Friday, March 18, 2011

Bagus Punya Peraturan

Assalamu'alaikum wm wbr.
.
Entri saya kali ini merupakan suatu catatan kenangan semasa bekerja di sebuah organisasi bergelar XYZ. Punyalah bagusnya peraturan di XYZ sehingga pekerja tidak dibenarkan ke kantin semasa bekerja.  Semua orang bengang dengan peraturan ini. Apa komen anda?
-------------------------------------------
Kepada
  : Semua warga XYZ
Daripada
  : XXXXXXX
Tarikh
  : DD-MM-YYYY
Perkara
  : Ke Kantin waktu pejabat
.
Semua warga XYZ diingatkan bahawa mereka tidak dibenarkan ke kantin untuk minum dan sebagainya di waktu pejabat kecuali untuk mengiringi tetamu yang berkuatkuasa DD-MM-YY

Sekian harap maklum dan terima kasih

XXXXXXX
JABATAN SUMBER MANUSIA

4 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj.,

    Di tempat kakak kerja pun sama. Memang sykt tempat kakak kerja adalah swasta dan milik bukan M'sian. Masa dibolehkan adalah pagi 9:00-9:20, 12:00-1:00 atau 1:00-2:00 (boleh pilih sebab kalau Islam pilih yg kedua sebab nak solat)dan minum petang 3:00-3:30 itu je boleh makan. Kalau in-between ada pantry seperti minum air teh/kopi/milo boleh buat sekejap di pantry bawa atas meja. Gitulah....

    Pada kakak itu memang disiplin yg baik. Terpulang masing-masing....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tn Hj,

    Pada saya itu adalah satu amalan displin yang baik oleh kerana didapati ramai pekerja yang menggunakan waktu minum terutama pagi mengambil masa yang lama yang boleh menyebabkan perkhidmatan kepada pelanggan boleh terggangu samada di kantin atau diluar... di Tempat saya bekerja di SWASTA sudah tiada lagi waktu minum pagi atau petang hanya tengahhari 1.00 hingga 2.00 sahaja.

    ReplyDelete
  3. time kerja.. bukannya time rehat.
    kat sekolah dulupun disiplin camtu.. nomallah tu
    lainlaa kalau diaorg xkasi pegi time rehat

    rezeki biar berkattt..

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam anonymous.

    Ya benar, rezeki biar berkat.

    Di tempat saya kerja dulu tu, time kerja tidak menentu, bukan macam tempat-tempat lain.

    Ada kalanya jam 12.00 tgh - 2.00 ptg kena kerja. Kadang-kadang time tu kena rehat. Jadi kalau dah kerja 12-2.00, maka pegi kantin sebelum pkl 12.00 atau selepas pkl 2.00. Tetapi pihak yang keluarkan arahan tu macam tak faham pulak keadaan kami.

    Tetapi di tempat kami tu, ada juga staf yang kerja ikut jadual spt 8-12.45; 2-5ptg. Utk dia orang, kenalah ikut arahan tu.

    Banyak lagi perkara pelik yang berlaku di tempat kerja kami tu. Bila HR kelam kabut, peraturan yang dikeluarkan pun kelam kabut jugak.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.