Assalamu'alaikum wm wbr.
Dalam bulan Muharram ini, kebetulan pula musim cuti sekolah, berlambak-lambak orang mengadakan majlis perkahwinan. Alhamdulillah, majlis perkahwinan dilakukan dalam bulan yang penuh barakah. Pasangan pengantin mengambil keputusan untuk berhijrah meninggalkan zaman bujang memasuki zaman berumah tangga. Semoga pasangan pengantin disirami dengan berbagai-bagai keberkatan dalam mengharungi dunia berkeluarga yang penuh mencabar dan menuntut kesabaran yang jitu. Dulu seorang, sekarang sudah berdua, dan dalam setahun dua nanti bertiga, dan seterusnya berempat, berlima, dan sebagainya. Oleh itu diharapkan mereka bijak melayari dunia berkeluarga, dan dalam hal ini masing-masing pasangan perlulah bertolak ansur dan memahami antara satu dengan yang lain.
Semenjak dua menjak mengambil alih peranan arwah emak dan ayah (yang telah lama meninggal dunia) sebagai orang tua tempat rujukan anak-anak saudara, jadi dalam bulan Disember ini sibuklah saya ke sana kesini, meraikan perkahwinan anak-anak saudara dan juga saudara terdekat. Cuti hujung minggu - Sabtu dan Ahad - terpaksa dikorbankan untuk memenuhi tuntutan jemputan majlis perkahwinan. Walau bagaimanapun, alhamdulillah usaha merapatkan silatulrahim adalah ganjarannya di sisi Allah SWT. Dalam majlis-majlis sebegini ramai saudara mara yang jauh dan dekat datang.
Di bawah ini dipaparkan beberapa gambar yang sempat dirakamkan pada majlis tersebut. Sayang sekali, gambar majlis perkahwinan anak saudara pada 4 Disember 2010 tidak ada dalam simpanan sebab asyik buat rakaman video pasukan rebana (bukan kompang) yang mengiringi perarakan pengantin. Paluan rebana dalam majlis kahwin memang sudah lama pupus dan diganti dengan paluan kompang. Namun baru-baru ini budaya paluan rebana ini dihidupkan semula di Felda Negeri Sembilan. Alhamdulillah, semoga budaya ini dapat disemarakkan semula.
...
28 November 2010 - Cucu Saudara Kahwin
Cucu Saudara - Ayah dan Datuknya telah meninggal dunia
Sudah lama tak tenguk pengantin pakai sanggul macam di atas
Nenek pengantin perempuan (kakak saya - no.1 dari kanan)
Tangan Yang Terseliuh DiUrut Oleh Kakak
5 Disember 2010 - Anak Saudara Kahwin
Dewan MGI Bandar Baru Bangi
Ini Bukan Pengantin
Yang Tengah-Tengah Tu Pengantin
19 Disember 2010 - Anak Saudara
Pasangan Pengantin
Pengiring Pengantin
Bergambar Beramai-Ramai
25 Disember 2010 - Anak Sepupu
Assalamualaikum Tn Hj Saad
ReplyDeletegambat yg no 5 tu
mengibau kenanggan semasa menjadi pengantin
he he
Wassalam
assalamualaikum tn hj..
ReplyDeletenaper tn hj tak masukkan sekali video paluan rebana tu , rasanya ummi pun tak pernah dengar lg..
adik ummi setahun lalu kawin dgn org minang , pakaian atas sanggul gitu ler yg dia kena pakai , katanya berat juga kena junjung menda tu..he he he
Salam Tn Hj.,
ReplyDeleteSeronok meraikan majlis saudara-mara. Perhimpunan mengeratkan silaturrahim. Walau penat tapi dalam sanubari gembira
Gambar no. 10 tu kakak suka. Nampak jalinan kasih antara yg muda dengan yang lebih berusia.
Wa'alaikum salam Tn. Haji Rozali,
ReplyDeleteGambar tu memang mengimbau kenangan 32 tahun yang lalu. Alhamdulillah! Sekarang giliran saya pula menjadi "Bapak Pengantin" ambil alih tugas mereka yang telah pergi dahulu menemui Allah SWT. Begitulah lumrah alam. Yang muda menjadi tua, yang tua pergi meninggalkan kita.
Cerita tentang bab meninggal dunia ni, sekarang ini, di kampung saya (FELDA Tun Ghafar Baba Menggong, Melaka) hanya tinggal beberapa orang sahaja (kurang dari 10) peneroka asal.
Wa'alaikum salam UH.
ReplyDeleteInsyaAllah saya cuba loadkan di sini. Lebih kurang 40 tahun tak dengar paluan rebana semasa majlis perkahwinan. Tetapi saya tidak berapa faham liriknya. Sudah bercampur dengan loghat N9 kot.
Wa'alaikum salam kakzakie,
ReplyDeleteAlhamdulillah, mereka adalah puteri-puteri kami. :)