Monday, October 31, 2011

Anda Mampu Meraih RM1,600,000 Dalam Masa 5 Minit

Assalamu'alaikum wbt.
...
Aksi unta di ladang unta Hudaibiyyah..
Memerah susu unta di ladang unta Hudaibiyah
Ini bukan perniagaan MLM atau perniagaan ala 'Labu Peram'. InsyaAllah saya yakin anda mampu untuk menjana RM1.6 juta dalam masa 5 minit sahaja setiap hari! Nilai RM1.6 juta ini berasaskan kepada pemilikan empat ratus ekor unta yang anda perolehi hasil anugerah Allah SWT iaitu Tuhan Yang Sangat Pemurah. Masih tidak percaya? Baiklah saya akan perincikan bagaimana untuk menjadi seorang jutawan dalam masa 5 minit sahaja.
...
Nabi S.A.W. telah bersabda:
...
عن أبي أيوب الأنصاري رضي اللّه عنه، عن النبيّ صلى اللّه عليه وسلم قال‏ من قال: ‏ ‏لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير عشر مرار كان كمن أعتق أربعة أنفس من ولد ‏إسمعيل (صحيح البخاري، صحيح مسلم
...
Diriwayatkan daripada Abu Aiyub al-Ansariy RA, daripada Nabi SAW bahawa sabda baginda: Sesiapa yang membaca ‏لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير “Lailahaillah wahdahu la syarikalah….”; sepuluh kali maka ia seolah-olah memerdekakan empat orang hamba dari keturunan Nabi Ismail.” - Sahih Bukhari dan Muslim)
...
Sekarang mari kira nilai (dalam ringgit) bagi membebaskan empat orang hamba.
...
1 orang hamba perlu ditebus dengan 100 ekor unta.
4 orang hamba perlu ditebus dengan 400 ekor unta.
Harga seekor unta ialah RM4000
400 ekor unta, harganya ialah RM4000 x 400 = RM1,600,000
...
Berapakah modal anda untuk mengucapkan
لا إله إلا الله وحده لا شريك له،له الملك، وله الحمد، وهو على كل شيء قدير sebanyak 10 kali?
...
Cuma 5 minit selepas Solat Subuh. Mudah kan?


Selamat Menjadi Jutawan Segera Setiap Hari

2 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj MSH

    Subhanallah
    kalau dinyatakan...
    mukin semua orang tinggalkan duniawi ini

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam Tn Hj Rozali

    Allah berfirman, kesenangan di dunia ini hanya sekelumit sahaja jika dibanding dengan akhirat.

    Semasa di dunia inilah kita perlu kutip bekalan yang tersedia di kiri kanan sepanjang perjalanan ke akhirat.

    Walau bagaimanapun, kita tidak boleh mengabaikan dunia. Kedua-duanya kita perlu cari dan usaha selari dengan anjuran Allah SWT dalam AQ, ...fid dunya wal aakhirah...

    Wasalam.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.