Tuesday, March 8, 2011

Musim Umrah Tiba Lagi

Assalamu'alaikum wm wbr


Musim umrah tiba lagi. Sudah ramai para jemaah dari seluruh dunia memasuki Makkah untuk melaksanakan ibadah umrah.  Berita daripada kawan-kawan dan juga paparan suasana di Masjidil Haram yang terbaru daripada saudara CL (PDKM) dan juga daripada Tuan Haji Arshad (Kehidupan Makkah2) menunjukkan manusia berbondong-bondong melakukan ibadah umrah dan solat di Masjidil Haram, sedangkan visa umrah baru sahaja dibuka pada 15 Februari yang lepas. Ini mungkin disebabkan ramai yang kecewa kerana tidak dapat melakukan umrah dan ziarah pada bulan Disember yang lepas sebab kerajaan Arab Saudi tidak mengeluarkan visa ziarah walau pun telah diwar-warkan oleh travel agen bahawa kerajaan Arab Saudi akan mengeluarkan visa ziarah. Ini bermakna sudah dua tahun (tahun 2009 dan 2010) visa ziarah tidak dikeluarkan. 

Menyentuh mengenai umrah, ramai di kalangan kita mengimbau nostalgia apabila melihat gambar-gambar terbaru (semasa) suasana Masjidil Haram dan di persekitarannya.  Sebagai contoh, suasana di sepanjang perjalanan ke Majidil Haram terakam dalam ingatan yang akan terus mewarnai kehidupan. Salah satu episod dalam rona kehidupan di Makkah ialah seperti yang dipaparkan dalam video di bawah. Selamat mengimbau kenangan anda.

6 comments:

  1. assalamualaikum tn hj ...

    tepat n betul lg benar , begitu ler jiwa2 yg pernah melangkah kaki ke sana..

    masyaAllah tepat sekali ,di kedai itu ler yg ummi maksudkan dr lagu tersebut

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikom wtb tuan Hj.

    Setiap amalan dikira ibadah. Beruntung mereka yang bersama mereka melaksanakan ibadah hanya mencari keredoaan Allah.

    SubhanaAllah

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum

    terima kasih atas perkongsian video ni.. rindunya dengan suasana di sana...

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam Pn UH

    Alhamdulillah, semuanya itu menjadi nostalgia kepada sesiapa yang pernah ke sana.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikum salam MI,

    Alhamdulillah, syukran.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikum salam Pn nat,

    InsyaAllah semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.