Thursday, June 2, 2011

Tetiba Saja Orang Nak Bagi Saya Duit Ribuan Juta Ringgit

Assalamu'alaikum wm wbr.
.
Pada bulan Mei yang lepas saya menerima lebih daripada 60 email yang menawarkan wang antara 500,000 paund sterling hingga ke US$46 juta. Konon-konon offer tu datang dari British Post Office, dari Microsoft Corporation, dari Coca-Cola, dan berbagai-bagai lagi. Tetiba saja depa baik hati nak bagi duit juta-juta kat aku. Kalau dicampurkan semua sekali jumlahnya menjadi ratusan juta ringgit. Dalam sekelip mata saya boleh menjadi multi-millionaire. Wooow!
.
Ironinya mereka minta saya beritahu nama, alamat email, nombor telefon, nombor akaun bank, alamat, pekerjaan, jantina, dan sebagainya. Kalau dah hantar email, macam mana pulak tak tahu alamat email haku? Pening-pening-pening.
.
Ada satu email tu tulis macam ini:  "Dear Western Union Customer, You have been awarded with the sum of $50,000 USD by our office, as one of our customers who use Western Union in their daily business transaction."
..
Aiik? Bila pulak aku jadi pelanggan dia? Kalau nak tipu pun biarlah smart sikit. Lepas tu nak bagi US$50,000 jer. Penipu-penipu yang lain nak bagi berjuta-juta wooi. Respect lah sikit kat haku ni.
.
Ada satu email tu pulak, dari seorang anak dara dari Scotland. Chewaah, dia kata nak melancung ke Malaysia dan minta aku yang dah tua bangka ni temankan dia pulak. Kah-kah-kah.
.
Macam-macam penipu hantar email kat aku. Tujuan penipu-penipu ini ialah sama ada nak curi duit simpanan anda atau nak curi password dan id anda untuk hijack your blog dsb.
.
So berhati-hatilah supaya jangan tertipu.

3 comments:

  1. Assalammualaikom wtb tuan Hj. Ziarah sebentar di bloh tuan Hj. Kesah yang diceritakan ini memang sering berlaku. Sudah banyak cara dan kaedah yang mereka lakukan utk semata-mata memperdayakan org ramai yg ditak fhm dunia internet.
    Jadi, berhati-hati sebelum terkena.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan Hj.,

    Kakak pun selalu dapat macam itu lalu junk e-mail. Malas nak layan kakak delete terus. Ini satu helah dialah kan......

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tn Hj Mohd Saad

    macam2 cara meraka nak kaya dgn senang

    Wassalam

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.