...
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
...
Alangkah indahnya pantun di atas yang menggambarkan betapa nenek moyang kita sangat mementingkan aspek menjaga kesantunan berbahasa.
...
Bahasa Jiwa Bangsa. Begitulah slogan yang sering diutarakan oleh para pencinta bahasa Melayu. Namun setelah 54 tahun negara kita merdeka, kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu masih lagi berlaku terutama pada papan-papan tanda dan kain-kain rentang yang dipasang oleh para peniaga di tempat-tempat awam.
Bahasa jiwa bangsa, punah bahasa punahlah bangsa. Oleh itu sayangilah bahasa kebangsaan kita.
...
Bahasa Jiwa Bangsa. Begitulah slogan yang sering diutarakan oleh para pencinta bahasa Melayu. Namun setelah 54 tahun negara kita merdeka, kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu masih lagi berlaku terutama pada papan-papan tanda dan kain-kain rentang yang dipasang oleh para peniaga di tempat-tempat awam.
Kain-kain rentang yang ditulis dalam berbagai-bagai bahasa |
Pusat Roda Kasut atau Pusat Kasut Roda? |
Menjual dan Memberi Kereta! |
Bahasa Jiwa Bangsa - suatu slogan yang gah melekat ditiang-tiang letrik |
salam msh,
ReplyDeletemungkin kena lantik khusus menteri bahasa, baru boleh kuat kuasakan akta.
Wa'alaikum salam YB
ReplyDeleteBagus cadangan tu. Buat peraturan supaya pihak berkuasa tempatan seperti majlis daerah, majlis bandaran dsb tidak mengeluarkan permit jika terdapat kesalahan bahasa.
Assalamualaikm Tn Hj,
ReplyDeleteBukan sahaja bahasa yang di gunakan untuk pengiklanan tetapi kini bahasa yang di gunakan semasa sms (HP) telah pun digunakan didalam urusan harian (Spt di Pejabat e-mail menggunakan bahasa/perkataan sms)......