teramat sangat hanya dapat dilafazkan dalam hati apabila menerima perkhabaran yang cucu saya selamat menjalani pembedahan jantung di IJN. Sebaik menerima berita tersebut dengan air mata yang sempat disembunyikan, ingin rasanya saya sujud di Bilik Menunggu sebagai menyatakan kesyukuran kepada Ilahi, namun demi mengelakkan syak wasangka orang ramai, keinginan tersebut terpaksa saya pendamkan.
...
Kesyukuran kedua menyusul apabila saya dapat menyempatkan diri menunaikan solat Jumaat di Surau IJN. Surau ini baru sahaja mendapat keizinan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebagai surau jumaat dan buat pertama kalinya telah mengadakan solat jumaat di situ pada 5 Ogos yang lepas. Surau ini terletak di atas bumbung tingkat 7 blok C, IJN. Ketika duduk di Bilik Menunggu berhampiran Bilik Bedah di tingkat satu, kedengaran pengumuman dilaungkan melalui pembesar suara menjemput para muslimin menunaikan solat jumaat di tingkat tujuh. Alhamdulillah, keperihatinan dan inisiatif IJN sangat-sangat dihargai.
...
Surau IJN terletak di atas bumbung dan boleh memuatkan seramai 400 orang jemaah. Surau ini dibuat daripada kayu berkonsepkan tingkap terbuka bagi meningkatkan ventilasi. Walaupun kipas ligat berpusing, namun udara panas Kuala Lumpur masih menerjah para jemaah. Namun khutbah yang mantap dan dibaca dengan penuh tenaga dapat mengabaikan sapaan udara panas tersebut. Cuaca sebegini sama seperti suasana panas jika kita duduk di bahagian yang tidak berhawa dingin di Masjidil Haram, seperti di kawasan bertutup binaan Turki yang menghadap Hijir Ismail.
...
Antara pesanan imam yang berkhutbah ialah: "Roh ketenangan yang abadi ialah al-Quran." Marilah kita hayati nasihat tersebut.
...
Jemaah sedang menunggu waktu maghrib di kawasan binaan Turki yang menghadap Hijir Ismail, Masjidil Haram |
Assalamualaikum Tn Hj,
ReplyDeleteSemuga cucu Tn Hj cepat sembuh selepas menjalani pembedahan jantung di IJN .....bersabar lah Tnn Hj sekeluarga menghadapinya..
Anak saya yang bekerja di IJN di bhgn FARMASI baru je meletakkan jawatan 08.09.2011 oleh kerana menyambungkan pelajarannya di Uitm ...kalau tak boleh pergi melihat cucu Tn Hj.....
Wa'alaikum salam Hj Pesona
ReplyDeleteTerima kasih atas doa tn haji. Setakat ini perkembangannya memberangsangkan.