Tuesday, May 17, 2011

Umrah 2011: الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا رَسُوْلَ الله

Assalamu'alaikum wm wbr.

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapkanlah kenderaan untuk mengunjungi tiga masjid, iaitu Masjidil Haram, masjidku ini (Mesjid Nabawi), dan Masjidil Aqsha.” (H.R. Bukhari). 
.
Alhamdulillah, syukur tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat sekali lagi saya menziarahi Rasulullah S.A.W di bumi Madinah yang penuh dengan barakah. Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan selain rasa syukur yang tidak terhingga di atas kurnia Ilahi. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
.
Selepas check-in dan makan malam di Hotel Durrat al-Fayroz, saya cepat-cepat membersihkan diri dan bergegas ka Masjid Nabawi untuk menziarahi Rasulullah S.A.W. dan juga untuk solat maghrib dan Isya' (jamak ta'khir). Alhamdulillah, walaupun pintu utama masjid telah ditutup, namun pintu baqi' dan babussalam masih dibuka. Dengan langkah yang perlahan dan tertib saya menghampiri maqam Nabi S.A.W. sembil mengucapkan selawat dan salam kepada Rasulullah S.A.W, Abu Bakr as-Siddiq, dan Umar Bin al-Khattab:
الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا رَسُوْلَ الله 
 الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَانَبِيَّ اللهِ 
 الصَّلاَةُ وَالسَّلامُ عَلَيْكَ يَا خَيْرَ خَلْقِ اللهِ
السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا خَلِيْفَةَ رَسُوْلِ اللهِ أَبَا بَکْرٍ الصِّدِيْق السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا صَاحِبَ رَسُوْلِ اللهِ وَثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الغَّار
السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ

Alhamdulillah, kebetulan ruang di Jannatul Raudhah agak lapang, maka dapatlah saya solat dan berdoa di sisi tiang Aisyah dan tiang taubat. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. 

 Sampai Di Hadapan Hotel Durrat al-Fayroz 2 Mei 2011 9:50pm
 Menuju Masjid an-Nabawi 2 Mei 2011 Jam 11:44pm
Tiang Aisyah
Tiang Taubat atau Tiang Abi Lubabah
Masjid Nabawi 3 Mei 2011; 12:45am

7 comments:

  1. Ahamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah....doa kan kami ya tuan haji...BHS pun nak hidup biar ALLAH sayang....amen

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum wm wbr.

    Amin, Ya Rabal 'alamin.

    Alhamdulillah, BHS. Saya sempat doakan kengkawan warga PDKM agar dijemput menjadi tetamu Allah SWT.

    Syukur ke atas segala nikmat Ilahi.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikom wtb tuan haji. Khaifahaluka? Allhamdullah hajat tuan haji tertunai sudah. Semoga Allah s.w.t. menerima segala amalan tuan haji.

    Ana bersyukur dengan berita dan coretan mengkesahkan pegalaman di Mekkah. Allhamdullah doa-doa tuan haji tidak putus untuk kami sekalian. Ana terigin hendak kesana. Allah itu berkuasa, hanya hambaNYA yang terpilih dipilih untuk menjadi tetamuNYA. Allhahuakbar.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam MI

    Ana bikhair, alhamdulillah. Saya doakan agar MI akan dapat ke sana suatu hari nanti, insyaAllah. MI masih muda dan masih banyak masa dan peluang.

    Masa di Makkah, ada terjumpa jemaah Malaysia yang bertugas sebagai pengaman PBB di Jordan. Mana tahu MI dijemput ke sana secara percuma, di bawah program tertentu. Amin.

    Allahu Akbar, syukur atas segala nikmat kurniaan Ilahi.

    ReplyDelete
  5. terima kasih tuan haji...sudi doakan kami warga PDKM...Alhamdulillah...moga termakbul doanya...syukur pada ALLAH....

    ReplyDelete
  6. assalamualikum..terimaksih Tn Hj.InsyaAllah 8 Mac ini saya akan berangkat mengerjakan Umrah..segala panduan dan maklumat yang Tn Hj. kongsikan sangat2 membantu saya..alhamdulillah,..doakan semuga saya dan suami dapat mengerjakan Umrah dan mendapatkan Umrah yang mabrur.Amin

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikum salam wbt Faridah Hj Harun,

    Alhamdulillah, saya sangat-sangat teruja apabila mendengar para jemaah akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah pada musim 2012 ini.

    Saya doakan puan Faridah dan suami serta semua jemaah umrah akan mendapat umrah yang maqbul/mabrur. Semoga Allah SWT memudahkan perjalanan dan urusan tuan-tuan dan puan-puan di sana, semoga selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air. Amin.

    Ya Allah, jemputlah aku untuk menyertai mereka pada tahun ini, Amin.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.