Monday, February 28, 2011

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Assalamu'alaikum wmw wbr
.
Semalam alhamdulillah saya dapat menyempatkan diri melihat suasana pilihanraya kecil (PRK) DUN Merlimau, Melaka yang akan diadakan pada 6 Mac 2011. Setakat semalam, bolehlah dikatakan bahawa suasana PRK kali ini kurang meriah - mungkin pada masa yang sama terdapat satu lagi PRK dijalankan iaitu di DUN Kerdau, Pahang.

 Pekan Merlimau, Melaka kelihatan lengang 
walau dalam suasana pilihanraya.

Perang poster masih belum rancak lagi 
walaupun kempen PRK masuk hari kedua


Entri kali ini saya tulis sebagai peringatan untuk diri saya sendiri. Di samping itu saya menyeru kepada pembaca agar memerhatikan dan berfikir sejenak tentang maksud ayat 162-163 surah al-An'aam berikut:
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam."

لَا شَرِيكَ لَهُ ۖ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ

"Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)"

Setiap kali kita solat kita memperbaharui akujanji di atas. Kita berikrar bahawa dalam segala hal kita akan menumpukan segala amal ibadat hanya kepada Allah semata-mata. Ini bermaksud kita akan melakukan apa yang disuruh oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT. Tiada ruang dalam hidup kita untuk mengambil illah-illah (sembahan-sembahan) yang lain. Ikrar ini terpakai dalam semua ruang lingkup kehidupan seharian kita - bukan hanya ketika solat sahaja, atau ketika mengerjakan haji atau umrah sahaja, atau ketika menyembahyangkan jenazah sahaja. Ini termasuklah dari segi hukum hakam.Tiada ruang dalam hidup ini untuk mengambil hukum selain hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

4 comments:

  1. salam,
    sy ade lg 1 soalan berkenaan umrah..

    sy ade bace smase dlm ihram,kite xbleh mencabut kuku, potong rmbut etc..
    masalah sy,, rambut sy jenis sangat senang gugur..adakah sy kene bayar dam jika rambut gugur scare tak sengaja..

    time kasih

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum tn haji..

    lama gak tak berziarah kesini .. thn nie ummi kurang berblog ,sesekali saja dtg menjenguk... baca sampai ke n3 lama...

    tn hj sebut nk ke Ayer Hitam ... jumpa tak pusat rawatan tu ?

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikum salam wm wbr Pn UH.

    Saya lalu saja kat situ, tapi nampak sekolah agama tu. InsyaAllah lain kali kalau ada masa saya akan jenguk juga tempat tu.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam Pn Faz,

    Maaf kerana lambat response soalan puan. Saya ambil masa nak jawab sebab takut jika jawapan saya tersasar akan memberi implikasi yang macam-macam. Saya sebenarnya bukanlah arif sangat mengenai hukum hakam ni. Cuma jika secara kebetulan saya tahu dengan pasti (melalui kursus atau pembacaan atau bertanya tuan-tuan guru) maka saya akan segera response.

    Kali ini puas saya cari rujukan, tetapi tidak jumpa jawapan yang memuaskan. Jadi mohon maaf saya tidak dapat membantu puan kali ini. Semasa puan di Makkah nanti, tanyalah kepada KETUA Mutawwif yang sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat. Ketua Mutawwif ini sentiasa ada dalam pejabat di hotel penginapan.

    Untuk panduan umum, jika tidak sengaja maka tidak berdosa. Kena bayar dam atau fidyah -- itu yang saya kurang arif. Kalau sengaja - berdosa dan kalai bilangan rambut 3 helai atau lebih kena dam. Kalau 1 helai - 1 cupak gandum atau +- 5 Rial, 2 helai rambut - 2 cupak gandum atau +- 10 Rial. Nilai Dam = 1 ekor kambing.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.